Jumaat, 31 Disember 2021

a day in a life of a programmer

assalamualaikum



memandangkan ini akan jadi entry terakhir untuk tahun 2021 ni marilah aku tulis benda berilmiah sikit. aku rasa takde entry ilmiah sangat pon sepanjang tahun ni luls.


setelah setahun aku tinggal blog, akhirnya september lepas aku datang balik menulis sebab tiba tiba banyak pulak benda yang aku rasa nak cerita. tapi aku ni jenis tak buka sangat social media mcm instagram or twitter untuk bercerita, so aku tulis blog la boleh berceloteh panjang sikit. antara benda yang aku nak sangat cerita ialah seharian hidup aku sebagai seorang programmer.


tahun ni antara tahun yang alhamdulillah penuh dengan kegembiraan dan kejayaan. aku bermula kat company ni sebagai intern, berkerja kuat untuk dapat stay kerja kat situ so aku masuk sebagai contract staff dan alhamdulillah after 6 months tu dapat offer permanent. takde nikmat Allah yang tak aku syukurkan.



setiap hari aku akan try la paling paling lewat pun pukul 12 naik tidur, tapi selalunya 10:30 malam dah tutup semua lampu rumah, isi makanan kucing dan bersedia nak beradu. kemudian aku akan spend around 30-40 mins untuk tengok youtube lepas tu aku pun tidur.








aku akan bangun subuh lepas tu aku akan rehat rehat, tengok youtube or check social media, baca berita kat twitter sampai la pukul 7:30am. pastu aku akan mandi sambil bernyanyi nyanyi~~. pukul 8am aku siap sedia turun, kacau kacau nestum sikit, buat toast untuk aku and hazim lepas tu kami akan duduk depan tv sebelah sebelah, sambil breakfast sambil tengok 1 episode sitcom.


<view of breakfast depan tv>


8:45am, kami berdua akan pergi ke workstation masing masing. aku akan buka notion, list down my to-do-list, check email, masukkan meeting dalam calendar and check in untuk masuk kerja. 


9:30am aku ada daily session bersama colleagues (every monday, wednesday and friday). session ni selalunya semua orang dalam department aku akan borak borak atau main game gelak gelak. kalau hari yang takde daily ni aku terus jump to my task of the day.




main game waktu daily



10:30am aku akan attend daily scrum update. disini development team akan kumpul untuk share apa yang kami dah buat semalam/last week dan apa plan untuk harini/next week. kalau sesiapa yang nak ada sesi soal jawab technical selalunya akan diteruskan afterwards.


11am mcm tu aku akan check, kalau ada meeting, attend je. kalau takde aku akan terus buka visual studio code dan run project, check mana last aku stop semalam dan teruskan coding ditemani lagu lagu dan stackoverflow.




sesi meeting bersama boss


dalam 12:30pm macam tu aku and hazim akan sama sama stop untuk lunch. selalunya time ni la kalau tak pun lewat sikit kalau ada either one yang meeting. malam sebelum dah perap and air fry ayam so time nak lunch ni kami panaskan je dalam microwave. duduk depan tv sambil gurau senda and tengok lagi satu episode squid game sitcom. lepas tu ngam ngam masuk zohor so kami solat dulu~~.


lepas lunch, sambung menghadap code balik. jeling jeling tengok wireframe sambil sambil code dan test. sesekali sembang dengan colleagues juga.







kalau hari rabu selalunya 3pm akan ada meeting weekly dimana semua orang yang terlibat dengan project termasuk product owner dan business user akan share update utk sekian sekian minggu. time ni aku akan relax relax sikit sambil minum nestum sebagai snack.


lepas tu akan solat asar sebab selalunya ngam ngam. lepas solat asar sambung je coding balik. kemudian dalam 5:30pm macam tu kami semua developer akan gather round balik untuk cerita progress harini atau borak borak mengeratkan silaturahim.



selalunya aku akan aim every other day tu untuk buat pull request di github so sebelum tamat waktu bekerja aku akan buat dulu. lepas tu baru tutup laptop. selalunya betul betul habis kerja tu ngam ngam time nak maghrib. kalau tak pun, akan exercise bersama hazim sambil tengok sitcom lagi 3 episode.






dalam sehari tu sekarang aku akan cuba untuk jalan 10k steps sehari. so every 2 hours macam tu aku akan guna 20 mins sambil tengok youtube or baca blog orang lain untuk jalan jalan. bolehlah hilangkan stress dan lenguh lenguh. kalau kerja dah sedentary, kena cari juga ruang untuk jadi active. 






antara maghrib dan isyak tu kami akan makan dinner, sama juga sambil tengok 1-2 episodes sitcom sambil borak borak cakap tentang hari kami. lepas dah solat isyak tu, kalau minggu tak busy kami akan teruskan tengok netflix atau borak atau main phone sambil beribaan hihihi. bila dah busy, masa masa yang sikit ni kami gunakan untuk eratkan kasih sayang dengan each other. time ni juga akan spend masa main dengan mossy banyak sikit biar dia always rasa kasih sayang tuan dia.



mossy ni dia tak suka catbed ke apa, dia tidur dalam beg ikea je. belikan cat tree pun dia tak pandang 😛




pukul 10, naik dan rehat. malam malam selalunya kalau tak tengok youtube, mesti akan ada sesi communication. kami berdua akan cakap pasal our future, our work and how blessed we are with the life that Allah has given us.


terima kasih Allah atas kehidupan yang bermakna buat tahun ini. semoga tahun tahun hadapan juga akan dipenuhi oleh kegembiraan, kejayaan dan utamanya keberkatan. buat kami, dan buat kita semua <3







Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan