Memaparkan catatan dengan label self-improvement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label self-improvement. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2022

menyampahnya tengok abu post gambar kereta baru dia --'

assalamualaikum


i've been using social media since 2010 and it was facebook. back then, it's just another medium to chat with some friends, share some pictures mcm tu. i also thought that social media was an amazing invention especially to connect our friends and families that are far from us. imagine having a cousin yang kita dah lama tak jumpa, then kita dapat tengok dia pergi disneyland. pastu kita pun boleh tegur tegur dia dkt facebook/twitter/instagram, minta belikan souvenir and whatnot. terus kita bercakap balik dgn each other.


tapi lately people have been using "freedom of speech" untuk gunakan social media untuk justify kejadian pointing fingers ke orang sana sini. kita spend time untuk tulis status just to condemn people atas alasan "it's just my opinion". yang tak best tu, there are people yg buat status, condemning people's freaking personal life. i mean, i dah move on dgn twitter debates about sensitive issues related to org komen2 agama i, or fights about women's right -- do what u want with these big topics. tapi yang i tak faham yang suka diss diss personal life orang lain??? 





mcm ni kan, badrol ada personal instagram then jenab sibuk nak diss on badrol's sharing padahal itu adalah account individual dia. 


it got me thinking, does the use of social media makes us compare our lives with each other? and bila kita rasa tak puas, we use our accounts to bash the person who makes us feel insecure? if you say yes, then it saddens me how a display can create an image in your head that your life is based on a bar set by another individual.


kita semua kena faham yang kita semua manusia, dan kita ada nafsu untuk menunjuk nunjuk kejayaan, kegembiraan dan kemampuan kita. jenab benci badrol post pasal kemampuan dia pergi disneyland, esok lusa jenab post pasal dia beli barang kemas. kita memang ada keinginan untuk tunjukkan pada dunia apa yang kita ada and that's okay (ini belum bahas in islamic standpoint ye, tak sentuh pasal riak takbur semua tu). kalau A keluar dating dgn boyfriend pi makan pasembor pun dia post story sebab happy, kalau si B yang berjaya beli iPhone latest, mesti dia share juga. 


for me, being insecure is unhealthy sbb dia tak stop setakat kita dissing this person dkt profile kita je. kita akan ada tendency untuk mengumpat si fulan ni dkt orang lain, dan dalam hati kita akan terdetik untuk cakap benda benda yang tak sepatutnya, 


"ah badrol ni boleh pergi disneyland sbb bapak dia kerja kerajaan, mesti makan rasuah punyeee"

or 

"ah badrol ni mesti pinjam ah long. menunjuk kejap je ni, satgi diam la sbb duit dah habis"

or worse... 

"badrol ni sedap sangat menunjuk ni. esok lusa kena scam 10k baru tahu langit tinggi ke rendah"


sampai hati tu rasa salah nak terdoa benda bukan bukan dekat orang. that's not it.


believe me when i say yang i found people yg comment benda2 tak patut on benda2 indah kurniaan tuhan, memang mengucap panjang bila baca. ada org cakap "zubaidah ni duk share gambar anak anak dia, esok lusa cacat kang baru tahu tak tunjuk" or "munirah ni duk share gambar pregnant, gugur baru tahu". can you imagine, ada orang dibelakang keypad yang actually typing these things tau. *geleng kepala*.



i love seeing my friends sharing the whereabouts of their lives on social media. awal awal i also terlibat dalam penyakit dengki, tapi lama lama it's eating me inside out sampai rasa tak nak buka instagram sebab geram sendiri. now i'm robbing myself the pleasure of using social media. but i dont wanna dwell in the past so that's that.


now i sendiri jarang post stuffs on social media sebab i'm way too occupied with my day to day work and also my life is so full of interesting stuff to the point yang i live too much in the moment. also, even if i tangkap gambar interesting thing yang happen today, esok ada benda interesting lagi berlaku so bila nak post, semua tu dah basi, no point haha.


see what i did there? if you have the tendency untuk rasa "tak best" bila tengok orang lain punya story, cuba hype yourself more. make yourself believe yang you have everything you need to feel happy and content. barulah boleh make peace dengan apa yang orang lain share. be open to be happy with what other people shares. you tak realize how much you have only because you believe yang other people have more than you. that's the problem. let me offer you a solution:-



stop feeling bad when u see someone else doing more that you because in actuality, they are not doing or getting more, that's just apa yang tuhan cakap rezeki dia masa tu. dia tak mungkin ada semua yang you ada, dan you tak mungkin ada semua yang dia ada. semua ada secukupnya apa yang patut ada. percaya ni je, dan akan rasa cukup, tak ada kurang. mendengki only sakitkan diri kita, sebab dia kat sana tgh enjoy apa yang dia dapat, mestilah dia happy, kita yang sakit sendiri. focus on what you have. look to your right and be thankful that you have a job yang u happy doing. look to your left and be thankful yang you ada bestfriends yang suka belanja you makan. 


orang akan sentiasa share what makes them happy. sedangkan kalau dia depress atau ada masalah dunia pun dia share, apatah lagi bila dia tengah bahagia. kita tak boleh control apa yang orang share. kalau sakit hati sangat, sila mute jelah member tu ye.




Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 30 Julai 2022

study tips: back to the studying years

assalamualaikum


i mcm tiber eh nak tulis pasal tips study padahal dah tinggal and i don't think my current circle ada yang still belajar pun har har. i think it's because i tengah kemas kemas rumah lepas tu i terjumpa old files yang i simpan nota2 belajar so rasa mcm nak share. so silakanlah baca walaupun tak applicable~~



#1 organize your notes together


i suka pakai 2-hole binder untuk simpan all my handwritten notes or lecturer's slides. 1 binder for 1 semester, campur2 semua subject. so dalam 1 sem tu i just have to worry about my laptop yang memang dah seberat kucing gemuk and 1 binder file. kalau i nak study i boleh take out separate notes and clip together ikut topic yg masuk for specific exams. nak pakai buku pun boleh, tapi i tak suka sebab tak ada flexibility to divide and take out the pages. 








inilah rupanya, my binder



#2 rajinkan buat nota


i know this sounds so nerdy tapi kenapa specifically ambil nota instead of record ke apa ke is sebab i believe bila kita menulis, kita lagi cepat ingat. ceh, sendiri believe sebab tu menjadi kan haha. but i suggest u guys try it la, write down the notes. 






my structure is, sebelum start chapter/module baru, i akan buat 1 page depan untuk definitions. belakang2 tu baru nota. pastu i guna banyak colored pens untuk bezakan nota yg catat live and annotations bila buat revision later. 



different colors untuk menarik perhatian diri sendiri




ada sesetengah org suka pakai cornell method. pun boleh cuba. i cuba, doesn't work for me lols. i rasa sbb method ni mcm restrict my space untuk scribble dan annotate.





#3 record lectures


pusing ga? sekejap sekejap ckp suruh tulis nota, sekejap sekejap suruh record haha. well, sebenarnya record ni i buat juga bila hari2 yang i kena attend kelas pagi, yg mmg bercakap je punya class and i mengantuk so i record la. mcm acah sgt kalau tak mengaku pernah tidur dalam class. jujur je jadi student ni kan, mmg kadang2 tidur sbb mengantuk, bosan dsb.


record la video ke voice ke mana mana la untuk relive the lecture. better to record and sleep daripada sleep and sia sia je penat2 pi class ahaks.



#4 jangan ponteng


dkt msu, attendance main peranan as carry marks so kalau benda simple mcm just being present tu tak boleh nak buat, mmg rugi markah jelah. benda paling simple just be there and korek hidung. kalau tak focus, akak dah ajar dah tadi, sila record suara lecturer anda gituh. easy peasy nak jaga carry marks dkt attendance ni.



#5 life-study balance


usually for scholars or ptptn students mmg nak jaga pointer sbb taknak hilang pembiayaan kan so i see these people mmg study mcm ulat buku. tapi you'd want to balance studying and having fun.


my weekends usually hari sabtu je i free up untuk keluar dgn kawan2 ke mana mana sahaja and at any times. hari ahad i restrict myself from going out sbb i nak siapkan assignment. so balance la, ada hari keluar and kerja pun siap kan. 


during schooldays i mmg ada je stay up dkt library kalau masa tu time2 critical nak submit project ke apa kan. tapi there are some days yg i pergi dating, tengok wayang or karaoke after the last class. so find that balance. jangan study je manjang. nanti tak rasa nikmat hidup remaja sebelum kerja and ada komitmen kiri kanan hahahaha.



#6 buat schedule


ni pun mcm nerds kan. tapi tips ni serious penting. buat jadual tak usahlah to the dot. cukup mcm emm, mcm bawah ni




sediakan overview untuk semester tu kan, class time apa, bila nak study/buat assignment and hari apa hari jimba. ini overview je untuk setiap semester tu. kenapa ada overview ni adalah untuk bagi kita disiplin sikit. bila kita ada routine, barulah rasa lebih teratur dan tak mudah pening2 bila orang tanya kita busy ke tak sbb kita tahu hari sekian sekian kita ada activity apa.




ni extra tapi i buat. setiap minggu i will plan my week more specifically. isnin minggu ni task apa nak buat, hari ahad nak keluar dgn siapa. barulah tak confuse eh yg karaoke ni bila yang wayang ni bila and homework apa yg mmg nak kena submit next week? ah jangan kecoh. buat je simple2 mcm ni ikut hari. ni pendek2 sbb contoh, selalunya to-do list per hari tu panjang2 lagi hahaha.



#7 budgeting

bawak bawak la belajar menjaga finance sendiri semasa zaman belajar lagi. jangan gunakan alasan student untuk guna duit sesuka hati. belajar menyimpan supaya tak culture shock eh tiber dah kerja ada commitment pula. tak semua org lucky lepas belajar masih boleh duduk rumah parents, ada yg kerja jauh so kena sewa rumah, beli kereta or tiber nak kahwin kan. so dalam berjimba jimba dgn kawan kawan, jgn cepat terpengaruh dengan kawan2 yg lebih berduit dari kita. ingat ye, zaman uni adalah bridge from being a teenager to a young adult and being anything "adult" is challenging and comes with responsibilities so sila la belajar sikit2 nak transition tu. dont play play all the time, don't be serious all the time gituh pesan kakakmu.


#8 tips mahal dari kakak mung - pomodoro technique


ni extra jelah ek untuk sesiapa yg mencari groove mcm mana nak stay productive atau elak dari distracted masa tgh study/kerja. sila apply pomodoro technique. apakah ia? ye gigit buat tomato sambil berkerja.


heh gurau. pomodoro technique ni simple je, just study/work for 25 minutes, then take 5 mins break <- this is one 30-minute cycle. ulang cycle ni dalam 2-4 kali. lepas tu ambil 1 hour break. kalau jenis pandai control tidur, buat 30 mins disco nap and 30 mins to eat and rest. kalau tak pandai, elak la nap tu entah2 memang last2 ko nap je sepanjang hari lols. lps tu repeat the pomodoro cycle for another 4 cycles. 5 mins break boleh pi snacking, stretching, zumba ringan or tgk 1 vlog kat youtube with 1.75x speed. kalau tgk netflix confirm gagal la technique ini. 


so after 4 cycles - 1 hr break - 4 cycles, boleh rehat dah. kalau kerja tak siap, boleh je ulang the routine sampai kerja hang siap. bila ada small and big breaks, otak kita akan lambat lemau and badan also akan feel rested. so lagi la lambat nak rasa mengantuk je! ini tak, hang tak pakai apa2 teknik tu pasai hang baca 3 ayat pastu hang pi sambung tidoq balik. sia2 bangun 4 pagi konon nak study hahaha.


disclaimer, bukan technique ciptaan i ye haha so technically it's not my "tips mahal" lols



so last last, dalam banyak2 tips pun pesanan yg paling berharga ialah untuk sentiasa menjaga mental kita. study study juga, tapi kena have fun, main main sikit. jangan mainkan hati orang sudah sbb silap silap hatimu dipermainkan jua nanti kahkah. i know there's a lot of pressure masa study tapi it's not a competition. dkt uni dah tak ada ranking ranking siapa no 1 dalam batch ke hape yang ada cumalah pointer sendirian berhad. i know we all kejar dean's list, president's list, nak jadi valedictorian and all tapi zaman belajar ni akan terasa berlalu kejap je kalau tak create memories dgn kawan2 so do take some time off for yourself and your mental health.


setiap fasa kehidupan termasuklah belajar ada ups and downs. kita masuk belajar dgn azam by the end of our diplomas/degrees kita nak dapat award during convocation, nak jadi a part of student body, nak jadi teacher's pet to build connections and so on so forth. tapi set the correct expectations yg there are times when we get too tired to study and we missed an A this semester so our pointer is 3.70. or we have to quit being an student's rep council because it jeopardizes our grades. or kita nak sangat suka lecturer ni and kiss her tass tapi lecturer ni tak suka kita balik. or we could easily get sick to the point yg we have to defer the semester. these are all setbacks, tapi tak sepatutnya patahkan semangat kita. apa apapun, perjuangan mesti diteruskan sampai habis. regardless of the results (or people who talks about OUR freaking results), only we know if we have done our best and in the end, kita cuma perlukan diri kita sendiri je untuk bangga dgn diri kita sendiri. we don't need anyone else's claps to our success or boos to our downfalls.


sekian, warkah berlagi pilu dari yours truly





Thank you for reading this entry :D

Jumaat, 22 Julai 2022

bila nak dapat kunci? - part 2

assalamualaikum



so last entry i dah share mcm tips la kot from yours truly tentang cara nak survey/beli rumah. tips tu semua datang dari compilation baca blog blog orang lain dan experience sendiri. so untuk entry kali ni i nak share pasal my experience dari segi timeline sbb dulu i thought beli rumah ni especially yg dah siap, bukan subcon mahupun undercon, tak lama hahaha. oh well my noob and ignorance tass ahaha. so untuk set expectations semua orang yang mungkin tak tahu mcm i, i sharekan my experience in this entry.


we started surveying for houses in august of 2021, masa tu sebab we were talking about starting a family and rumah sewa kami was just a studio-duplex means there's no room for kids. then we also talked about mcm mana kalau owner rumah nak balik rumah sewa tu means kita kena berpindah randah-- is this easy to do bila dah ada kids? so fikir punya fikir kitorang decide untuk survey to buy, not to rent. 


mcm tips yang i share last time, we didn't really set a budget sbb kitorang tak tahu nak kira installment mcm mana pun sbb tak ada pengalaman kan. cuma ada la kasar2 sebut untuk cari rumah yg bulan bulan maximum harga sekian sekian mcm tu. i also read that it was home ownership campaign during the period so baca punya baca dan study, we decided untuk cari rumah yg ada home ownership campaign.


the criteria that we're looking for for our first home are 3-4 bedrooms, rumah dah siap bukan undercon, rumah yg baru siap in the last 5 years and not older and paling penting, location dia masih dlm area berdekatan kota damansara ni. we did our survey on propertyguru sebab perviously we also found our rumah sewa through there and the experience was good.



august 2021


bila kami dah jumpa rumah yang kami paling berkenan, kami terus contact the realtor (from Kim Realty) and set a viewing date. masa tu ada 4 units yg available, some have 3 beds, some has 4. kitorang view both layouts and decided to go with the 4 bedrooms sbb bila kami compare price, we feel like the difference is not big and we also consider the fact that we might not be moving despite expanding the family in a few years. 


after viewing, termasuk viewing common areas and facilities, kami sit down and tanya tentang banks yg ada high chance untuk approve loan kami, what are the "hidden fees" yg tak diikilankan. actually, calling it a "hidden fee" tak tepat sbb it's not hidden, kita just nak tahu cost2 lain selain harga rumah contohnya lawyer's fee ke, stamp duty ke, booking fee ke mcm tu. so we jot down all the numbers dan balik rumah untuk bincang if kami ada ke these amounts untuk keluar pada time sekian sekian. 



this is the one. contohnya untuk book unit kita bayar booking fee dulu. then duit kena keluar kat mana lagi and when. semua ni adalah duit keluar selain installment/downpayment




rumah yang kami beli tak ada downpayment, cuma ada booking fee yg refundable selepas dah move in. so lepas kami dah discuss2, we decided to book the unit in september. the realtor suggests us untuk apply loan with Public Bank and Affin Bank based on our financial situation (considering our other commitments, monthly income and assets).



september 2021


after 2 weeks of booking, both bankers contacted us (end of september) untuk submit apa2 document yg diperlukan dan apply loan secara rasmi. so kami apply la dengan dua dua, sambil berdoa ada yang akan datang balik dengan berita gembira. ada baca baca pengalaman orang kata tunggu loan approve ni lama, rasa mcm tunggu gantung tak bertali la apa la kan. ghisau mak haha. 



october 2021


sebenarnya memang perasaan risau tu berpanjangan sepanjang menunggu keputusan loan tu. akhirnya pada hujung october, means ambil masa lebih kurang sebulan selepas apply tu Affin Bank datang balik kepada kitorang, dengan interest rate yg alhamdulillah la seronok tengok haha. maka lepas itu keluar la offer letter. seronok la masa ni sbb kiranya dengan bank dah lepas, skrg tinggal process dengan lawyer and pejabat tanah la pula kan.







setelah kami dah arrange untuk sign offer letter, loan application dengan Public Bank pun automatic stop so tak worry worry dah. kira skrg kita berurusan dengan Affin jer.


lepas sign offer letter, lawyer pun contact kami untuk arrange sign SPA which is hujung october. lawyer cakap next step ialah untuk dapatkan blanket consent daripada developer dan dihantar ke land office untuk pengesahan.








digantung tak bertali


bagi i, timeline masa yang digantung tak bertali adalah bukan masa tunggu loan approve, ia masa tunggu proses documentation antara lawyer-developer-land office. memang masa ni duk merisau manjang hahaha sebab katanya realtor habaq bulan 3-4 boleh dapat kunci. tapi senyap menikus je proses yang part ni.



december 2021


bulan 12 tu kami receive valuation report daripada valuer, LaurelCap yg buat valuation utk unit kami. untuk baca lebih psl valuation of property ni boleh click sini. so valuation fee ni kita bayar directly pada valuer kita, dan minta invoice tu. untuk kami punya property purchase, valuation fee ni kira mcm discount/rebate drpd developer so fee ni refundable. untuk property lain sila tanya agent masing2 okay. tanya psl ni sbb mana tahu property korang ada offer utk refund certain costs kan, terus jimat wang kat situ. so lps kitorang bayar, kitorang buat refund application pada developer. cleared in 2 months. 


just a note yang valuation fee ni tak ada makna sgt pun haha. bermakna la untuk tahu nilai sebenar rumah tapi tak adalah process tu makin cepatkan dapat kunci ke, hal dgn pejabat tanah ke apa ke lol.




march 2022


sepatutnya masa ni dah expecting nak cuci rumah kan? hahaha padahal ini baru sampai fasa yang blanket consent tu dah siap dan dihantar untuk diproses kat pejabat tanah. lepas tu ingatkan ini je document yang kena tunggu lama nau nak finalize, rupanya ada lagi pending MOT, original title and consent to charge-- pun expecting daripada developer juga. masa ni dah tahu dah proses mmg lama, dari october, march baru ada progress so pengharapan tu dah kurang.




may 2022


akhirnya pada hujung may kami receive letter of disbursement and notis untuk start bayar installment dari Affin Bank. masa ni rasa mcm dah dekat dah. takkan kita bayar dulu tapi kunci tak dapat kan. so i approach lawyer, and dia dah confirmkan 3 documents pending kat atas tu pun dah cleared so skrg boleh minta VP (vacant possession) dah daripada developer. sebenarnya sebagai pembeli rumah, bila dgr je perkataan VP ni dah tahu dah one step closer la ni hahaha.



june 2022


so kami follow up dgn developer, kepilkan sekali bank letter dan request untuk dapatkan VP. kat sini developer akan keluarkan 2 invoices untuk clearkan maintenance fee. kita terus settlekan semua fees ni dan on friday that same week, dapatlah surat VP alhamdulillah. happy gila! bila dpt surat vp and tarikh untuk ambil kunci ni mmg perasaan dia lain macemmm. mmg happy sgt tak ingat dunia. dapat la view rumah and finally simpan kunci rumah ni sendiri. kunci dah kat tangan kita!!! syok wey!!









ha so kira kira berapa lama tu nak dapat rumah dari survey sampai pegang kunci? haha kalau ikutkan cerita i ni, mmg kitorang punya side tak buat apa sangat pun. semua urusan lawyer je kebanyakannya. apa yang bahagian kita buat cuma risau dan berdoa kekeke. penantian itu satu penyiksaan tapi dia jadi ok lepas impian tu jadi kenyataan cewah!!



insyaallah next entry, kalau rajin nak share pasal bila dah dapat kunci, what we learned about utilities, dealing with management and furnishing our first home!







disclaimer:
this entry is written based on experience. tidak ada fakta atau guideline included. 



Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 16 Julai 2022

we bought a house! - part 1

assalamualaikum


alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dapat juga kami berdua merasa beli rumah sendiri. ceh cakap mcm bangga padahal bertambah komitmen lols. tapi ini adalah impian kami so mmg bila tercapai, auto rasa happy gituhh.



dalam proses nak beli rumah ni, of course kena buat banyak research. selain baca websites hartanah mcm propertyguru or iproperty ke apa, mesti nak tahu juga pengalaman dari pov buyer, barulah lebih faham sebab buyers ni cerita dia tak pakai jargon2 hartanah and info dia tak systematic sangat. utk orang2 yang tak berapa terdedah kepada ilmu hartanah ni mudah nak paham. so korek2 banyak la blog orang guna keyword "pengalaman beli rumah", "berapa lama dapat vp rumah" dsb. then i thought lagi senang kalau i boleh compilekan semua tips2 yang i dapat ni dalam satu post so that kalau ada sesiapa yg came across senang nak refer. konon membantu la readers yang berapa ketul ni tiberr.


so without further ado, here's adina's guide to beli rumah 101.


mencari rumah idaman

tanpa perlu kira budget lagi, mulakan survey properties di website yg orang ramai percaya. i pakai propertyguru sebab before this cari rumah sewa pun pakai tu and so far trusted. pastikan bila tengok listing tu, tengok realtor name and company. buat google search sikit kut2 kalau company realtor tu ada sejarah scam or whatnot okay.






just browse, pilih area mana yang nak, berapa bilik and baths. then look at the average price of a few houses yg belong in the category. bila dah list down beberapa, and dah tahu average price--- catat, make notes and get ready to save some money. so step ni elok la buat beberapa bulan ke setahun sebelum ye. boleh pakai loan calculator untuk bajet2 berapa monthly installment. kenapa jangan letak bajet dulu ialah untuk mengelakkan terkejut beruk tak jumpa lansung rumah within budget.









tips survey rumah idaman

tahu lokasi mana yang korang nak, then use google maps to see the route between your most go-to places. kalau i, i akan search route between my current house and the dream house (ini membantu untuk bajet awal2 duit movers), route between our offices and the dream house and also we did search for the route from one utama to the dream house sbb kitorang nak target our main venue for entertainment is dkt ou. 


also rajin rajin la google nama property tu and baca review dia. tgk photos yang orang ambil, not just the ad photos. cari la information from informal resources also like lowyat or forum cari. basically, read lots and lots of reviews.



start contacting realtors

once dah jumpa rumah yang berkenan, boleh la slow slow contact the realtor and set a house viewing appointment. i actually encourage you to observe the realtor's behaviour so that you can decide if you can deal with this person throughout the process. your realtor should be there from the viewing up until dpt kunci. if he/she don't have the answer, they should at least be able to route you to the next person to contact. kitorang punya realtor from Kim Realty, alhamdulillah sangat bagus and mmg tolong kami end-to-end dlm process ni. kalau kita tak faham mmg dia terus call and selalu follow up dgn kitorang.



house viewing

masa viewing, ringankan mulut untuk terus tanya which bank will most probably approve my loan, what are the average monthly installment, what are some discounts/cashback options available, how much is the downpayment, what are other costs that you need to prepare and maybe more. take notes dkt these numbers.



for me, the first thing i ask is the possible amount of monthly installment. then the realtor sendiri yg start explaining to me about interest rates and banks. then dia tanya us about our work, how many years, how much we get paid. don't have to be shy about this sbb dia akan recommend banks that would approve your loan. for us, we only have 1 year working experience, but our ptptn got waived so we don't have any other commitment other than a car and we have asb also. so the realtor suggests us to apply for a loan with affin bank. another reason being affin would be most likely to approve loans from fresh graduates.


then we also found out about POT cost, moving cost, valuation fee, sinking fee, quit rent and all that stuffs. yang mana kena waived and what should be paid when. penting untuk tahu sebab nanti korang buat2 terkejut pula eh sejak bila ada hidden fees itu ini pastu mengamuk sebab kunci kena tahan sbb payment tak settle so tanya lah awal2 okiee.



estimated price breakdown - contoh sahaja


also, banyakkan makan sebelum viewing sbb nak ajak realtor pergi tengok semua facilities and amenities yg property tu offer. kut2 la rupanya pool berkarat la apa la. jgn lupa tengok visitor's parking juga tau!







getting the best value 

bila mencari rumah, try to watch out for government campaigns or developer rebate packages. ini tak ada siapa boleh notify korang, kena pandai2 cari sendiri ikut twitter ke, website developer ke etc. mcm kitorang, we tahan diri nak beli rumah until we are sure that the government's home ownership campaign is still running. also our developer ada 10% rebate of the house. so we got the best deal for our unit. 






jangan segan nak tanya the realtor about what interesting packages yg datang with your purchase. some properties may not offer discounts but they offer free gifts in the form of furnishings. rumah kami datang dgn kabinet dapur, wardrobes and toilets. masyuk kan? hehe. so tanya tau so that you can compare and contrast of the values of the properties that you are interested in.





understanding the process

buying a house is a little bit more complicated than renting. so before diri sendiri culture shock, bertanyalah pada realtor juga about your timeline, and what processes are involved. in our case, our realtor foresee that we might be able to get our keys earliest in april. then it got delayed to july due to many factors which we were already explained forward. for us, it was delayed on the developer side to produce some documents, then some delay from the land office. also ask if the realtor can share their experience handling other buyers or if they have their own stories to share. 


my process was straightforward, tapi lambat. we booked just 2 days after viewing then applied for housing loans from affin bank and pbb. affin came back to us first after a month mcm tu then we straightaway got called to sign our snp at the lawyer's office. with hoc, our lawyer fees got waived -- thus i emphasis on the importance of buying when you know there are some packages to help you save money. after signing our snp in november 2021, lama gila dalam march 2022 baru ada progress from our developer side about our blanket consent. after that lama lagi dalam june of 2022 barulah lawyer finalize all documents, dan bank pun hantar surat yg loan dah disburse. lepas tu sampai end of june jugalah baru settle hal nak dapatkan kunci dari developer and management.



okay sekian dulu sedikit tips untuk part one of this series. nanti kalau rajin buat part 2, cerita psl proses and timeline sikit and kalau panjang juga pecah lagi satu la part 3 untuk to-dos after dapat kunci.


toodles!


disclaimer:
(kena panjang sikit kasi clear)

1. ini tips lebih kepada rumah untuk sendiri duduk ye. i tak reti kalau nak beli rumah investment. ada la tu kan tips hartanah lain yg lebih sesuai utk beli rumah investment.

2. this is not coming from a property expert. i am a first time home buyer, this is my first house so read this entry as a sharing of experience rather than full-blown, fool-proof tips ke hape okay.

3. tak ada tips untuk beli rumah subcon. kemungkinan tips tak boleh apply ye haha.


Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 28 Mei 2022

bagaimana saya merancang hari hari saya?

assalamualaikum


i am a person yang paling anti dengan kalimat "just go with the flow". obsession i terhadap having a plan before doing anything is critical to the point yg kalau husband i ajak dating makan kat luar esok, malam ni i paksa dia sebut kedai apa dia nak makan. kalau dia sebut beberapa, i akan tonyoh tonyoh juga soalan dekat dia sampai dia shortlist kan lagi list yang dah sedia pendek itu dan kalau ada 2-3 list kedai i akan google menu kedai tu and terus fikir apa nak order. and those things are done for an activity to be executed the next day tau. next day tu bukan lepas subuh terus nak pergi pun, tapi kecoh dia mmg tak boleh bawa bincang.


the whole paragraph was just about having a lunch date outside. can u imagine what i do the night before a work day?


i love to wake up with a structure. lepas bangun tidur nak buat apa, apa yang nak kena siap harini, siapa yang nak kena contact hari ni yada yada. i need to know what i'm gonna be doing. bukan setakat waking up and know i have to work tapi wake up and know yang harini akan buat task A dekat project B to achieve 50% of the task. sangat detailed to the dot. 


thus, every monday i will access my work email and masukkan all scheduled meetings for the whole week. tapi i will also check every morning untuk pastikan ad-hoc meetings also masuk. walaupun meeting tu dah lepas tapi i terlupa nak masukkan in my calendar, i will masukkan juga sebab senang nak backtrack kalau kenapa certain2 hari tu i busy. then i will also put in my personal planned activities mcm nak pergi clinic ke, nak pergi dating ke, masuk juga dalam calendar tu. for this, my favorite calendar app to utilize is Fantastical.






kenapa Fantastical? kenapa bukan google cal atau apple cal atau lain lain? okay so cerita dia, i mmg sgt particular dgn my planning tools. bila i pilih calendar app apa nak guna, notetaking app apa nak guna, bujo mcm mana nak beli, i did a lot of researches and trial and error. i gave each one of my shortlisted tools a good amount of time untuk cuba dan experience sendiri. sama la mcm mana i jumpa fantastical and notion are through trying multiple apps and concluding which one that fits my style. what i'm saying is i tried google cal, apple cal, iCal and all. fantastical is best for me sbb i can combine my to-do-list with my calendar, i can integrate it with all my other calendars, it creates a CTA to join online meetings and much more. that's why i choose it as my main calendar app. i love it so much that i literally pay to subscribe it.


then the next step is moving all of these into my bullet journal. this is only for self satisfaction. i love the feeling of crossing off my tasks. so what i did is mark my bujo calendar as well, tapi mostly for big events. tapi my bullet journal is updated daily rather than weekly. setiap hari akan bangun pagi, buka bujo, journal some stuffs and plan my day. list out task yg specific nak buat on that day, mark done tasks yg tak sempat siap and postponed to whatever date. i also park my future tasks awal awal kalau ada yg urgent. 






i also am committed with one-line journaling sebab i nak remember significant things that happen in my life. kalau tak ada apa apa menarik, i'll just write down "normal day". tp most of the time when you journal, you will realize yang there are interesting things that happen in a day, you might miss it sebab you tak jot it down. this is why i love gratitude journaling. one line only, sebab nak tulis panjang panjang tu yang buat malas. so keep it one line. kalau ada lebih panjang cerita i will write down in notion.




a line a day journal





longer write up for more impactful stories in notion




then i step into my notion. mostly here i track my professional job only, personal stuff jarang guna notion. mmg notetaking la function dia. from here i will break down my big tasks into small chunks in its individual cards. dalam setiap card tu akan break down lagi into much smaller to-do lists. tapi setiap task ni tak target siap in one day, yg how much progress i want to achieve on a specific day i break down lagi dalam bujo. this is more to an overall view. 








then i will also take note of the important meetings yg help me break down my task even more. from here i also take note of the ticket numbers berkaitan dengan each task.






the way i explain things, might make it seem like banyaknya steps. well, there are, cannot deny la this one haha. tapi i become restless bila i tak tahu nak buat apa. duduk depan laptop tapi every single day kena pilih balik task apa nak buat. i suka start something and know where to continue the next day if i stop today. tak semua orang rasa mcm i thus this much detailed planning tak applicable to everyone. some people are carefree and that's amazing! what i'm sharing is just to shed a light for people who also indulge in planning. the impact it has on my life is it totally subtracting the need for me untuk risau risau pasal what's gonna happen today which is a 100% improvement on my life.



Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 30 April 2022

aku dan bullet journal

assalamualaikum


aku ini adalah seorang yang suka pandang ke barat. hahahaha tidak tidak, aku tidaklah nak mengikut budaya orang barat. cumanya aku suka tengok vlogs from people in america. suatu hari, aku terjumpalah satu vlogger korean-american ni, namanya nina eyu. dalam satu malam je aku binge banyak gila vlog dia macam binge netflix pulak kekeke. ada satu vlog dia ni, dia tunjuk pasal bullet journaling.


sejak dari itu, aku banyak habiskan duit aku beli stationeries untuk buat bullet journal yang cantik. oh lupa nak cerita, dalam duk research tu, terjumpa bullet journaler yang famous ni nama dia Amanda Rach Lee. dia canadian. dia buat bullet journal cantik sangat. dia la punca duit aku selalu habis. ececece kalau bab buruk buruk selalu salahkan orang je tak pernah salah sendiri wkwkwkwk.


aku invest dengan grid notebooks, colored pens mcm zebra sarasa, crayola, mildliner dsb. nasib baik aku tak pandai handlettering kalau tak hangus duit aku duk beli tombow yang harga rm10 sebatang tu. tak main la sharpie ke faber castell ni, sebab amanda tak pakai trolololol.




koleksi aku, ada crayola supertips, zebra sarasa and artline decorite



kan sudah ku katakan di entry notion yang lalu bahawa aku ni sangat bergantung kepada calendar, notion dan bujo untuk plan my life. haritu dah tengok notion, skrg kita tengok bujo pula. 


bullet journaling ni sebenarnya macam planner la. cumanya, dia ada system dia sendiri dan dia promotes creativity sebab orang orang yang bujo-ing ni, mereka tak beli planner yang dah siap ada kotak kotak tu. mereka beli buku kosong dan cipta layout sendiri.



one of my favorite spreads



inspiration aku mestilah pertama amanda tu. tahun 2019-2020 adalah peak years bujo aku. masa tu memang la berhias, bertema, berwarna warni bujo aku. surprisingly, dia jadi mcm therapy pulak utk aku. every last week of a month tu aku mesti ambil satu weekend dan spend 3 jam cipta bullet journal spreads aku for the next month. aku sangat committed ye guna bujo ni. memang segala jenis mak nenek plan aku tulis dalam tu.



first attempt at bujo-ing, simple simple je (dec 2018)



lepas tu dah makin creative (june 2019)




macam macam technique and spread yang aku discover and cuba sampailah aku jumpa style yang sesuai dengan aku. 



start dari 2019, semua bulan mesti ada habit and mood trackers :D




ni spread weekly yang paling suka for the longest time!



impact bullet journaling dalam hidup aku ialah, dia bagi aku creative outlet yang personal. orang tak judge arts dalam bullet journal because it's basically an individual thing. pastu sebab aku put a lot of effort untuk layout setiap bulan tu, aku jadi committed untuk planning dalam bujo aku. maka hidup aku lebih teratur. i never missed a deadline or skipped a beat. semua rutin hidup aku on point tau masa tu!


namun begitu, apabila menginjak usia dewasa, dah takdok masa nak berbujo ni. so aku terpaksa la beli planner yang dah siap. bukan setakat beli premade planner sahaja, planner aku tu sebesar purse je beb sebab senang masuk handbag. dulu masa belajar bolehlah size A5 sebab bawa beg laptop kan. so disebabkan kekangan masa tu, aku tidak lagi berbullet journal. sebab tu aku menyibok blogging hahahaha. tapi obsession aku terhadap planning tidak berkurang lagi tiber je rajin buat bujo bulan january 2022. mungkin untuk tahun 2022 ni, serasanya aku akan kembali berbujo? mari kita lihat sampai mana tahap komitmen aku muahahaha.





silakan jamu mata tengok rupa bujo aku sedikit sebanyak. what about you? do you plan your life right down to every second?


tiber terbuat spread untuk march dah hiks gedik.








Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 16 April 2022

mesti ada seseorang tu...

assalamualaikum


dalam persekitaran kita, mesti ada seseorang tu kan, dia mesti selalu buat kita rasa annoyed dengan dia. dialah yang buat environment kerja kita jadi tak seronok, dia la yang menyebabkan kita rasa demotivated nak harungi hari tu, dia la ketua segala marah bila benda tak jadi ikut akal dia. mesti ada. kalau tak ada kut kut korang la tu orangnya. hehe gurau gurau.



aku tak jumpa pula stock photo orang marah marah kat office. anggap jelah bos pink tu tengah marah okay




dia ni mesti la seorang manusia biasa yang cari makan juga macam kita kan. tapi ada faktor faktor lain yang membuatkan dia rasa dia boleh ada perangai yang menjengkelkan. mungkin dia kerja lebih lama? mungkin dia kesayangan boss? mungkin dia banyak terima awards selama dia kerja? mungkin hasil kerja dia sentiasa dipuji?


kalau ada orang sebegini around kita, seeloknya kita abaikan je. kalau time dia naik syeikh tu, mustahil la kita boleh pejam mata tulikan telinga kan. silakan rasa marah atau annoyed sebab itu normal. tapi lepas itu, let go sajalah especially kalau situation ni belaku di tempat kerja sebab tak worth it. kita nak kerja kat situ lama, paling paling pun setahun dua. kalau setiap hari bangun fikir topic apa nak mengumpat pasal dia hari ni, tak kemana la kita. imagine kalau kita kena bermasam muka bermuram durja dengan orang ni selama mana kita nak kerja, nanti masuk office macam mana nak bersemuka? kalau ditakdirkan kena kerja atas project yang sama, macam mana nak discuss?


bila ada perasaan marah ni akan affect kita punya decision making sebab kita akan mula rasa biased. sebaiknya, acknowledge sahajalah hasil kerja dia kalau sememangnya bagus. silakan luahkan isi hati dengan colleague ke, boyfriend ke, best friend ke suami ke kalau hati dah membara sangat. tapi cukuplah masalah jam itu habis di situ, masalah hari itu habis di situ sebab nak marah lama lama sangat tak worth it. lagi lagi kalau akan jumpa muka yang sama lagi esok lusa.


lagipun, kita sendiri ada perangai kita yang kita tak perasan menjengkelkan. orang je tak depan depan tunjuk kat kita. after all, we're only human, ada kelemahan kiri dan kanan. tapi kenapa memilih untuk ikut jadi jahat kalau boleh jadi baik? 


Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 2 April 2022

woman, career and money

assalamualaikum


aku ada twitter, tapi aku buat baca je macam sotkabar. isu hangat macam mana pun jarang sekali aku nak reply. lagipulak dia 160 characters je, aku ni kalau sekali bercakap nak panjang. sekali aku nak reply tweet pastu habis limit, memang tak arr aku nak sambung buat thread bagai. last last aku discard je kekeke. tapi suatu hari tu, aku terjumpa tweet yang... buat aku tak senang duduk.





yang ungu tu lawan, yang biru tu kawan eh sila take note.


baca ayat kedua dia tu. meh aku quote dan bold supaya korang boleh nampak dan faham punca aku nak reply. perlu diingatkan, entry ni tak bertujuan nak convince orang untuk bersetuju dengan aku. entry ni untuk aku explain point of view aku je ek. jangan nak gado gado.


"tapi hantar ke taska semata ibu nak berkerja ada duit, bagi aku tak cukup kuat alasan tu"


time ni aku dah rasa ada 2 kemungkinan di sebalik si ungu ni. sama ada dia mmg stuck up dekat bubble kayangan atau dia tak duduk malaysia. adakah dia tidak tahu tentang betapa mahalnya harga ayam kat malaysia sekarang? adakah dia tak keep up with the news yang orang malaysia ni underpaid? haremm betul pemikiran yang ibu nak cari duit tu adalah sesuatu yang tak patut. mungkin dia kerja dapat gaji 18k sebulan dan dia tak percaya yang ada orang bergaji 1.8k sebulan? ataupun dia trophy wife yang lakinya bagi rm1.8k untuk grocery sehari? andaian adalah of course suka hati aku kekeke.


ha time ni aku pun reply la kat si ungu ni. aku warna pink hokeh sebab aku fab.




aku ada 4 issues dgn statement si ungu ni.

isu #1 - penggunaan perkataan seharusnya.


kalau argument tu bermula dengan seharusnya, percayalah bahawa penulis itu tak berada di dunia yang nyata. wey, kalau nak cakap seharusnya, aku pun boleh cakap 

"seharusnya kerajaan naikkan minimum wage!"

"seharusnya husband kena bagi nafkah dan duit rumah asing asing. duit rumah wajib mampu cover ayam 2 ekor sekali beli!"


tapi adakah kenyataan aku ni membantu? u tell me.



isu #2 - pendapatan suami SEORANG dah cukup


dia ni duduk planet mana yang pendapatan suami alone boleh tampung perbelanjaan rumah? hello dude? are u even living in malaysia at this point????????? getus hati kecilku.


there is no way yang pasangan marhaen dah kahwin zaman sekarang can live with one source of income sahaja. it's either the husband is underpaid, or paid well tapi masih tak sama taraf dengan kenaikan harga barang. kadang tu ada suami suami yang kena buat 2-3 kerja (grabfood on weekends, jual jambu kat traffic lights) untuk mampu hidup walaupun berdua atau bertiga je. ada yang sampai betul betul rancang keluarga, tahan perasaan nak mula berkeluarga dan timang anak semata mata nak pastikan anak bini cukup makan pakai. 



pikir tak sebelum tweet benda gini?



isu #3 - tengok balik pengurusan kewangan keluarga


kalau nak tengok balik pun pengurusan kewangan keluarga, apa yang orang ini envision akan berlaku? apa expected outcomenya? 


contoh gaji suami rm3k sebulan, tolak sewa tolak harga sebiji kereta buruk, dengan seorang anak, makan ayam sekali sehari je -- dengar je dah cukup sesak kan? kalau tengok balik kau expect boleh tolak komitmen? takyah bayar sewa? ke tak payah makan lansung? ke tak payah bayar yuran anak sekolah? itukah outcomenya? 


kalau nak tengok pun boleh sekadar tengok jelah. kalau memang dah hidup sesak, beli baju baru pun tak mampu, apa je dia boleh buat lagi? lainlah kalau memang jenis belanja lebih dari duit poket itu betul la kena tengok balik. mana kita tahu laki dia dah botak 10 kali revise dah masih tak cukup juga duit dia? advise untuk revise balik adalah advise yang baik, tapi ia tak applicable kepada semua. so janganlah buang option untuk ada second source of income dari isteri kalau dia nak tolong. 



isu #4 - tak seharusnya ibu stress sebab kena kemas rumah


hmm mengeluh panjang jelah aku baca part ni. aku rasa maybe orang ni tak pernah kemas rumah sebab time maid dia mop lantai dia tengah sedap dekat spa dapat urutan kaki. hello? ibu ibu yang ada maid pun belum tentu cukup rehat tau. kau pikir rumah dengan anak ni mcm mana ek? tak pernah nampak mainan bersepah, anak korek taik idung pastu selet dekat lantai? tak pernah anak tumpahkan makanan? tak pernah time nak kemas rumah tu la anak tengah main pastu terjatuh pastu menangis nangis? pastu nak masak lagi sebab ada juga la husbands yang jenis balik rumah tahu nak makanan siap berhidang atas meja. pastu nak basuh pinggan lagi. tak kira lagi nak kemas peti check makanan basi, nak tolong anak buat homework yang kadang kita pun tak reti nak ajar. pastu anak pula tantrum. nak bagi tidur lagi. nak vacuum sarang lelabah lagi. nak kejar lipas lagi. tak seharusnya stress kau kata? 


entahlah penat nak explain yang buat kerja rumah ni pun penat.


memang tugas ibu, memang ibu perlu ada sifat sayang dan tak berkira nak layan kerenah anak. tapi tak boleh ye be in denial dan cakap benda benda domestic ni tak memenatkan. sekalipun ibu tu seronok je buat semua ni, tapi tak boleh deny ye kalau one day dia terasa penat dan stress. 


imagine kau dah penat buat kerja rumah tiber cikgu sekolah call anak kena buli kena pukul kat sekolah pulak. anak kita dah baik, anak orang lain buat hal. ha dah satu hal lagi nak kena pikir. 


so pendapat aku ialah,


boys and girls, zaman kita hidup sekarang berbeza cabarannya. aku tak compare okay zaman mana yang lebih challenging than the other one. aku cakap cabaran berbeza. 


if you are a woman, about to be a wife or a mother, tolonglah jangan rasa bersalah untuk ada career. with good money you and your partner pool together, korang boleh provide more to your family. you can have a more comfortable house, insyaAllah mampu hantar anak ke taska yang berkualiti, dpt hire maid dan dapat balik rumah untuk spend time main dengan anak anak sambil ajar mereka other things. dapat belikan toys untuk improve motor skills mereka, dapat belikan skill building items dsb. i'm telling you it's okay to be a wife/mom with a job as much as it is okay to be a stay-at-home mom. no shame in being either one. we should be proud of ourselves either way.


aku faham financial discussion tak mudah, but you choose your partner, you sit and discuss. ingatlah, kalau tak cukup duit, siksa hidup. barang makin mahal, rumah makin mahal, yuran sekolah makin mahal. without money, it's hard to survive. so it's okay to work and get money. you'll be happier when you can send your kids to good playschool, treat them with some pretty clothes and good foods even sekali sekala je. it's okay. kalau ada duit, perbincangan tu tak stress sangat sebab kalau issue tu boleh disettlekan dengan duit, duit tu ada. tapi contoh macam wife tiba tiba accident (nauzubillah), duit laki sorang, wife tak kerja. nak kena fikir nak upah nanny lagi, siapa nak masakkan makanan? nak makan luar everyday ke? semua tu duit tau.


if you are a man, about to be a husband or a father--- janganlah sekat keinginan wife untuk berkerja. especially kalau sedar yang duit yang u make is not enough. jangan cakap dia wife atau ibu yang tak baik kalau dia choose untuk kerja. it's not a shame sebab kita semua faham tentang situation economy sekarang. it's okay untuk bagi wanita wanita anda untuk bina kerjaya mereka and discuss about your financial situation together. doa dekat allah untuk bagi pasangan yang memahami dan sedia untuk sama sama kumpul duit untuk bina keluarga yang mampu. kalau seorang kerja dapat 1.8k, dua orang kerja dapat 3.6k, doesn't that sound more hopeful?


if you want your wife to be a housewife, that's okay too! but look back at your bank account and think wisely if you can afford that. jawapan dia bukan yes, bukan juga no. only you know. kalau cukup then tak apa. kalau tak cukup don't just stop there. fikir juga about your kid's early exposure to good education and social life and how to give them a good home to grow up in. dan jangan lupa always reward your wife for her efforts to maintain your house and your family.


aku harap tak ada lah yang rasa entry ini macam nak cakap yang money is everything, atau hidup tak bahagia tanpa duit. tapi kita sendiri tahu lah. sendiri tahu keinginan masing masing. sendiri ada dream life masing masing. korang sendiri tahulah banyak mana duit nak kena guna. sendiri fikir bahagia yang korang nak tu macam mana. got money banyak atau sikit tu ikut masing masing. bukan aku nak cakap kena kaya 7 keturunan baru bahagia. nak cakap yang kalau tak cukup tu susah. jangan be in denial.


sekian entry aku. aku tak claim what i say is 100% true, i might have laid out wrong points and please enlighten me where you think it's due. 


pergh sungguh serious dan emosi entry kali ini ahaks. sekali sekala je why not *rolls eyes*



jadilah manusia memahami sebegini:






p/s: jangan lah buat kerja illegal pula sebab nak kaya. ingat rezeki tu kena bersih. kalau kaya tapi allah tak redha dengan rezeki tu pun tak bahagia juga.



Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 5 Mac 2022

planning with notion!

assalamualaikum


sempena tahun baru ni, aku nak buat entry berilmiah dan berfaedah sikit la. tahun lepas banyak entry mengarut jer ahaks. dah nak habis suku pertama tahun baru nak start berilimiah lolz. lama juga aku fikir apa nak buat untuk entry tahun baru ek. kalau nak share azam macam cliche sangat jer. setelah kupike kupike kupikir, aku rasa aku nak tulis tentang life planning. lagi pula banyak orang puji cara aku punya planning and organization sampai bersinar mata tanya aku "omg dina how u plan your day so wonderfully" kan so why not. sejak bila tah orang tanya. statement tadi tentunya hanya khayalan dan ciptaan aku semata mata.


sepanjang hidup korang, adakah korang seorang yang suka plan hari hari korang atau just wake up and go with the flow? aku category first tu, aku suka plan my day and week. dari zaman sekolah sampai sekarang aku emangnya ga bisa hidup tanpa schedule ye anak anak. sila ambik perhatian.


kalau dulu dulu, aku masih ada banyak masa untuk buat bullet journal, tapi sekarang hidup aku makin busy so dah tak sempat nak spend 3 hours meniarap depan dotted notebook dengan segala mak nenek pen bertaburan untuk hias hias bullet journal aku. 


masa awal awal aku stop bullet journaling tu, aku ada juga spend duit beli planner kecik size mcm purse sebab senang nak bawa dalam handbag. tapi masalah planner kecik ni, ruang tak banyak. so lama lama tu aku kena letak sticky notes la, atau guna next week punya page untuk this week la. tak syiok tau sebab notes dah tak in chronological order.



tapi sekarang aku sudah menemui teknik yang berkesan untuk plan my day and time tanpa perlu invest dengan buku lagi! teknik ni sangat bagus juga ye untuk orang orang yang mata berjahit kat laptop and tangan berjahit kat henfon. aku harap entry ni boleh membawa manfaat kepada korang sama ada korang memang seorang planner atau baru nak mula!


introducing...


~~ NOTION! ~~



notion ni adalah notetaking app yg macam OneNote, Evernote, Goodnotes semua tu. dia boleh download as app dkt both windows and macOs, boleh juga download di mobile phones both android and iOS. kalau jenis yang phone storage asyik penuh je tu, ia juga accessible melalui web browser so kau tak usah nak beralasan lagi tibahh. aku dah try macam macam notetaking app untuk dijadikan planner yang **aesthetic** dan sedap mata memandang bukan setakat macam to do list je kan kau boleh tick tick boom je kan. 





my notion homepage


so macam mana aku pakai bendalah notion ni? untuk apa dan bagaimana? kenapa homepage notion dina sangat cantik dan kelihatan exclusive? pergh sungguh kuat bau bau pujian terhadap diri sendiri dalam entry ini ya.


aku gunakan notion untuk track both life and work items. daripada aku nak track weight loss sampailah aku nak track progress kerja coding aku. senang cakap aku gunakan notion untuk segala galanya dan tanpa notion, hidupku akan musnah cehh hahaha. tapi honestly aku tidaklah gunakan notion semata mata, efficiency and productivity hidup aku bergantung kepada hasil campur tangan notion, fantastical, reminders on iPhone dan bullet journal. haha nampak sangat sejenis kucar kacir kalau tak ada technology kekeke.


okay so seperti dalam gambar yang aku tepek kat atas tu, kat notion ni boleh create banyak pages dan subpages. aku create banyak pages pastu aku susun la dia ikut category. dekat notion aku ada 3 category utama, "life", "work" dan "study". rupa layout dia tu aku drag and drop sendiri ikut tutorial kat google. alang alang tu kasi terlihat cantik sikit la baru la semangat nak guna. kalau buruk buruk baik guna notes kat phone je kekeke. dan aku cakap tadi kan si notion ni downloadable on mobile phone, maka kalau kat screen kecik, tak usah bingung nak scroll kiri kanan, ia akan responsive menjadi vertical gituhh. ha begitu kuat hamba technology memuji muja.


 # life 


untuk "life section" aku mostly track my mental wellbeing by journaling in here, aku simpan playlist lagu lagu menenangkan, bucketlist dan vision board gituh. personal stuffs yang aku nak track la. tapi daily to do list, mood tracker dan habit tracker aku guna bullet journal. kat sini mcm aku tulis summary of my month dan aku tulis new discovery yang impactful dalam life aku. 


dalam #life section ni, page yang paling function ialah aku punya blog tracker (weight tracker tak function sebab berat aku tak turun kekeke). aku sangat encourage sesiapa yang jadi content creator untuk ada kanban board macam ni untuk have a better view of your content planning. contohilah aku walaupun blog aku tak famous, aku masih gigih ye draft entry bulanan *flips hair*. so senanglah kau ada idea kau masukkan la, pastu dah tulis ke dah publish ke drag and drop saja. senang nak tengok. 







kat blog tracker ni aku ada sediakan calendar view juga sebab senang aku nak tengok sabtu mana yang aku belum schedule post.



pergh bapak organized hidup aku hahahaha


aku taknak kupas sangat pasal #life section ni sebab mostly untuk arrange personal issues, track benda benda trivial je so kalau korang nak refer pun, selalunya tracking personal goals ni kan lain lain. tapi antara benda benda lain yang aku track dekat #life section termasuk la komitmen bulanan, expenses tracker, dan book tracker.





tapi nampakkah anda akan sesuatu page yang menarik bertajuk *sims* (pandang sambil mata bersinar sinar). 


sebagai pemain sims yang tegar apabila sifat itu bertemu dengan sifat yang overplanning ni, maka wujudlah segala mak nenek tracker just untuk main game. eww sounds so nerdy hahaha. tapi betul ye aku main sims pun ada plan okeh bukan main ikut sedap je wakakaka. aku ada rotation minggu apa main save mana termasuklah sejauh mana progress challenge aku dalam game sims tu hewhew. malu la iteww orang pandang iteww as a geek *facepalm*.




gigih tau siap ada cheat sheets dengan nak track bila kena update mods setiap kali ada patch hihi



ah sudahlah berkenaan sims ni. mari tengok macam mana aku uruskan dan pastikan productivity kerja aku ke tahap impak maksima cehh ayat je lebih padahal ada je sehari dua dalam seminggu tu yang tak productive kekeke. biasalah insan yang lemah nak menunjuk hebat tiberr.



 # work 





untuk #work section ni aku ada 2 pages je, job list dan work-study. job list tu tempat aku track kerja yang diassign pada aku je. kerja bos aku ke, member sebelah cubicle aku ke, supervisor aku ke semua tak ada kat sini. kerja aku sahaja HAHAHAHA. mcm contohlah bulan ni project nak release 2.1 kan, so mestilah ada task dibahagi bahagikan, so task yang aku dapat tu aku track sini. juga dalam bentuk kanban board sebab senang aku nak drag and drop. 






belah atas tu timeline project, belah bawah tu kanban board. saja screenshot time kerja complete yang dah banyak kekekeke


so setiap card dalam status in progress ke completed ke tu semua tu boleh tekan. dalam tu ada information depending on the label. contoh kalau task aku adalah untuk testing, dalam card tu akan ada la steps untuk test, expected outcome dan apa actual finding. kalau task aku masa tu bug fixing, adalah screenshot bug tu, error message apa, console log apa, steps untuk rectify dan links atau steps untuk solve the issue. kalau task tu task baru, maka adalah expected outcome dan steps jua. 


ini untuk track kerja aku je. kalau kerja secara berkumpulan kitorang ada maybank jira punya system untuk track. itu official punya la.


so senang, dalam satu masa aku mesti buat satu task besar je atau 2-3 tasks kecil. setiap kali nak buka tu aku just tinggal buka card tu dan refer pada notes dan instructions. aku juga selalu buat note hari hari mcm mana aku code atau fix issue tu so senang la nak study in case dpt task yang lebih kurang sama next time. wah sungguh efficient kan? ini sumpahlah page yang paling berguna dalam notion ni.



 # study 


mesti korang ingat aku ni kerja main sims dengan tulis blog je kan. pergh silap beb. aku ni superwoman tahu. aku mesti ada work-life-play-study balance punya. cehhh macam hebat hahaha. aku ni banyak betul ek angkat bakul sendiri dalam entry ni. penyakit apa tah. 


tapi sebenarnya aku bukan study pun, aku just buat kerja pastu mestilah aku ada benda tak tahu kan. so aku google la baca stackoverflow ke github ke kan nak cari tutorial. ha pastu bila aku jumpa tu aku bookmark la page page tu supaya next time senang aku nak refer. kalau nak gebang boleh je cakap aku weekday kerja, weekend belajar. tapi tu semua madah berhelah je. realitinya aku belajar time stuck buat kerja je la hahaha. weekend of course la aku main game dan tidur kekeke.






aku rasa at this point ni mesti korang rasa aku ni makcik gila kanban board kan? memang weh tidak disangkal lagi itulah aku hahahaha.


so sekali lagi aku gunakan kanban board ni untuk handle personal projects aku. of course la banyak yang tak siap lagi sebab kan aku dah cakap weekend aku buat apa. buat apa? buat apa lagi tidur la kalau tak main sims. hebat sungguh work-life balance aku. tapi tak apalah, ada niat tu kira okaylah tu lolz. so sama mcm konsept job list tadilah, aku akan guna kanban board tp sebab ini personal project, dalam card tu cuma ada info pasal design system je. tak adalah expected result ke apa jadah macam kerja punya. 




kat sini aku simpan semua link kepada website website yang aku guna as rujukan untuk siapkan task. tak payah la nak star star mesej kat whatsapp je atau buat group dengan diri sendiri untuk save benda benda gini nanti pening nak cari. macam aku tak tau korang buat macam tu. aku tahulah sebab aku pun pernah buat wakakakaka.



menggunakan notion ni banyak la improve aku punya productivity sebab pagi2 nak kerja aku tinggal buka notion je. nak main game? buka notion je. tetibe ada malaikat rasuk otak rasa nak study? buka notion. kalau korang masih tercari cari digital app mcm ni untuk digunakan sebagai planner, silalah cuba notion ni. free je chuols! 



p/s: sebagai menyambut azam membuat entry berilmiah, aku tempek sekali sini video seorang med student yang guna notion untuk atur hidup dia.












Thank you for reading this entry :D