Sabtu, 13 November 2021

programmer apa tak pandai maths ni?

assalamualaikum


aku pernah diceplek (not a word) sebab tak pandai maths tapi berangan nak jadi programmer and nak belajar computer science. selayaknya lah sebab maths aku pun jarang jarang sekali dapat A. maths kot bukan add maths. add maths apatah lagi, nasib baik tak fail je. 


sepanjang aku di high school, banyak aku dengar dari seniors la, cikgu, counselor sekolah dan lain lain. ada juga aku baca baca artikel yg cakap nak belajar comp science ni kena pandai maths. tapi entahlah, aku tak pernah rasa nak stop kejar cita cita aku. aku berlagak tau. walaupun orang orang yang cakap kat aku ni mostly berpengalaman dan berpengetahuan, aku still rasa mcm aku boleh je sebab aku pandai edit template blog so mesti aku boleh coding kan wkwkwkwk. 


dekat sekolah menengah aku pun ada kelas komputer. kelas tu takde grade pun, just lulus gagal je. takde impact sangat dekat result tapi aku bagi 150% attention dan commitment dalam kelas tu. kelas lain aku tidoq. takde orang akan minta aku ajarkan sejarah ke, physics ke, add maths apatah lagi. kelas computer tu je aku dijulang julang seperti mark zuckerberg HAHAHA cakap besar. 



ni la kerja yang dikatakan tak pandai maths, tak boleh buat




salah satu syllabus kelas tu ialah visual basic (yang totally different daripada edit template blog) dan masa tu pun aku still ace the class so aku pun lagi berlagak la. persetankan semua kata kata yang tak pandai maths tak boleh belajar comp science, tak boleh jadi programmer. akan ku buktikan hypothesis itu salah!


habis spm je, aku tanpa fikir 2-3 kali, aku apply untuk join asasi IT/computer science dan dapat tempat dekat msu untuk foundation in IT. masa masuk tu la baru aku ketaq lutut. macam mana kalau orang lain dalam asasi ni memang letops maths? mcm mana kalau aku sorang yang tak faham lecture? 


tapi bila aku belajar dalam asasi tu, tanpa menggunakan apa2 kepakaran matematik pun, aku berjaya habiskan foundation dgn cgpa 3.8 mcm tu. ironically, subject maths la yang membuatkan pointer aku tak 4 flat lolz. namun begitu, subject programming semua aku A. so aku dah halfway through nak debunk myth yang orang tak pandai maths ni tak boleh jadi programmer.


sejujurnya aku tak tau apa yang buat orang draw conclusion mcm tu, tapi kepada sesiapa yang kero maths tapi nak jadi programmer, take it from me yang korang boleh je. sampai sekarang maths aku masih tak power tapi alhamdulillah, aku berjaya jadi seorang programmer. kau boleh je google, guna calculator dan sebagainya, doesn't really have to rely on u pandai maths ke tak.


plus, programming ni ada banyak cabang. ada mobile development, web development, AI, IoT, data science, big data dsb. ada pula division front-end, back-end. malas la nak explain, ini bukan kelas introduction to programming wkwkwkwk. 100% of the time, it's not your math skills that counts tapi ability utk kau solve problem dan create algorithm.




salah satu project persendirian yang tak gunakan maths lansung



ia juga mobile-friendly :D





macam aku, aku adalah seorang web developer dan aku lebih kepada front-end (user facing, ui/ux). so memang boleh dikatakan kalau aku tak pandai maths lansung pun aku boleh je survive. cuma kena faham konsep language/technology stack yang kau guna untuk produce result yang sepatutnya. this job relies on my brain to understand how to use certain framework/library and translate a design into code. ini berfokus kepada problem solving. imagine, ui/ux designer gunakan tool lukis lukis, drag and drop (mcm photoshop/illustrator/adobe xd/figma) dan aku akan recreate hasil tangan mereka melalui lines and lines of codes.



 


contoh flow kerja aku -- designer buat design, aku translate the design into code :D



walaupun penciptaan algorithm dan maths adalah tidak exclusive of each other,kalau kau tak pandai maths, kau still boleh create algorithm kerana semua formula dan method of calculation kau boleh google je. fokus utamanya ialah problem solving. ability to solve a problem itu boleh dilatih melalui pelbagai cara yang tak semestinya maths contohnya main sudoku, puzzles dan lain lain.




contoh code repo (personal project aku)

 


in short,


1. kita kena cari pendapat/nasihat. tapi ia tak 100% control decision kita


it's good untuk cari second opinion bila kita tak tau tentang sesuatu. tapi take it from me, apa apa je cita cita kau, as long as you are confident in it, it's okay to defy all the other opinions. boleh katakan almost everyone around me cakap aku kena improve maths aku dulu before finalize decision nak belajar comp science and yes i did, tapi i didn't really excel in it dan sampai sekarang aku jadi je programmer. function pulak tu dalam team. perform jugak la buat task jarang tak deliver ecehhh berlagak kan lol. ini bukan berlagak, ini doa kekekeke


you should have your stand. whatever opinion orang bagi should not be the deciding factor. ia cuma patut jadi guideline je. kalau kau nak jadi apa apa sekalipun, ingat yang pengalaman orang tak sama. u can create your own experience and conclusion.




antara hasil code aku yang digunakan dalam project hikhik



namun begitu, aku tak mau juga cakap yang maths itu lansung tak penting. mcm aku cakap di atas, programming ni ada banyak cabang. kalau nak masuk data science, machine learning mungkin kena ada basis yang lebih kukuh. but you don't have to master everything before you dive into this career path, you can always learn along the way. seek advice or opinion from the person that have experience in what you wanna pursue. as for me, i'm a web developer so most of my knowledge is based on what i do for my job.



kalau ada dengar counselor cakap tak boleh belajar comp science sebab result maths tak gempak, tunjuk kat counselor tu entry ni. kbye ahaks 


Thank you for reading this entry :D


click here to visit my portfolio and my linkedin and my github

Tiada ulasan:

Catat Ulasan