Sabtu, 4 Disember 2021

belia suka membaca... reddit?

assalamualaikum


pernah dengar reddit? kalau pernah dengar, bagus, kalian bangsa suka membaca. kalau tak ada, meh aku cerita supaya korang akan join bangsa ini kihkihkih. takdelah bangsa suka membaca tu yang buku nilam, kalau reddit ni tak kira kekeke.


reddit ni forum, dia macam twitter, tapi lebih kemas dan berstruktur. ala even konsep thread dekat twitter tu pun asalnya daripada forum. 




my reddit feed, ada sims hehe




aku ni sangat addicted ya dengan reddit ni. pernah bersengkang mata scroll reddit kat katil sampai 2-3 pagi. amboi kan, tang kije bukan main buat entry penat tido 2-3 pagi sebab kerja. kalau baca reddit je halalan toyyiban je kekekeke. 


jadi apa yang bestnya reddit ni?


okay sebelum itu mari aku ceritakan scenario aku bersengkang mata baca reddit.


aku tengok cerita squid game. aku ada banyak benda nak cakap and nak discuss. nak chat ngan member? tak semua minat cerita yang sama atau nak borak. nak ke instagram? takkan aku nak post story merentan pasal review squid game, confirm tak de orang layan. twitter? selagi tak viral tweet aku selagi tu bercakap sorang sorang. discussion ni mestilah many to many communication kan? 


so aku pun bukalah reddit dan search "squid game". nanti dia akan bagi satu board, atau kat reddit kita panggil "subreddit" pasal squid game. anggap macam group la, kita boleh masuk group ni and discuss bersama orang orang yang ada dalam group tu jugak. tak kisah la kita friend dengan sesiapa ke, kita join subreddit itu atau tak ke, no restriction, dipersilakan kau meluahkan isi hati disitu.


so dalam subreddit tu, akan ada banyak threads. contohnya ada satu thread bincang pasal episode 1, so kita boleh bincang pasal episode 1 je kat situ. then ada untuk episode 2, 3 dan seterusnya. ada juga thread psl watak contohnya sa-byeok ke, maka semua orang akan fangirling di situ. so dia takdelah semak macam kau nak baca benda psl sa-byeok tapi scroll bawah je nampak spoiler episode 6. kita pilih thread mana kita nak baca.




subreddit khas untuk squid game, access by just searching squid game




dekat reddit ni ada endless variation of subreddits. in my case, aku suka main sims, maka aku join la subreddit sims. dekat subreddit sims aku akan dpt baca tips from orang lain, bugs reported, new updates, new patches pasal sims. ada subreddit pasal skincare, psl stephen king, pasal life tips dan sebagainya. pilih je subreddit mana mana yang korang suka.





boleh join apa2 subreddit/community and see them on our feed. boleh juga create sendiri punya. these are the subreddits that i joined



antara time time peak yang aku akan baca reddit sampai juling ialah bila aku habis satu series contohnya macam squid game ke, game of thrones ke, even sitcom friends sekalipun, aku akan scroll each subreddit dengan tekunnya sampai la aku puas. 









contoh view dalam each subreddit



macam yang korang boleh tgk from screenshot above, ada macam macam subreddit yang available untuk join and discuss. antara yang aku selalu baca selain daripada sims ialah adulting dimana kat sini ada share tips nak start living alone, some info about taxes, mortgages, insurance all from people facing these things in real life. walaupun demographic sharing dia mostly from the US, tapi masih boleh baca sikit2 untuk tahu terms dan general knowledge about these issue.


seterusnya aku juga join subreddit untuk baca benda benda lawak macam choosing beggars. tau apa tu choosing beggars? choosing beggars atau cb ni adalah orang yang meminta minta, tapi bukan minta biasa biasa, minta tu demand nak yang best la, murah la, free la mcm tu. kelakar la baca. boleh la untuk baca ringan ringan.


kalau yang berilmiah sikit, aku join subreddit explain like i'm five. any question ada disini dan dijawab oleh experts dalam bidang bidang tertentu. banyak belajar pasal contohnya mcm mana nuclear berfungsi, kenapa cancer tiada cure dsb. mcm nama subreddit tu sendiri is explain like i'm five, you can expect to get simple yet piece by piece information to learn from.


last sekali sebagai peminat skincare, aku juga join subreddit skincare addiction. kat sini banyak orang share masalah skin, recommendation products, reviews, routine dsb. tapi perlu diingatkan untuk benda benda mcm ni, your miles may vary so sila baca with a pinch of salt.


yang paling best tu dekat reddit everyone is anonymous. most of the users don't use their real names or real photos kekeke.


aku macam kena sponsor dengan reddit pulak lols. takde, ini saja nak share app yang aku guna di masa lapang.


Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan