assalamualaikum
so last entry i dah share mcm tips la kot from yours truly tentang cara nak survey/beli rumah. tips tu semua datang dari compilation baca blog blog orang lain dan experience sendiri. so untuk entry kali ni i nak share pasal my experience dari segi timeline sbb dulu i thought beli rumah ni especially yg dah siap, bukan subcon mahupun undercon, tak lama hahaha. oh well my noob and ignorance tass ahaha. so untuk set expectations semua orang yang mungkin tak tahu mcm i, i sharekan my experience in this entry.
we started surveying for houses in august of 2021, masa tu sebab we were talking about starting a family and rumah sewa kami was just a studio-duplex means there's no room for kids. then we also talked about mcm mana kalau owner rumah nak balik rumah sewa tu means kita kena berpindah randah-- is this easy to do bila dah ada kids? so fikir punya fikir kitorang decide untuk survey to buy, not to rent.
mcm tips yang i share last time, we didn't really set a budget sbb kitorang tak tahu nak kira installment mcm mana pun sbb tak ada pengalaman kan. cuma ada la kasar2 sebut untuk cari rumah yg bulan bulan maximum harga sekian sekian mcm tu. i also read that it was home ownership campaign during the period so baca punya baca dan study, we decided untuk cari rumah yg ada home ownership campaign.
the criteria that we're looking for for our first home are 3-4 bedrooms, rumah dah siap bukan undercon, rumah yg baru siap in the last 5 years and not older and paling penting, location dia masih dlm area berdekatan kota damansara ni. we did our survey on propertyguru sebab perviously we also found our rumah sewa through there and the experience was good.
august 2021
bila kami dah jumpa rumah yang kami paling berkenan, kami terus contact the realtor (from Kim Realty) and set a viewing date. masa tu ada 4 units yg available, some have 3 beds, some has 4. kitorang view both layouts and decided to go with the 4 bedrooms sbb bila kami compare price, we feel like the difference is not big and we also consider the fact that we might not be moving despite expanding the family in a few years.
after viewing, termasuk viewing common areas and facilities, kami sit down and tanya tentang banks yg ada high chance untuk approve loan kami, what are the "hidden fees" yg tak diikilankan. actually, calling it a "hidden fee" tak tepat sbb it's not hidden, kita just nak tahu cost2 lain selain harga rumah contohnya lawyer's fee ke, stamp duty ke, booking fee ke mcm tu. so we jot down all the numbers dan balik rumah untuk bincang if kami ada ke these amounts untuk keluar pada time sekian sekian.
this is the one. contohnya untuk book unit kita bayar booking fee dulu. then duit kena keluar kat mana lagi and when. semua ni adalah duit keluar selain installment/downpayment
september 2021
after 2 weeks of booking, both bankers contacted us (end of september) untuk submit apa2 document yg diperlukan dan apply loan secara rasmi. so kami apply la dengan dua dua, sambil berdoa ada yang akan datang balik dengan berita gembira. ada baca baca pengalaman orang kata tunggu loan approve ni lama, rasa mcm tunggu gantung tak bertali la apa la kan. ghisau mak haha.
october 2021
sebenarnya memang perasaan risau tu berpanjangan sepanjang menunggu keputusan loan tu. akhirnya pada hujung october, means ambil masa lebih kurang sebulan selepas apply tu Affin Bank datang balik kepada kitorang, dengan interest rate yg alhamdulillah la seronok tengok haha. maka lepas itu keluar la offer letter. seronok la masa ni sbb kiranya dengan bank dah lepas, skrg tinggal process dengan lawyer and pejabat tanah la pula kan.
setelah kami dah arrange untuk sign offer letter, loan application dengan Public Bank pun automatic stop so tak worry worry dah. kira skrg kita berurusan dengan Affin jer.
lepas sign offer letter, lawyer pun contact kami untuk arrange sign SPA which is hujung october. lawyer cakap next step ialah untuk dapatkan blanket consent daripada developer dan dihantar ke land office untuk pengesahan.
digantung tak bertali
bagi i, timeline masa yang digantung tak bertali adalah bukan masa tunggu loan approve, ia masa tunggu proses documentation antara lawyer-developer-land office. memang masa ni duk merisau manjang hahaha sebab katanya realtor habaq bulan 3-4 boleh dapat kunci. tapi senyap menikus je proses yang part ni.
december 2021
bulan 12 tu kami receive valuation report daripada valuer, LaurelCap yg buat valuation utk unit kami. untuk baca lebih psl valuation of property ni boleh click sini. so valuation fee ni kita bayar directly pada valuer kita, dan minta invoice tu. untuk kami punya property purchase, valuation fee ni kira mcm discount/rebate drpd developer so fee ni refundable. untuk property lain sila tanya agent masing2 okay. tanya psl ni sbb mana tahu property korang ada offer utk refund certain costs kan, terus jimat wang kat situ. so lps kitorang bayar, kitorang buat refund application pada developer. cleared in 2 months.
just a note yang valuation fee ni tak ada makna sgt pun haha. bermakna la untuk tahu nilai sebenar rumah tapi tak adalah process tu makin cepatkan dapat kunci ke, hal dgn pejabat tanah ke apa ke lol.
march 2022
sepatutnya masa ni dah expecting nak cuci rumah kan? hahaha padahal ini baru sampai fasa yang blanket consent tu dah siap dan dihantar untuk diproses kat pejabat tanah. lepas tu ingatkan ini je document yang kena tunggu lama nau nak finalize, rupanya ada lagi pending MOT, original title and consent to charge-- pun expecting daripada developer juga. masa ni dah tahu dah proses mmg lama, dari october, march baru ada progress so pengharapan tu dah kurang.
may 2022
akhirnya pada hujung may kami receive letter of disbursement and notis untuk start bayar installment dari Affin Bank. masa ni rasa mcm dah dekat dah. takkan kita bayar dulu tapi kunci tak dapat kan. so i approach lawyer, and dia dah confirmkan 3 documents pending kat atas tu pun dah cleared so skrg boleh minta VP (vacant possession) dah daripada developer. sebenarnya sebagai pembeli rumah, bila dgr je perkataan VP ni dah tahu dah one step closer la ni hahaha.
june 2022
so kami follow up dgn developer, kepilkan sekali bank letter dan request untuk dapatkan VP. kat sini developer akan keluarkan 2 invoices untuk clearkan maintenance fee. kita terus settlekan semua fees ni dan on friday that same week, dapatlah surat VP alhamdulillah. happy gila! bila dpt surat vp and tarikh untuk ambil kunci ni mmg perasaan dia lain macemmm. mmg happy sgt tak ingat dunia. dapat la view rumah and finally simpan kunci rumah ni sendiri. kunci dah kat tangan kita!!! syok wey!!
ha so kira kira berapa lama tu nak dapat rumah dari survey sampai pegang kunci? haha kalau ikutkan cerita i ni, mmg kitorang punya side tak buat apa sangat pun. semua urusan lawyer je kebanyakannya. apa yang bahagian kita buat cuma risau dan berdoa kekeke. penantian itu satu penyiksaan tapi dia jadi ok lepas impian tu jadi kenyataan cewah!!
insyaallah next entry, kalau rajin nak share pasal bila dah dapat kunci, what we learned about utilities, dealing with management and furnishing our first home!
disclaimer:
this entry is written based on experience. tidak ada fakta atau guideline included.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan