Sabtu, 19 Februari 2022

my wedding reception @ bizmilla city hall

assalamualaikum


aku kahwin pada 30 oktober 2020 dan masa tu merancang untuk buat majlis bertandang/reception pada 16 januari 2021 sbb tarikh lain dalam tahun 2020 dah full masa tu. tetapi rezeki nak buat majlis tu tak menyebelahi kami sebab malaysia pkp again during that time. so kami sefamily decide nak tunda to 30 oktober 2021, sekali sambut anniversary. tapi waktu tu rentas negeri baru je umum so tak sempat nak buat preparation untuk majlis. jadinya, akhirnya majlis ini telah berlansung setelah setahun lebih kami tunggu yakni pada 22 january 2022 yang lepas. alhamdulillah!


untuk reception kami kali ni, kami pilih untuk gunakan service bizmilla wedding center yang bertempat di subang jaya. alhamdulillah, semua process berjalan dengan lancar sampailah hari majlis. so di entry ini, semangatlah aku untuk share review dan pengalaman aku menggunakan service bizmilla untuk menjayakan hari bahagia kami. 


kenapa pilih bizmilla?

seharusnyalah kita akan buat research dulu kan untuk hari kita jadi raja sehari ni. so begitulah juga kami. kami banyak cari kat instagram dan google macam macam keyword. dari usaha nak cari dewan and katering asing, nak survey harga baju sewa bersanding lagi, nak pilih tarikh lagi. dan of course la paling penting nak cari yang kena dengan budget. lama juga survey tu sampailah at one point teringat pasal bizmilla. dah lama tengok orang kahwin kat sini, so mulalah baca baca pasal bizmilla ni. bizmilla offer all-in-one package, dari dewan ke katering ke make up, baju nikah-sanding, pa system and everything so tak payah la kami susah susah untuk cari semua ni satu satu. once we have gone through the pricing and the package, kami decide untuk buat appointment untuk food tasting sekali site visit.


first site visit

kami decide untuk datang food tasting pada 12 september 2020, masa tu sebulan lebih lagi je nak kahwin. tu pasai dewan semua full sampai january. sekali food tasting sekali site visit. so dalam banyak2 dewan yang ada kat bizmilla wedding center subang tu, hanya city hall je yang available so kami onz jelah, asalkan boleh muat jemputan yang kami nak ajak. ini rupa dewan dan pelamin at that time (remain sampai tarikh majlis)





gerbang ni removed masa majlis kami in jan 2022




so setelah berpuas hati dengan design and capacity dewan tu, kami pun terus letak booking fee lah untuk majlis kami. 


untuk food tasting punya session pula, free of charge and boleh try semua lauk masa majlis. sedap gila semua lauk2 dia so lagi la kami confident nak teruskan dengan bizmilla jer.



what is included in my package?

untuk bizmilla city hall ni, ada untuk 500pax to 1000pax. kami ambik untuk 600pax punya makan, for 522pax jemputan. dalam package ni includes:

1. dewan city hall with 4 vip tables (dome) and around 26 tables dengan kerusi chiavari
2. pelamin siap (tak boleh pilih) on stage
3. pa system, mc and floor manager
4. make up (available untuk both sanding and akad nikah. kitorang tak ambil makeup nikah)
5. baju nikah and sanding termasuk hand bouquet (4 baju boleh try for each event)
6. catering for how many pax u need includes sudut dessert and makanan santai2 plus waiters
7. makanan makan beradap
8. paluan kompang
9. photographer and videographer
10. meja hadiah and meja doorgift
11. kek pengantin, pahar bunga telur

yang selebihnya tak ingat sangat tapi ini antara benda2 yang kita nak cari kan untuk reception so basically bizmilla ni cover semua. yang paling bestnya ialah pakej bizmilla ni datang sekali dgn one night stay dekat One City Hotel sebab nanti pengantin akan bersiap dekat bilik hotel tu. walking distance je dari event hall.


postponement

so berbalik kepada cerita pkp tu, majlis kami ni 2 kali tunda, setahun tunda dari tarikh asal nak buat tu. so disebabkan aku dah segan nak bersanding, aku twistkan sikit nama wedding reception tu jadi "Luncheon of Love" instead of "Wedding Reception of...". yelah dah setahun lebih kahwin kan, mcm dah tak reception sangat.



ginilah rupa kad jemputan ke "luncheon of love" ececece. di design oleh yours truly ahaks.



i said yes to the dress!

disebabkan tema majlis pun bertukar, kami dibenarkan untuk tukar baju pilihan kami untuk event ni.



ni persalinan asal masa first fitting in sept 2020. masa ni konon2 nak jadi beauty and the beast lol.


second time fitting tu, tukar perasaan nak pakai baju lain. so pergi la fitting dalam bulan december 2021 macam tu.


ini baju pilihan hati sebenarnya sebab rasa mcm baju fazura punya reception. tapi tak boleh ambil sebab baju ni rosak sebenarnya sob sob.



lepas tu ingat nak pakai ni sebab nak pakai ballgown. yelah orang pendek ni pilihan tak banyak


tapi disebabkan aku dah segan nak pakai ballgown kembang2 dan tema pun dah jadi luncheon jer, aku pun decide untuk pilih baju lain yang akhirnya~~ allahu aku sangat sangatlah berpuas hati weiii. omg i could've never seen a better dress that fits me like a tiara cewahh.



i said yes to this dress!



aturcara majlis

disebabkan sop majlis yang masih ketat, kami limitkan jemputan kepada 500pax je. we took the liberty untuk bahagikan jemputan kami kepada 3 slots (which means 3 different invitation cards for each slot) supaya semua tetamu dapat enjoy the food and ambience tanpa rushing or berebut seats. kami bagi kami punya suggested aturcara and our floor manager really did help us a lot with the event day! semua smooth je!


the luncheon of love!

so sekarang tibalah masa untuk aku bagi korang menikmati gambar disekitar majlis baru baru ini. sebelum itu berbesar hatilah untuk aku minta maaf kerana tak dapat menjemput semua orang, majlis ni kami buat secara private. 500pax tu bahagi untuk jemputan family, saudara mara, officemates dan kawan2 university. bunyi mcm jemputan ramai tapi kami lebihkan jemputan untuk kawan-kawan belah parents. belah keluarga mertua banyak dapat reunion dengan kawan kawan lama, alhamdulillah kami gembira dapat jamu semuanya!











the dress i said yes to 💖







Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 12 Februari 2022

sentiasa rasa cukup

assalamualaikum


aku pernah berada dalam kancah yang rasa selalu tak cukup. rasa tak cukup cantik, tak cukup bijak, tak cukup duit dsb. serba serbi rasa tak cukup. padahal aku takde cacat anggota. result aku pula lepas masuk uni alhamdulillah cemerlang gemilang terbilang. makan pun cukup je, parents siap boleh biaya aku belajar ipts lagi. tapi masih rasa tak cukup.


aku tak faham mana silap dia.


sampailah suatu hari tu, mulakan habit untuk cuba juga hayati dan belajar tentang makna bacaan dalam solat. cuba juga utk betul2 focus waktu mengaminkan doa. cuba juga tidak culas baca 3 kul, doa tidur dan ayat kursi sebelum lelap mata. cuba juga baca doa naik kenderaan bila berjalan jalan. cuba menyelitkan ayat ayat kesyukuran sebelum suap nasi dalam mulut.


setelah itu, semuanya rasa cukup. walaupun orang cakap barang kat malaysia ni naik harga la mahal la, hidup aku sentiasa cukup. boleh jaga kucing haiwan kesayangan nabi dengan baik, dapat duduk rumah yang selesa, boleh makan tak berkira.


tiba tiba semuanya cukup. 


mungkin rahsia untuk sentiasa rasa cukup itu apabila kita mula bersyukur kepada tuhan dengan apa yang kita ada.




bersyukurlah seperti mossy, tidur atas beg ikea je. apa barang catbeds ni katanya hohoho





p/s: sungguhpun entry ini berbaur islamik, adalah diingatkan sifat bersyukur sepatutnya dipupuk dalam hati setiap insan tidak mengira agama dan bangsa. you count your blessings your own way, and everything shall be enough 💜 


Thank you for reading this entry :D

Jumaat, 31 Disember 2021

a day in a life of a programmer

assalamualaikum



memandangkan ini akan jadi entry terakhir untuk tahun 2021 ni marilah aku tulis benda berilmiah sikit. aku rasa takde entry ilmiah sangat pon sepanjang tahun ni luls.


setelah setahun aku tinggal blog, akhirnya september lepas aku datang balik menulis sebab tiba tiba banyak pulak benda yang aku rasa nak cerita. tapi aku ni jenis tak buka sangat social media mcm instagram or twitter untuk bercerita, so aku tulis blog la boleh berceloteh panjang sikit. antara benda yang aku nak sangat cerita ialah seharian hidup aku sebagai seorang programmer.


tahun ni antara tahun yang alhamdulillah penuh dengan kegembiraan dan kejayaan. aku bermula kat company ni sebagai intern, berkerja kuat untuk dapat stay kerja kat situ so aku masuk sebagai contract staff dan alhamdulillah after 6 months tu dapat offer permanent. takde nikmat Allah yang tak aku syukurkan.



setiap hari aku akan try la paling paling lewat pun pukul 12 naik tidur, tapi selalunya 10:30 malam dah tutup semua lampu rumah, isi makanan kucing dan bersedia nak beradu. kemudian aku akan spend around 30-40 mins untuk tengok youtube lepas tu aku pun tidur.








aku akan bangun subuh lepas tu aku akan rehat rehat, tengok youtube or check social media, baca berita kat twitter sampai la pukul 7:30am. pastu aku akan mandi sambil bernyanyi nyanyi~~. pukul 8am aku siap sedia turun, kacau kacau nestum sikit, buat toast untuk aku and hazim lepas tu kami akan duduk depan tv sebelah sebelah, sambil breakfast sambil tengok 1 episode sitcom.


<view of breakfast depan tv>


8:45am, kami berdua akan pergi ke workstation masing masing. aku akan buka notion, list down my to-do-list, check email, masukkan meeting dalam calendar and check in untuk masuk kerja. 


9:30am aku ada daily session bersama colleagues (every monday, wednesday and friday). session ni selalunya semua orang dalam department aku akan borak borak atau main game gelak gelak. kalau hari yang takde daily ni aku terus jump to my task of the day.




main game waktu daily



10:30am aku akan attend daily scrum update. disini development team akan kumpul untuk share apa yang kami dah buat semalam/last week dan apa plan untuk harini/next week. kalau sesiapa yang nak ada sesi soal jawab technical selalunya akan diteruskan afterwards.


11am mcm tu aku akan check, kalau ada meeting, attend je. kalau takde aku akan terus buka visual studio code dan run project, check mana last aku stop semalam dan teruskan coding ditemani lagu lagu dan stackoverflow.




sesi meeting bersama boss


dalam 12:30pm macam tu aku and hazim akan sama sama stop untuk lunch. selalunya time ni la kalau tak pun lewat sikit kalau ada either one yang meeting. malam sebelum dah perap and air fry ayam so time nak lunch ni kami panaskan je dalam microwave. duduk depan tv sambil gurau senda and tengok lagi satu episode squid game sitcom. lepas tu ngam ngam masuk zohor so kami solat dulu~~.


lepas lunch, sambung menghadap code balik. jeling jeling tengok wireframe sambil sambil code dan test. sesekali sembang dengan colleagues juga.







kalau hari rabu selalunya 3pm akan ada meeting weekly dimana semua orang yang terlibat dengan project termasuk product owner dan business user akan share update utk sekian sekian minggu. time ni aku akan relax relax sikit sambil minum nestum sebagai snack.


lepas tu akan solat asar sebab selalunya ngam ngam. lepas solat asar sambung je coding balik. kemudian dalam 5:30pm macam tu kami semua developer akan gather round balik untuk cerita progress harini atau borak borak mengeratkan silaturahim.



selalunya aku akan aim every other day tu untuk buat pull request di github so sebelum tamat waktu bekerja aku akan buat dulu. lepas tu baru tutup laptop. selalunya betul betul habis kerja tu ngam ngam time nak maghrib. kalau tak pun, akan exercise bersama hazim sambil tengok sitcom lagi 3 episode.






dalam sehari tu sekarang aku akan cuba untuk jalan 10k steps sehari. so every 2 hours macam tu aku akan guna 20 mins sambil tengok youtube or baca blog orang lain untuk jalan jalan. bolehlah hilangkan stress dan lenguh lenguh. kalau kerja dah sedentary, kena cari juga ruang untuk jadi active. 






antara maghrib dan isyak tu kami akan makan dinner, sama juga sambil tengok 1-2 episodes sitcom sambil borak borak cakap tentang hari kami. lepas dah solat isyak tu, kalau minggu tak busy kami akan teruskan tengok netflix atau borak atau main phone sambil beribaan hihihi. bila dah busy, masa masa yang sikit ni kami gunakan untuk eratkan kasih sayang dengan each other. time ni juga akan spend masa main dengan mossy banyak sikit biar dia always rasa kasih sayang tuan dia.



mossy ni dia tak suka catbed ke apa, dia tidur dalam beg ikea je. belikan cat tree pun dia tak pandang 😛




pukul 10, naik dan rehat. malam malam selalunya kalau tak tengok youtube, mesti akan ada sesi communication. kami berdua akan cakap pasal our future, our work and how blessed we are with the life that Allah has given us.


terima kasih Allah atas kehidupan yang bermakna buat tahun ini. semoga tahun tahun hadapan juga akan dipenuhi oleh kegembiraan, kejayaan dan utamanya keberkatan. buat kami, dan buat kita semua <3







Thank you for reading this entry :D