Sabtu, 27 November 2021

menangis adalah sebahagian daripada kerja

assalamualaikum


dalam kehidupan ni kalau tak kerja tak boleh makan. kalau bukan kau yang kije pun mak pak kau mesti kerja untuk bagi kau makan. so conclusionnya masih sama, tak kerja tak makan. ahaks, sadisnya opening entry ni lulz. mari aku explain kenapa sampai menangis nangis kerja ni.



1. task tak sama dengan job scope


pernah dengar tak orang cakap "if you love your job, you won't feel like you're doing a job". sebenarnya kata kata ni betul sebab bila aku dapat kerja aku suka, aku rasa happy walaupun aku ambik masa yang lama nak selesaikan benda tu. 


tapi kejadiannya, aku pernah dapat kerja yang bukan setakat aku tak suka, aku tak pandai pulak tu nak buat benda tu. so bila dipaksa buat, aku jadi stress. diva tak? ahahaha. dah la aku iklankan diri aku sebagai programmer yang skillful (ke?), pastu bila diberikan tugas tugas yang sedari uni aku tak minat, memang menangis la. lagi pula task tu bertambah. pastu pulak kena jadi jurucakap untuk task task tu pulak. memang stress wa cakap lu!



2. menangis sebab tak ada update nak present pada teammates


kerja programming di company aku menggunakan methodology agile scrum. tak tahu apa itu? sila google. kalau aku explain sini tak pasai jadi tutorial agile scrum pulak mesti korang tak baca kekeke.


kalau ikutkan methodology ni, setiap pagi selama max setengah jam the whole development team termasuk project manager akan meeting and update to our project lead tentang progress task kita. untuk team aku kitorang buat setiap hari, 10:30am to 11am.


aku pernah diberikan task contoh la 1/7 kan, pastu 2/7 aku takde update sebab aku tak familiar dengan task tu so aku gunakan the whole yesterday untuk belajar. pastu esoknya pun takde update sebab baru belajar kan, so tak dapat siapkan lagi task. ko rasa hari keempat tu ada muka lagi tak nak masuk meeting tanpa updates? malu muka wooo. 


pengajarannya di sini ialah, kalau taknak malu muka, jangan malu tadah tangan untuk bertanya pada yang lebih tahu. minta tolong kalau stuck dekat mana2. tapi kau janganlah sampai suruh dia buat tutorial step by step pulak ini bukan kelas programming 101. cukup sekadar minta bantuan mana mana yang stuck lepas dah cuba. barulah akan ada kemajuan!



3. kerja tak siap on time


benda ni bersambung sikit dengan benda kat atas. selain daripada malu sebab orang lain pakat update, aku je nampak macam tak deliver kan, aku juga pernah menangis di belakang tabir sebab aku frust dengan diri aku sebab tak dapat siapkan on time. selain daripada frust dengan diri aku, aku juga takut impression baik terhadap aku tercalar lantas memberi effect kepada status aku sebagai pekerja contract. macam mana kalau aku ni tak layak disambung kerja? oh no! so scary.


so aku nak ulang lagi sekali, kalau korang terjatuh ke rock bottom macam aku, janganlah malu bertanya. bila dah nak dekat khamis tu aku masih stuck, aku pm la senior aku minta zoom one on one untuk minta tolong. tapi aku dah try dulu tau, bukan aku terus tanya je tanpa mencuba. 


selepas daripada itu, senior aku explain sikit2 dan membantu aku faham konteks. sejak daripada itu, aku dah jarang tak siap kerja on time. malah, otak aku lebih ligat googling dan baca stackoverflow bila aku dah tahu tactic mcm mana senior aku cara googling untuk mendapat jawapan yang jitu lagi padu! jyeahh! skill unlocked!



4. kena buat kerja support


ada satu lembah jurang yang aku terjatuh di alam pekerjaan ni adalah apabila aku diassign dua post dalam satu masa. untuk programming dan untuk support user yang ada masalah bila menggunakan system. fuhh, bunyinya macam makan kacang, rupanya ia ibarat melapah tulang. yeahh i dont even know what that means.


awalnya aku separate hari kerja kepada dua bahagian, isnin selasa rabu aku akan coding dan khamis jumaat aku akan buat support. malangnya, tak cukup. 3 hari tak cukup coding, 2 hari tak cukup nak support. so aku breakdown. masa ni bermulalah hidup kena kerja weekend. menangis weyy sebab hutang kerja makin hari makin menggunung. weekend restless, kalau ada pun mesti either sabtu atau ahad je. dah lama tak main sims. rutin hidup semua terganggu. 


yang sedih tu is bukan menangis sebab tak cukup masa atau tak siap kerja dah this time. nangis kali ni lagi sadis. ia sebab badan aku dah tak larat lagi dah.



5. penat kerja sampai malam dan weekend


bersambung dengan point 4, menangis paling banyak adalah sebab badan dan otak aku dah penat tapi aku tak boleh afford untuk tak sambung kerja sampai 10pm dan juga weekend. lagi aku tak buat, lagi siksa di kemudian hari. kenyataan ini adalah menyakitkan!


menangis tu sebab dah tak ada pilihan and it was a lose lose situation. kalau aku memilih nak rehat, setibanya isnin aku takkan boleh cakap yang task aku dah siap, kemudian task task lain akan delayed ataupun di reassign kepada orang lain (menjadikan deliverables aku sikit). hutang kerja akan makin bertambah.


kalau aku kerja juga weekend dan tidur pukul 12 malam, aku akan penat everyday and aku akan resent hidup aku sebab penat dan aku akan benci kerja aku. see, tiada situation yang aku boleh menang kat sini.



walaubagaimanapun, aku punyai teammate yang cukup baik. senior aku yang jemput aku untuk tanya je bila tak faham. dan kalau aku siapkan task sekecil kecil benda pun, mereka akan berterima kasih dan beri dorongan dan pujian. dengan sokongan moral mereka nilah makin kurang kejadian 2 dan 3. 


untuk masalah 4 dan 5 tu, tips dia ialah, jujur je dgn team leader tu. kalau memang tak mampu, cakap tak mampu. jangan takut nak delegate task dalam kumpulan. try untuk cari arrangement yang sesuai dan tak merugikan mana mana pihak. kalau tak dapat nego kurangkan kerja, nego la naikkan gaji kekekeke. cuba la mana tau dapat ahaks!



Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan