assalamualaikum
aku kahwin pada 30 oktober 2020 dan masa tu merancang untuk buat majlis bertandang/reception pada 16 januari 2021 sbb tarikh lain dalam tahun 2020 dah full masa tu. tetapi rezeki nak buat majlis tu tak menyebelahi kami sebab malaysia pkp again during that time. so kami sefamily decide nak tunda to 30 oktober 2021, sekali sambut anniversary. tapi waktu tu rentas negeri baru je umum so tak sempat nak buat preparation untuk majlis. jadinya, akhirnya majlis ini telah berlansung setelah setahun lebih kami tunggu yakni pada 22 january 2022 yang lepas. alhamdulillah!
untuk reception kami kali ni, kami pilih untuk gunakan service bizmilla wedding center yang bertempat di subang jaya. alhamdulillah, semua process berjalan dengan lancar sampailah hari majlis. so di entry ini, semangatlah aku untuk share review dan pengalaman aku menggunakan service bizmilla untuk menjayakan hari bahagia kami.
kenapa pilih bizmilla?
seharusnyalah kita akan buat research dulu kan untuk hari kita jadi raja sehari ni. so begitulah juga kami. kami banyak cari kat instagram dan google macam macam keyword. dari usaha nak cari dewan and katering asing, nak survey harga baju sewa bersanding lagi, nak pilih tarikh lagi. dan of course la paling penting nak cari yang kena dengan budget. lama juga survey tu sampailah at one point teringat pasal bizmilla. dah lama tengok orang kahwin kat sini, so mulalah baca baca pasal bizmilla ni. bizmilla offer all-in-one package, dari dewan ke katering ke make up, baju nikah-sanding, pa system and everything so tak payah la kami susah susah untuk cari semua ni satu satu. once we have gone through the pricing and the package, kami decide untuk buat appointment untuk food tasting sekali site visit.
first site visit
kami decide untuk datang food tasting pada 12 september 2020, masa tu sebulan lebih lagi je nak kahwin. tu pasai dewan semua full sampai january. sekali food tasting sekali site visit. so dalam banyak2 dewan yang ada kat bizmilla wedding center subang tu, hanya city hall je yang available so kami onz jelah, asalkan boleh muat jemputan yang kami nak ajak. ini rupa dewan dan pelamin at that time (remain sampai tarikh majlis)
gerbang ni removed masa majlis kami in jan 2022
so setelah berpuas hati dengan design and capacity dewan tu, kami pun terus letak booking fee lah untuk majlis kami.
untuk food tasting punya session pula, free of charge and boleh try semua lauk masa majlis. sedap gila semua lauk2 dia so lagi la kami confident nak teruskan dengan bizmilla jer.
what is included in my package?
untuk bizmilla city hall ni, ada untuk 500pax to 1000pax. kami ambik untuk 600pax punya makan, for 522pax jemputan. dalam package ni includes:
1. dewan city hall with 4 vip tables (dome) and around 26 tables dengan kerusi chiavari2. pelamin siap (tak boleh pilih) on stage3. pa system, mc and floor manager4. make up (available untuk both sanding and akad nikah. kitorang tak ambil makeup nikah)5. baju nikah and sanding termasuk hand bouquet (4 baju boleh try for each event)6. catering for how many pax u need includes sudut dessert and makanan santai2 plus waiters7. makanan makan beradap8. paluan kompang9. photographer and videographer10. meja hadiah and meja doorgift11. kek pengantin, pahar bunga telur
yang selebihnya tak ingat sangat tapi ini antara benda2 yang kita nak cari kan untuk reception so basically bizmilla ni cover semua. yang paling bestnya ialah pakej bizmilla ni datang sekali dgn one night stay dekat One City Hotel sebab nanti pengantin akan bersiap dekat bilik hotel tu. walking distance je dari event hall.
postponement
so berbalik kepada cerita pkp tu, majlis kami ni 2 kali tunda, setahun tunda dari tarikh asal nak buat tu. so disebabkan aku dah segan nak bersanding, aku twistkan sikit nama wedding reception tu jadi "Luncheon of Love" instead of "Wedding Reception of...". yelah dah setahun lebih kahwin kan, mcm dah tak reception sangat.
i said yes to the dress!
disebabkan tema majlis pun bertukar, kami dibenarkan untuk tukar baju pilihan kami untuk event ni.
ni persalinan asal masa first fitting in sept 2020. masa ni konon2 nak jadi beauty and the beast lol.
second time fitting tu, tukar perasaan nak pakai baju lain. so pergi la fitting dalam bulan december 2021 macam tu.
ini baju pilihan hati sebenarnya sebab rasa mcm baju fazura punya reception. tapi tak boleh ambil sebab baju ni rosak sebenarnya sob sob.
lepas tu ingat nak pakai ni sebab nak pakai ballgown. yelah orang pendek ni pilihan tak banyak
tapi disebabkan aku dah segan nak pakai ballgown kembang2 dan tema pun dah jadi luncheon jer, aku pun decide untuk pilih baju lain yang akhirnya~~ allahu aku sangat sangatlah berpuas hati weiii. omg i could've never seen a better dress that fits me like a tiara cewahh.
i said yes to this dress!
aturcara majlis
disebabkan sop majlis yang masih ketat, kami limitkan jemputan kepada 500pax je. we took the liberty untuk bahagikan jemputan kami kepada 3 slots (which means 3 different invitation cards for each slot) supaya semua tetamu dapat enjoy the food and ambience tanpa rushing or berebut seats. kami bagi kami punya suggested aturcara and our floor manager really did help us a lot with the event day! semua smooth je!
the luncheon of love!
so sekarang tibalah masa untuk aku bagi korang menikmati gambar disekitar majlis baru baru ini. sebelum itu berbesar hatilah untuk aku minta maaf kerana tak dapat menjemput semua orang, majlis ni kami buat secara private. 500pax tu bahagi untuk jemputan family, saudara mara, officemates dan kawan2 university. bunyi mcm jemputan ramai tapi kami lebihkan jemputan untuk kawan-kawan belah parents. belah keluarga mertua banyak dapat reunion dengan kawan kawan lama, alhamdulillah kami gembira dapat jamu semuanya!
the dress i said yes to 💖
Tiada ulasan:
Catat Ulasan