assalamualaikum
sempena tahun baru ni, aku nak buat entry berilmiah dan berfaedah sikit la. tahun lepas banyak entry mengarut jer ahaks. dah nak habis suku pertama tahun baru nak start berilimiah lolz. lama juga aku fikir apa nak buat untuk entry tahun baru ek. kalau nak share azam macam cliche sangat jer. setelah kupike kupike kupikir, aku rasa aku nak tulis tentang life planning. lagi pula banyak orang puji cara aku punya planning and organization sampai bersinar mata tanya aku "omg dina how u plan your day so wonderfully" kan so why not. sejak bila tah orang tanya. statement tadi tentunya hanya khayalan dan ciptaan aku semata mata.
sepanjang hidup korang, adakah korang seorang yang suka plan hari hari korang atau just wake up and go with the flow? aku category first tu, aku suka plan my day and week. dari zaman sekolah sampai sekarang aku emangnya ga bisa hidup tanpa schedule ye anak anak. sila ambik perhatian.
kalau dulu dulu, aku masih ada banyak masa untuk buat bullet journal, tapi sekarang hidup aku makin busy so dah tak sempat nak spend 3 hours meniarap depan dotted notebook dengan segala mak nenek pen bertaburan untuk hias hias bullet journal aku.
masa awal awal aku stop bullet journaling tu, aku ada juga spend duit beli planner kecik size mcm purse sebab senang nak bawa dalam handbag. tapi masalah planner kecik ni, ruang tak banyak. so lama lama tu aku kena letak sticky notes la, atau guna next week punya page untuk this week la. tak syiok tau sebab notes dah tak in chronological order.
tapi sekarang aku sudah menemui teknik yang berkesan untuk plan my day and time tanpa perlu invest dengan buku lagi! teknik ni sangat bagus juga ye untuk orang orang yang mata berjahit kat laptop and tangan berjahit kat henfon. aku harap entry ni boleh membawa manfaat kepada korang sama ada korang memang seorang planner atau baru nak mula!
introducing...
~~ NOTION! ~~
notion ni adalah notetaking app yg macam OneNote, Evernote, Goodnotes semua tu. dia boleh download as app dkt both windows and macOs, boleh juga download di mobile phones both android and iOS. kalau jenis yang phone storage asyik penuh je tu, ia juga accessible melalui web browser so kau tak usah nak beralasan lagi tibahh. aku dah try macam macam notetaking app untuk dijadikan planner yang **aesthetic** dan sedap mata memandang bukan setakat macam to do list je kan kau boleh tick tick boom je kan.
my notion homepage
so macam mana aku pakai bendalah notion ni? untuk apa dan bagaimana? kenapa homepage notion dina sangat cantik dan kelihatan exclusive? pergh sungguh kuat bau bau pujian terhadap diri sendiri dalam entry ini ya.
aku gunakan notion untuk track both life and work items. daripada aku nak track weight loss sampailah aku nak track progress kerja coding aku. senang cakap aku gunakan notion untuk segala galanya dan tanpa notion, hidupku akan musnah cehh hahaha. tapi honestly aku tidaklah gunakan notion semata mata, efficiency and productivity hidup aku bergantung kepada hasil campur tangan notion, fantastical, reminders on iPhone dan bullet journal. haha nampak sangat sejenis kucar kacir kalau tak ada technology kekeke.
okay so seperti dalam gambar yang aku tepek kat atas tu, kat notion ni boleh create banyak pages dan subpages. aku create banyak pages pastu aku susun la dia ikut category. dekat notion aku ada 3 category utama, "life", "work" dan "study". rupa layout dia tu aku drag and drop sendiri ikut tutorial kat google. alang alang tu kasi terlihat cantik sikit la baru la semangat nak guna. kalau buruk buruk baik guna notes kat phone je kekeke. dan aku cakap tadi kan si notion ni downloadable on mobile phone, maka kalau kat screen kecik, tak usah bingung nak scroll kiri kanan, ia akan responsive menjadi vertical gituhh. ha begitu kuat hamba technology memuji muja.
# life
untuk "life section" aku mostly track my mental wellbeing by journaling in here, aku simpan playlist lagu lagu menenangkan, bucketlist dan vision board gituh. personal stuffs yang aku nak track la. tapi daily to do list, mood tracker dan habit tracker aku guna bullet journal. kat sini mcm aku tulis summary of my month dan aku tulis new discovery yang impactful dalam life aku.
kat blog tracker ni aku ada sediakan calendar view juga sebab senang aku nak tengok sabtu mana yang aku belum schedule post.
pergh bapak organized hidup aku hahahaha
aku taknak kupas sangat pasal #life section ni sebab mostly untuk arrange personal issues, track benda benda trivial je so kalau korang nak refer pun, selalunya tracking personal goals ni kan lain lain. tapi antara benda benda lain yang aku track dekat #life section termasuk la komitmen bulanan, expenses tracker, dan book tracker.
tapi nampakkah anda akan sesuatu page yang menarik bertajuk *sims* (pandang sambil mata bersinar sinar).
sebagai pemain sims yang tegar apabila sifat itu bertemu dengan sifat yang overplanning ni, maka wujudlah segala mak nenek tracker just untuk main game. eww sounds so nerdy hahaha. tapi betul ye aku main sims pun ada plan okeh bukan main ikut sedap je wakakaka. aku ada rotation minggu apa main save mana termasuklah sejauh mana progress challenge aku dalam game sims tu hewhew. malu la iteww orang pandang iteww as a geek *facepalm*.
gigih tau siap ada cheat sheets dengan nak track bila kena update mods setiap kali ada patch hihi
# work
untuk #work section ni aku ada 2 pages je, job list dan work-study. job list tu tempat aku track kerja yang diassign pada aku je. kerja bos aku ke, member sebelah cubicle aku ke, supervisor aku ke semua tak ada kat sini. kerja aku sahaja HAHAHAHA. mcm contohlah bulan ni project nak release 2.1 kan, so mestilah ada task dibahagi bahagikan, so task yang aku dapat tu aku track sini. juga dalam bentuk kanban board sebab senang aku nak drag and drop.
belah atas tu timeline project, belah bawah tu kanban board. saja screenshot time kerja complete yang dah banyak kekekeke
so setiap card dalam status in progress ke completed ke tu semua tu boleh tekan. dalam tu ada information depending on the label. contoh kalau task aku adalah untuk testing, dalam card tu akan ada la steps untuk test, expected outcome dan apa actual finding. kalau task aku masa tu bug fixing, adalah screenshot bug tu, error message apa, console log apa, steps untuk rectify dan links atau steps untuk solve the issue. kalau task tu task baru, maka adalah expected outcome dan steps jua.
ini untuk track kerja aku je. kalau kerja secara berkumpulan kitorang ada maybank jira punya system untuk track. itu official punya la.
so senang, dalam satu masa aku mesti buat satu task besar je atau 2-3 tasks kecil. setiap kali nak buka tu aku just tinggal buka card tu dan refer pada notes dan instructions. aku juga selalu buat note hari hari mcm mana aku code atau fix issue tu so senang la nak study in case dpt task yang lebih kurang sama next time. wah sungguh efficient kan? ini sumpahlah page yang paling berguna dalam notion ni.
# study
tapi sebenarnya aku bukan study pun, aku just buat kerja pastu mestilah aku ada benda tak tahu kan. so aku google la baca stackoverflow ke github ke kan nak cari tutorial. ha pastu bila aku jumpa tu aku bookmark la page page tu supaya next time senang aku nak refer. kalau nak gebang boleh je cakap aku weekday kerja, weekend belajar. tapi tu semua madah berhelah je. realitinya aku belajar time stuck buat kerja je la hahaha. weekend of course la aku main game dan tidur kekeke.
aku rasa at this point ni mesti korang rasa aku ni makcik gila kanban board kan? memang weh tidak disangkal lagi itulah aku hahahaha.
so sekali lagi aku gunakan kanban board ni untuk handle personal projects aku. of course la banyak yang tak siap lagi sebab kan aku dah cakap weekend aku buat apa. buat apa? buat apa lagi tidur la kalau tak main sims. hebat sungguh work-life balance aku. tapi tak apalah, ada niat tu kira okaylah tu lolz. so sama mcm konsept job list tadilah, aku akan guna kanban board tp sebab ini personal project, dalam card tu cuma ada info pasal design system je. tak adalah expected result ke apa jadah macam kerja punya.
kat sini aku simpan semua link kepada website website yang aku guna as rujukan untuk siapkan task. tak payah la nak star star mesej kat whatsapp je atau buat group dengan diri sendiri untuk save benda benda gini nanti pening nak cari. macam aku tak tau korang buat macam tu. aku tahulah sebab aku pun pernah buat wakakakaka.
menggunakan notion ni banyak la improve aku punya productivity sebab pagi2 nak kerja aku tinggal buka notion je. nak main game? buka notion je. tetibe ada malaikat rasuk otak rasa nak study? buka notion. kalau korang masih tercari cari digital app mcm ni untuk digunakan sebagai planner, silalah cuba notion ni. free je chuols!
p/s: sebagai menyambut azam membuat entry berilmiah, aku tempek sekali sini video seorang med student yang guna notion untuk atur hidup dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan