Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2022

berjimba di disneyland shanghai

assalamualaiakum



kembali lagi ke entry berbaur travel di blog ini. setelah sekian lama tak berupdate. i ni kan pernah travel ke 3 negara overseas je yakni thailand, itu pun di zaman kegemilangan super junior, seterunya ke dubai untuk pertandingan debat dan china -- the real living experience ecehh. so kehadapan suamiku, silalah ambil perenggan pendahuluan ini sebagai hint untuk bawa binimu melencong ke negara lain sebelum kaki kita dipanjat oleh anak anak ahahaha.


okay let's get back on track. so as mentioned before, i am a freak when it comes to theme parks because i love roller coasters and extreme rides. maka bila i tahu sahaja di benua china ada 2 disneylands, i pun memang merancang untuk pergi kedua duanya. last time i dah cover my experience visiting disneyland hong kong, so today i nak cover my trip to disneyland shanghai.


trip kami to disneyland shanghai ni berlansung dekat dekat nak graduate di china. i think it was in april or may of 2019. so selain daripada niat nak jalan jalan sebab dah alang2 shanghai is only 2 hours away from our campus, we also decided to take our pre-graduation photos kat sana. so we brought along our convocation robes and of course we attracted a lot of people bila kami sarungkan robes kami and posing dekat entrance disneyland tu. baguslah korang stare kat kitorang, kitorang boleh minta tolong korang ambilkan gambar ahaks!






setelah dah ambil gambar pre-convo kat depan ni barulah proses berjimba bermula. kenalah ambil gambar dulu sebelum tudung ronyok ronyok kan hihi.



waktu i pergi disneylang shanghai ni, i ada buat story dkt instagram, my review. my feedback is this place was packed walaupun pergi weekdays, i don't know why. i didn't even get to cover 30% of the rides sebab queue sangat panjang dan everywhere got people. this was even more congested than my first visit to disneyland hong kong and that was on a weekend tau! sumpah tak paham.









another thing is, in disneyland shanghai, almost everything is in mandarin, even the acts and the songs. so for me, it did took a bit out of my childhood bila lagu2 legend pon dinyanyikan dalam bahasa cina. nothing against the language tho, i just thought all disneyland would be using a universal language.


so since it was super-packed, i tak dapat pun naik semua rides. jangankan semua, most of the famous rides pun tak dapat nak naik sebab queue terlalu panjang and waiting time terlalu lama. dia mcm, beratur pun dah penat sampai tak ada mood nak main. penat berdiri je kat line. nasib baik tak panas kalau tak berkicap nak tunggu hahaha.




we did take a lot of photos tho haha



despite all the languages and acts performed in mandarin, the parade was awesome. the costumes were on point so i would still say that i enjoyed the parades.








some of the attractions that we managed to visit is the enchanted storybook castle. it's just a castle and not a ride, good for photography jelah. tapi mcm castle castle ni of course la kena masuk kan bila dah sampai disneyland. 



would say that the castle is beautiful tapi tak ada apa sgt pun for me on the inside so kitorang jalan jalan je dalam ni. perhaps there are some interesting stuff yang kami tak betul2 discover pun.



the castle





the view on the inside. jangan pening, i saja acah cool take video terbalik haha




the castle at night




bila i belek belek gambar gambar kan, mcm sedih gila rupanya less than 5 rides/experiences yang i dapat lalui sepanjang trip tu. sedeyh mak haha. tapi i'm glad i got to ride the TRON lightcycle power run. best gila ride ni! mcm roller coaster tapi atas motor tron tu la kan. cumanya wait time dia lamaaaaa sangat. i think i queued for more than 45 mins, nasib baik worth it tau. the ride tho? laju nakmampos.


untuk orang2 pendek mcm i, akan rasa sakit kaki sikit lepas naik tron ride ni sbb mcm naik motor kan, kalau taknak kaki berhayun hayun kena kentalkan position kaki dkt tempat dia tu. agak lenguh la tapi i would say it's 10/10 so worth it!







the design is sooo cool tau! i'm amazed la dgn disneyland punya setup ni. wish i could open a theme park as good as this.




then we also rode the pirates of the caribbean battle for the sunken treasure. ini sumpah 1000/10 mmg gempak sangat. the animations, screens, movements semua perfect and super realistic. mcm betul2 jumpa johnny depp wey! ini mmg unforgettable punya experience. try to not be like me and capture the whole thing on camera, instead, focus on absorbing the experience sbb mmg best gila!!! i would totally say that this should be the main attraction haha!! i really really recommend this one if you guys visit disneyland shanghai!











the last one ni tak sure sgt what the name of the attraction is or even where is it tapi we watched a performance of frozen. it's in mandarin though so as a non-native speaker, i didn't get everything out of it. but the act is cute and amazing la with the snowflakes falling semua. 






the final fireworks show dia however, a bit disappointing sbb dia bukan mcm light show dkt main street of disneyland hongkong where kita duduk tepi2 jalan and the parade was all through the street. instead, dia buat dekat dekat dgn castle so orang berpenuh mcm tengok concert gitu. if you're close enough, you'll get the bets view, and i didn't even get to see most of them. dah la masa i tgh nak tengok tu ada orang kentut, terus tak dapat nak enjoy hahaha hauk!!









all and all, i would say that disneyland shanghai is okay. kalau tak packed sgt, maybe ada banyak rides lagi yang boleh explore and leaving me satisfied. tapi sebab packed, tak larat nak beratur, so jadi mcm tak enjoy gituuh. cuba la baca2 review apa waktu terbaik nak pergi okay. masa i pergi tu bukannya cuti sekolah ke apa, weekday lagi, tetaplah sardine dalam disneyland tu. tak puas macam pergi hongkong. tp rides dia semua nampak best2. however i still don't feel like repeating the trip just to get on more rides maybe sbb i rasa the first time is enough kot. 














Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 12 Mac 2022

disneyland hong kong

assalamualaikum






selamat datang ke entry percutian!!


entry throwback jelah tapi kekeke.


okay well aku adalah seorang yang suka theme park. kalau jantung berdegup laju sebab naik roller coaster laju aku okay, kalau jantung berdegup laju sebab nampak hantu aku tak okay ahaks macam ga nyambung. aku memang la kalau kaya nak pergi semua disneyland yang ada atas muka bumi ni dan pada tahun 2018 aku berjaya menjejakkan kaki buat kali pertama ke salah satu disneyland alhamdulillah yeay! 


aku gerak ni daripada pudong airport shanghai, dan aku lupa pasal ticket masuk dia tapi aku beli menggunakan app klook. aku rasa tak relevan sangat nak share harga ticket daripada 4 tahun yang lalu sebab entah entah dah naik lolz.


dalam entry ni aku akan share banyak gambar sebab... emm kalau entry travel penuh dengan tulisan je aku rasa korang tak baca kot. aku sendiri pun takkan baca kot wkwkwkw. tp sebab aku ni sejenis yang live in the moment, maafkan aku sebab gambar2 very the low quality ye, aku jujur aku screenshot story aku je sbb aku tak banyak ambik gambar pun kekeke. nasib baik ada instagram.



aerial view, illustrated map of disneyland hong kong









setibanya aku di sana (wahh), kami pergi ke iron man experience exhibit sebab aku peminat iron man kekeke. best sangat sbb macam pergi tour dalam office tony stark. aku suka!






dalam exhibition ni, mcm aku cakap la mcm tour office tony stark. ada la action2 bersama iron man. kalau korang minat iron man, memang akan suka la masuk sini.


next up aku rasa aku pergi it's a small world. dia mcm boat ride, sesuai untuk kanak kanak, sepanjang boat ride tu ada nyanyi nyanyi dan juga ada mcm disney characters and small dolls joget2. comel gila! walaupun dah dewasa, jiwa nak jadi kanak kanak tu membuak bila masuk it's a small world ni hihi.






   








kami pergi kat mcm theatre punya tempat ni, masa tu schedule dia ialah philharmagic show. basically ia ialah 3D show ada mickey mouse, donald duck and friends. best! cute sangat and kelakar!


   


lepas tu of course la kami akan tengok parade dekat main street teehee!






pastu aku pergi dekat satu tempat ni yang ended up being my favorite. honestly, aku tak pernah dgr apa itu mystic manor tapi ride ni best sangat!






dia macam museum tau, tp kita naik gondola and gondola tu akan bawa kita jalan jalan dalam museum tu. dia mcm magical sangat! museum ni dalam gelap, pastu ada glitters terbang2, living portraits, tembak2 manja hihi. best gila tau! tak tahu nak describe macam mana. hahaha macam serupa gagal je penulisan blog ni kekeke.






   

monyet kena buli


mesti korang tak percaya jiwa roller coaster aku sebab setakat ni aku masuk exhibition dan naik boat riang ria je kan? haa dan tibalah masanya untuk kita keluarkan jiwa kental kita! 


seterusnya aku pun menaiki big grizzly mountain runaway mines car. concept dia mcm kau naik keretapi, pastu cargo kau terputus, pastu masuk dalam lombong yang ada haiwan-haiwan ganas, lepas tu ada plot twist! ride ni laju and plot twist dia mmg tahap terkencing punya la. taknak cakap apa plot twist dia sbb kalau korang pergi, korang mesti nak experience sendiri!






tapi ride yang paling mencabar kitorang pergi time ialah dekat toy story! surprisingly yes! ada 2 rides, toy story soldier parachute drop dan rc racer. rc racer tu tahap seronok dia sama tinggi dengan main disco ride tau! 








soldier parachute drop




rc racer


punyalah suka aku dengan disneyland hk ni sampai dua kali tau aku pi sana kekeke. sekali lagi pada tahun 2019, ni sekali dengan trip macau and guangzhou tu. mostly ulang2 rides yang memang dah suka tapi aku ada juga tengok festival of the lion king. gempak gila show tu! kalau korang pergi, wajib tengok ni!



festival of the lion king



kitorang juga ada naik lagi satu ride during the second trip which is rafts to tarzan's treehouse. best gila! kitorang punya tour guide tu mmg sgt2 cheerful and excited so kita pun turut excited. masa ride ni ada sikit2 splash splah air so be careful kalau nak merakam.




naik raft ni akan bawa ke tarzan's treehouse!





kalau korang nak pergi disneyland, jangan lupa download app dia supaya korang boleh tengok map, waiting time dan showtimes. barulah boleh maximize time and try as much rides u can!






p/s: gambar2 kebawah ni adalah ehsan from disneyland hong kong punya website sbb oh well, when we go to this magical place, we live in the moment 😍

p/p/s: segan la aku nak tulis entry ni sebab gambar aku tak banyak. aku geledah gallery pun takdak weh! 






Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 23 Oktober 2021

cuti cuti macau

Assalamualaikum


ini adalah entry orang yang kempunan nak melancong.


in 2019, aku dan hazim plan nak travel yang adventurous sikit. disebabkan ini final year kitorang kat china so dalam winter break tu kami plan nak melancong seminggu ke 3 tempat bermula dari macau, hong kong and berakhir di guangzhou. kenapa tiga tempat ni? sebab dekat dgn each other dan famous. kalau aku pergi nanjing je kan korang tak kenal, tak gempak la aku nak buat entry. tapi kalau tiga tempat ni confirm korang tau kan ahaks.


aku tak tau apa tujuan entry ni. nak cakap tips, rasanya macam takde sangat. so aku categorize kan entry ni sebagai entry pengalaman jelah ek. kalau ada tips tu, ada lah tanpa sengaja wkwkwk.


perjalanan bermula daripada wuxi jiangsu pada pukul 10am mcm tu, menuju ke pudong international airport di shanghai. ini sebabnya takde jalan tanah atau bawah tanah untuk gerak dari china prc ke macau. setahu aku la hahaha. kami tukar duit dekat airport je masa ni. 


  MACAU  


daripada pudong airport kami naik flight spring airlines untuk terbang ke macau wee~~. sesampainya di sana kitorang each beli simcard rasanya. tak ingat la, maybe beli pocket wifi? tak sure. tapi semua ni ada je kat airport.


from the airport to our hotel, kami naik bas pelancong. kami terlepas satu station sebenaqnya sebab mana aku taww kena tekan loceng baru bas tu berhenti lols. kesian kawan2 yang ikut aku kena tunggu bas lain dan berjalan ke hotel miahahaha.





pemandangan kat macau sambil jalan jalan menuju ke hotel di malam hari. hotel kami area sini


sesampainya di hotel, kami pelahap maggi dan sosej lepas tu tidoq la esok is jalan jalan day. dah la memalam dah berjalan dah sebab terlepas station. kalau tak tidoq tak tau la ada kudrat tak nak play tourist hakhaks. nasib baik macau ni selamat dan sunyi je walau dalam kegelapan hahaha.


Studio City


tempat pertama kami visit ialah Studio City Macau. sebabnya, ada satu sebab je. sebab nak masuk yang batman dark flight attraction. best la jugak tapi bagi aku terlalu shaky la. pening palo eden lepas tu. nasib baik dah breakfast. eh ke belum? 









batman dark flight show ni dia mcm kita jadi penumpang dalam batmobile or something like that and lawan2 dengan joker. dia punya platform tempat kita berdiri tu mimics pergerakan batmobile tu la. 




di mana mana saja ada casino







sekitar pemandangan/shop lots dalam studio city


Venetian Macau


kemudian lepas dah bosan dalam Studio City tu, kami pun berjalan la ke satu tempat ni aku tak ingat nama apa. kat situ kitorang tunggu bas je untuk pergi ke The Venetian Macau. kat sini nak naik gondola tu acah2 dekat paris. nak pi paris tak mampu. pi replica dia pun okaylah kekeke. btw, busses utk pergi venetian and parisian ni semua free.


aku rasa tempat tunggu bas ni kan, macam tempat yang jan-di nampak jun-pyo sesampainya dia kat macau (boys over flowers reference). tempat yang sama dia naik bas tu. aku rasa la.



tempat tunggu bas pun dah macam interior rumah ctdk kaww mampo?







gambar first tu sebenarnya dah kat venetian dah, cuma aku confuse mana pintu masuk dia. banyak jugak la berjalan nak cari sampai aku musykil kenapa aku tak kurus lol.


bila masuk dalam venetian tu, senang je nak cari tempat gondola ride ni. tapi yang aku amazed tu sebab aku tak tau ianya adalah indoor attraction. aku ingat kat tasik luar tadi. the whole place was a mall, the sky above tu ceiling je sebenarnya. tapi cantik sangat! i'm wonderstruck! 


naik gondola tu pun diiringi penyanyi. aku rasa ada dalam 20 mins kot ride ni. takdelah awesome ke apa cuma untuk pengalaman sekali seumur hidup tu, rasa best la. bukan selalu dapat naik perahu sambil orang bernyanyi kan. tak silap aku gondola ride ni in 2019, it's a 20 mins ride, satu gondola 4 orang for RM57. okaylah tu.



The Parisian Macau


ni adalah tempat terakhir kami pergi. parisian ni adalah tempat yang ada replica eiffel tower. kita boleh naik atas situ. from up there we can see the whole city of macau mcm tu. cantik! 



The Parisian Macau



tulis nama kat atas eiffel tower ni hihi




bagi aku macau ni cantik untuk jalan jalan. takde activity apa sangat pun. sehari je pergi boleh puas. bab makanan tu, aku macam tak jumpa je makanan cultural. dan aku juga rasa bercuti kat macau ni mahal. hotel mahal, makanan mahal, souvenir pon mahal so pepandai la kau wkwkwk. lama lama stay takde nak buat apa sangat dah. tapi the city is so pretty. i feel like my money's worth it! overall, architecture cantik, sesuai utk orang yang suka ambil gambar. 


sekian entry bergambar tentang my trip to macau. next one kita cerita hong kong pula! toodles!


Thank you for reading this entry :D