assalamualaikum
korang pernah tak rasa jiwa dan pendirian berkecamuk semasa di usia remaja? kalau korang masih remaja, adakah anda sedang merasai hidup tak tentu hala dan mempunyai cita cita yang pelik?
aku ada.
masa umur aku 13-18 tahun adalah peak aku punya perangai, jiwa dan otak ni banyak bermimpi di siang hari. masa umur umur ni, aku ada perasaan yang sangat mendalam untuk nak jadi famous. macam macam aku cuba untuk cari talent aku, especially masa gap spm nak masuk uni tu.
so disebabkan aku ni orang yang sangat dedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi, aku pun try la macam macam benda. contohnya aku belajar main keyboard (bukan main taip taip tau, ngapp kang), aku banyak baca buku, aku nyanyi nyanyi, aku lukis lukis, buat kuih (dan jual puding karamel) ahhh segala mak nenek la aku try. merempit je aku tak try.
sudah tentulah menjadi seorang aku, segala usaha ni aku tak sia siakan. tak mungkin aku cuba semua benda tapi tak usaha untuk famouskan diri aku kan. antara benda pertama yang aku cuba ialah jeng jeng jeng...
aku cuba untuk tulis buku dekat wattpad. rare tak cara aku nak famous? HAHAHA.
antara hasil karya mengarut kat wattpad
dalam tiga2 buku ni, of blankets and dandelions je yang complete HAHAHAHA dan ianya merupakan buku poems bukan novel. yang lagi dua tu aku nak buat romance novels tapi entahlah, 2 parts je, nak jadi short story pun tak lepas. aku pun dah tak menulis lagi, cuma membaca je skrg dan baca lebih kepada science fiction, crime and fantasy. tengoklah kalau ada ilham and rasa nak menulis lagi hihihi.
jangankan wattpad, dulu masa zaman zaman korang obses dengan one direction, aku tulis fanfic tau?! tapi masa tu fanfic aku psl greyson chance, aku siap menang pertandingan fanfic lagi kat twitter tapi guna nama pena la. gila kentang tak aku wakakaka.
kena censor nama account sbb tahun 2012 ni kemaruk greyson. memalukan **cringe**. (hashtag turut dirashsiakan untuk jaga air muka lolz)
seterusnya, aku cuba untuk jadi curator dekat tumblr. suatu ketika dulu sebelum orang malaysia gunakan tumblr untuk benda bukan bukan, aku selalu berkuntum kat situ untuk baca adulthood tips, study tips dsb. masa zaman tu, aku nak buat studyblr dan nak curate post post berguna kat tumblr. aku tengok banyak orang famous anonymously dengan cara ni. maka aku pun ikut la join the wagon.
ni studyblr aku. aku dah tak curate posts dekat sini tapi insyaAllah ada banyak tips berguna pasal belajar korang boleh manfaatkan.
ni pula adalah tumblr dimana aku curate adulting tips, kat sini pun banyak posts berguna yang even aku sendiri pun apply dalam kehidupan seharian.
link untuk dua dua tumblr ni masih hidup in case korang nak baca. tapi kali ni aku tak mengharapkan popularity dah. apa apa yang aku pernah curate dekat tumblr ni mmg ikhlas untuk sampaikan tips yang orang lain dah tulis, and aku sendiri ikut and guna dalam hidup aku. hopefully membawa manfaat. aku tapis tapis juga, yang mana kebaratan sangat tu aku tak repost la.
studyblr: here
adulting tumblr: here
kemudian aku juga pernah try nak popular dengan edit lyrics video. tapi aku rasa semua videos aku dah kena take down lolz.
aku juga pernah cuba buat coversss dkt soundcloud dan instagram tapi aku malu arrr nak share kekeke. aku siap buat account reverbnation lagi tau zaman dedulu punyalah dedicated nak famous hahaha. pastu aku ada juga buat instagram untuk studyblr/bujoblr tau. masa tu siap ada content planner lagi, kononnya setiap minggu satu post. tapi malasnya la aku ni nak edit gambar apatah lagi nak post lol. mungkin aku jenis yang tak percaya that a picture is worth a thousand words kot sebab ended up blogging aku rajin pulak hahaha. sungguh mengelirukan!
nyanyi untuk event msu
ini aku nyanyi lagu shawn mendes tau kat msu. kalau wany hasrita boleh popular kenapa tidak aku? lulz.
alang alang cerita tu kan, aku pernah pergi ujibakat mentor tau, tapi niat aku nak teman member je, jauh di sudut hati ada jugak harap harap akan terpilih kan. aku ujibakat as protege akim. cuba teka aku dapat ke tak? semestinya tidak. kalau aku masuk mentor kemungkinan sekarang aku kena masuk gegar vaganza pulak sebab sendu lepas keluar mentor kekekeke. tapi aku masih pernah masuk tv melalui rancangan lari bersama properity kat TV9 join team fattah amin. ronyok gila rupa aku masa tu, lansung tak stylo wakakaka.
masa umur sekolah asrama dulu aku juga pernah berblogging untuk famous sebab aku terpengaruh dengan irine nadia dan fatin liyana dan cicak dan lelabah. tapi aku tak famous pun HAHAHA. kalau aku famous, masakan aku tak jadi suri rumah dan buat paid review je hmph.
akhirnya aku realize yang aku ni tidak ditakdirkan untuk jadi famous. lihatlah walaupun aku berusaha sekeras mana tidaklah popular juga diri ini. maka aku pun kuburkanlah hasrat aku nak jadi popular lantas menamatkan segala percubaan aku untuk jadi public figure wkwkwkw.
tapi aku tak rasa ralat atau kecewa pun walaupun ia merupakan cita cita aku masa kecil. tak apalah dah allah atur jalan cerita jalan lain, dan sekarang pun aku hidup bahagia kekeke. aku happy dah lalui semua benda ni dan berpengalaman buat macam macam untuk jadi famous. aku agak bersyukur jugak tak famous sebab walaupun aku kuat berusaha, aku juga ada sifat sifat malas. kalau aku jadi influencer, mesti banyak orang unfollow aku sebab tak berupdate update social medianya kekeke.
p/s: all events not in chronological order
aku rasa family aku pun tak tahu aku pernah buat semua benda benda ni wkwkwkw. laki aku pun akan surprised trololololol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan