Pheww it's been a hectic week. Minggu lepas tak buat new entry sbb busy and skrg niat nak curi time utk update. Recently I've checked that I got a positively increasing views so terima kasih kepada semua yang membaca dan menge-share kepada rakan2. Walaupun nampak macam benda kecik, tapi amat bermakna dalam hidup aku huahuahua.
Jadi entry kali ini lebih kepada perkongsian peribadi sbb masa aku mula2 fly ke China, aku tak heboh mana. Tapi kepada yang tahu tu ramai tanya mcm mana aku sampai ke sini dan macam mana lifestyle aku. Ada jugak yang ajak aku bisnes import barang dari China. Omei je kawan kawan aku hahahaha.
Alhamdulillah skrg dah hampir setengah tahun aku dekat China. Tak lama, tapi banyak benda yang aku belajar dan ada few kawan2 aku yang tanya psl bahasa, culture dan betulke barang kat China tu murah? (eh?) hahaha. Jadi dalam satu entri yang sama ni insyaAllah akan aku kupaskan satu persatu sampai tersembul segala rahsia di muka bumi Allah ini (eh dah kenapa?)
1. Dina fly?! Bila! Tak bagi tahu pun! *dengan nada marah dan bercekak pinggang
Oh hai! Hahaha. So firstly, haah Dina fly ke China, dan buka taknak bagitahu tapi aku malu. Aku sebenarnya dah prepare dah ayat2 mintak doa nak send kat group sekolah etc tapi aku segan sebab aku ni bukanlah sesiapa. Entah2 aku ni oblivious HAHAHA. Jadi aku batalkan niat aku dan hanya share kepada kawan2 terdekat and family2 jauh je, buat kenduri, announce kat instagram dan dengan harapan adalah insan2 yang berkongsi kegembiraan dengan aku.
Aku ni orang dia bercita-cita tinggi. Dari aku mula tahu yang kau habis SPM kau boleh jejak kaki ke tanah orang, aku memang pasang niat untuk jadi anak rantau. Tapi target aku mestilah universiti dan negara yang vavavoom (yakni bukan China muahahahaha). Dan aku pun sebenarnya dah rasa harapan aku kabur bila aku masuk IPTS instead tapi alhamdulillah, rezeki tuhan tu luas. So kat sini la aku hari ni (:
2. Kenapa China? Apa ada dengan China?!
HAHAHAHA *gelak comel. Macam yang aku cakap tadi, sebenarnya aku bukan nak jejak China. Heh usahkan China, ego aku ni taknak belajar oversea kalau setakat dalam Asia apatah lagi Asia Tenggara. Yelah, ajet je aku ni hahaha. Bagi aku selagi bukan America atau London selagi tu bukan oversea nehi nehi. Tapi jadahnye prinsip diva aku ni haha last2 sampai sini pun dah homesick macam apa --'
So bila orang tanya aku 'Kenapa China?', jawapan aku mesti simple, 'MSU offer datang sini'. Jawapan yang paling telus, jujur dan jitu hahahaha. Masa tu niat aku just nak ambik peluang belajar dekat negara orang sbb dah terima kenyataan kalau bukan sekarang, mungkin nanti masters baru aku dapat pi overseas. Tu pun kalau PTPTN settle awal HAHAHAHA :'D. Jadi aku terima je offer MSU tu dengan hati yang terbuka.
Dekat China ni bagi aku, apa adanya negara maju ni adalah berubah mengikut perspective. Aku mengaku, aku suka material yang digunakan dalam kelas, teknologi kat sini (and barang murah :P), tapi dalam masa yang sama aku kena mengaku yang instagram, google semua yang kena block kat sini tu adalah siksaan dunia yang maha dahsyat bagi aku dan language barrier tu masalah terbesar aku. Sebelum aku dapat offer ni, manade aku nak belajar Mandarin (walaupun marhaen sepakat kata Mandarin dah jadi bahasa penting). Aku nak belajar French ke Spanish ke barulah cool liddat hahaha. Maka dari itu aku tak pernah tahu yang belajar Mandari tu tuhan je tahu susah dia. Aku datang sini dalam 4 bulan baru aku boleh communicate benda2 basic. Sedih uols tahu tak nak survive kat sini TT__TT.
?? Macam mana access google, insta and fb (etc) kat China?
~ VPN (;
Kat China ada The Bund :D |
3. China kat mana? Shanghai? Beijing? Guangzhou? *masukkan nama tempat2 famous
Muahahaha tidak, tidak dan tidak. Masa mula2 offer ni disebut, mentor kata, awak akan sambung belajar dekat Shanghai. Aku pun gebang orang kampung la aku nak sambung Shanghai. Aku buat kenduri doa selamat pun aku cakap Shanghai. Malah aku sendiri berpegang teguh kepada tempat aku belajar itu adalah di New York of Asia yakni Shanghai.
Tapi setibanya aku di Pudong Airport (masih lagi Shanghai), jarak antara airport tu dengan kampus aku ialah 3 jam. Maka hati kecil ini terdetik, 'coit, besarnya Shanghai. Bandar ke bandar ada 3 jam. Wow!' Maka aku pun beradulah dalam bas tu. Bila aku sampai je, hahaha rupanya Shanghai tu disebut oleh para mentor sbb dia negeri terdekat dgn tempat aku. So sebenarnya aku duduk dekat Jiangsu (aku tahu korang tak kenal huhu sbb aku pun tak pernah dengar huhu). So balik pasni haruslah jujur dengan orang sejagat bahawa aku ke Shanghai ada la dalam 2 jam naik bullet train HAHAHAHA.
4. Wah! So dah boleh cakap cina ke?
HOHOHO *dengan nada riak lagi angkuh (lalu sedar diri dan bertasbih kembali hahaha).
Alhamdulillah, boleh (sikit-sikit lol). Bagi aku, bahasa cina ni, baik bercakap atau membaca (apatah lagi menulis) adalah sangat susah. Aku rasa macam belajar spanish lagi senang. Aku sebenarnya tak tau (noobies) yang bahasa cina ni pakai character system. Aku mati matilah ingatkan yang setiap garis2 tu melambangkan abjad abcde. Rupa-rupanya, tak. Dia memang character semata-mata dan kau kena hafal. Mula2 dapat buku belajar page depan depan tu boleh la aku hafal. Dah masuk bab 5 6 tu bunyi sama ulang ulang 2, 3 kali. Character lebih kurang sama dengan satu garis je yang beza, aku dah mati kutu dah. Masa tu aku rasa macam nak balik. Mencabar sangat bagi aku.
Tapi lama-lama tu, bila dah selalu baca buku teks dan converse dengan akak2 jaga dorm tu, aku dapatlah juga bertutur dalam bahasa Mandarin. Aku dah boleh haggle price, report paip bocor, order makanan tambah manis etc, dan tolong kawan2 lain yang buat mobility program kat sini dan semuanya aku rasa aku reach capability tu dalam masa 4 bulan plus minus.
Tapi aku perasan yang bila aku dah boleh cakap cina sikit ni, english aku makin kero? Hahaha *melukut di tepi gantang
5. Makanan halal senang tak nak cari?
Aku rasa soalan ni paling banyak orang tanya, especially kawan2 yang ada plan nak bercuti ke China. So far, selain dari Wuxi (bandar kampus aku), aku dah travel ke Nanjing, Shanghai dan Beijing. Kalau dekat kawasan aku ni aku ratekan kesusahan nak cari makanan halal tu kat skala 7. Aku rasa dalam radius besar ni, ada satu je tempat yang makanan halal tu confirm. Kalau Shanghai pulak, aku rasa tak susah sangat. Dekat2 dengan The Bund, exact location a few metres dari JW Mariott Hotel Shanghai tu ada makanan halal dan untuk Beijing pulak aku rasa bersepah. Tapi makanan halal China semua style sama jer which is boringg. Lingkungan harga pun tak jauh beza antara tempat tempat tu, paling murah nasi goreng telur dalam RMB11/RM6.
Satu tips untuk korang, bila mencari makanan kat sini, even fishball pun korang kena check ingredient sbb hampir semua benda kat sini ada ekstrak babi. Keyword yang aku ajarkan kat korang ni akan berguna kalau korang nak datang makan di sini:
1) Tanda Halal
- 清真 (pinyin: qing zhen)
Bacaan: cing jen
2) Babi / Khinzir
- 猪 (pinyin: zhu)
Bacaan: ju
3) Pork
- 猪肉 (pinyin: zhu rou)
Bacaan: ju ro
4) Ayam
- 鸡 (pinyin: ji)
Bacaan: chi
5) Daging lembu
- 牛 (pinyin: niu)
Bacaan: niu
yang lain lain insyaAllah akan aku sharekan dalam entry (berniat la kalau rajin hahahaha) survival phrases yang akan datang :D
6. Penerimaan Islam dekat China?
Ni soalan yang kerap jugak aku terima dan banyak jugak orang yang nak debat ngan aku pasal ni. So aku explain daripada pengalaman aku selama hampir setengah tahun menetap di China ni okayy.
Firstly, kita sembang pasal Mainland China. Aku rasa yang untuk bandar2 besar macam Beijing and Shanghai tu mungkin lah local paham kalau nampak tourist bersolat tapi aku tak berani cakap boleh solat di tempat awam sebab masa safety briefing untuk student2 yang dapat PR dekat sini, kitorang ditegaskan untuk tidak solat di tempat awam dan memang ada undang-undang bertulis pun tentang tu. Even dalam kawasan kampus pun. Masa aku travel ke Nanjing, aku ada solat jamak di bahagian tepi mall (dekat emergency exit) and ada polis yang tunggu kitorang habis solat. So dalam keadaan macam ni dengan rujukan ahli2 agama, kami menunaikan solat secara duduk HANYA KALAU memang tak ada tempat/hujung waktu/darurat untuk solat. Selagi ada kemampuan untuk solat sempurna, kami cari dulu.
Dekat sini juga memang selalu diingatkan kalau boleh jangan pakai serba hitam especially kalau bertudung sebab perception locals terhadap muslims ni. That's the culture yang aku kena adapt.
Secondly bila orang ajak bahas tentang gambar tourists muslim solat dkt airport etc di Hong Kong, Taiwan dan Macau. Aku belum pernah jejak sana (itu bukan Mainland China) so wallahualam bissowab i have no idea.
Whatever it is, usahalah sekuat hati untuk solat dengan habis sempurna. Kalau tak dapat, solatlah selagi terdaya. Yang penting, Allah tahu :D
Jacket winter kat China yang very affordable :D |
7. Betulke barang kat China MURAH?! *baca dengan nada shopaholic dan fashionista yang nak borong baju hahahhaa
Okay so aku nak disclaimer awal2 yang aku tak buat bisnes import barang tu tapi kalau orang kirim aku beli; satu sebab aku busy, and second sbb aku malas nak post barang hahaha. Orang kirim ngan aku pun kena tunggu aku balik. Aku ni student, mmg nak cari duit poket tapi aku tak sempat masa hahahaha. Baik aku tido yedak? lololololol.
Bagi aku, kos sara diri kat sini ngan kat Malaysia tak lah jauh beza. Malah barang2 dapur dengan toiletries ya ampun mahal bangat sehhh, getus hati kecilku. Tapi aku mengaku la kalau macam baju2 tu semua memang murah. Aku dah bantai denim jacket RMB38/RM20 gitu kat Malaysia mana nak dapat? HAHAHAHA. Tapi murah tu bukan dekat semua tempat murah jugak, still kena pandai2 cari.
Okay well that's it. Aku rasa entry pengalaman ni dah cukup padu macam burger daging cheese (terliur). Aku harap sharing kali ni beneficial as tips kepada travellers, inspirational kepada adik2 yang nak study overseas atau nak explore belajar dekat China and of course, menghiburkan hati pembaca-pembaca selain menambah ilmu pengetahuan. Kadang2 ilmu ni lebih best dipelajari melalui pengalaman, kalau bukan sendiri punya, yang ikhlas dari teman2 yang menghadapi pun cukup baiknya. So aku tutup entry kali ni dengan ucapan terima kasih banyak2 kepada readers and minta maaf atas khilaf sepanjang penulisan entry ini.
Me loves uolss <3
Thank you for reading this entry :D
Tengok gambar ni terus rasa nak ke China 😄
BalasPadamJom jom datang melancong ke China 😁
Padambestnya!!! (effect mata bercahaya lol). goodluck living in China. may Allah ease everything :)
BalasPadamThank you :DD
Padam