assalamualaikum
selamat datang ke entry percutian!!
entry throwback jelah tapi kekeke.
okay well aku adalah seorang yang suka theme park. kalau jantung berdegup laju sebab naik roller coaster laju aku okay, kalau jantung berdegup laju sebab nampak hantu aku tak okay ahaks macam ga nyambung. aku memang la kalau kaya nak pergi semua disneyland yang ada atas muka bumi ni dan pada tahun 2018 aku berjaya menjejakkan kaki buat kali pertama ke salah satu disneyland alhamdulillah yeay!
aku gerak ni daripada pudong airport shanghai, dan aku lupa pasal ticket masuk dia tapi aku beli menggunakan app klook. aku rasa tak relevan sangat nak share harga ticket daripada 4 tahun yang lalu sebab entah entah dah naik lolz.
dalam entry ni aku akan share banyak gambar sebab... emm kalau entry travel penuh dengan tulisan je aku rasa korang tak baca kot. aku sendiri pun takkan baca kot wkwkwkw. tp sebab aku ni sejenis yang live in the moment, maafkan aku sebab gambar2 very the low quality ye, aku jujur aku screenshot story aku je sbb aku tak banyak ambik gambar pun kekeke. nasib baik ada instagram.
setibanya aku di sana (wahh), kami pergi ke iron man experience exhibit sebab aku peminat iron man kekeke. best sangat sbb macam pergi tour dalam office tony stark. aku suka!
dalam exhibition ni, mcm aku cakap la mcm tour office tony stark. ada la action2 bersama iron man. kalau korang minat iron man, memang akan suka la masuk sini.
next up aku rasa aku pergi it's a small world. dia mcm boat ride, sesuai untuk kanak kanak, sepanjang boat ride tu ada nyanyi nyanyi dan juga ada mcm disney characters and small dolls joget2. comel gila! walaupun dah dewasa, jiwa nak jadi kanak kanak tu membuak bila masuk it's a small world ni hihi.
kami pergi kat mcm theatre punya tempat ni, masa tu schedule dia ialah philharmagic show. basically ia ialah 3D show ada mickey mouse, donald duck and friends. best! cute sangat and kelakar!
pastu aku pergi dekat satu tempat ni yang ended up being my favorite. honestly, aku tak pernah dgr apa itu mystic manor tapi ride ni best sangat!
monyet kena buli
mesti korang tak percaya jiwa roller coaster aku sebab setakat ni aku masuk exhibition dan naik boat riang ria je kan? haa dan tibalah masanya untuk kita keluarkan jiwa kental kita!
seterusnya aku pun menaiki big grizzly mountain runaway mines car. concept dia mcm kau naik keretapi, pastu cargo kau terputus, pastu masuk dalam lombong yang ada haiwan-haiwan ganas, lepas tu ada plot twist! ride ni laju and plot twist dia mmg tahap terkencing punya la. taknak cakap apa plot twist dia sbb kalau korang pergi, korang mesti nak experience sendiri!
tapi ride yang paling mencabar kitorang pergi time ialah dekat toy story! surprisingly yes! ada 2 rides, toy story soldier parachute drop dan rc racer. rc racer tu tahap seronok dia sama tinggi dengan main disco ride tau!
soldier parachute drop
rc racer
festival of the lion king
kalau korang nak pergi disneyland, jangan lupa download app dia supaya korang boleh tengok map, waiting time dan showtimes. barulah boleh maximize time and try as much rides u can!
p/s: gambar2 kebawah ni adalah ehsan from disneyland hong kong punya website sbb oh well, when we go to this magical place, we live in the moment 😍
p/p/s: segan la aku nak tulis entry ni sebab gambar aku tak banyak. aku geledah gallery pun takdak weh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan