Khamis, 19 April 2018

Trip To Beijing Part 2 (:

Halu halu!

Bertemu lagi kita di blog ini huahua. Ini aku commited sementara masih rajin and idea segar bugar kan. Lagipun mcm mcm janji manis dah aku taburkan di entri yang lalu yakni nak buat survival phrases la, nak citer cane aku study overseas la yada yada hahaha.

So di entry kali ni aku taknak buang masa panjang, aku nak cerita jalan jalan dekat Beijing, ada 3-4 tempat famous yang aku nak sharekan utk korang sebagai reference kalau kalau korang berminat nak bercuti dekat Beijing China ni jalan2. Aku harap dengan entry ni akan membantu guide korang sedikit sebanyak. Aku baru sekali je pergi Beijing, dan aku juga bukanlah paham semua benda yg org dia ckp, tapi insyaAllah dengan pengalaman dan ilmu yang ada ini akan aku coretkan untuk bacaan semua hohoho.


terimalah gambar aku masa mula2 sampai di main gate Great Wall hahahaha xD

a) Tourist Attractions

1) TIANANMEN (天安门)


TianAnMen

Honestly aku rasa Tiananmen ni biasa biasa je. Dia macam park, tapi dlm park tu ada banyak benda. Contoh ada water flower exhibition, kedai2 souvenir dan spring flower room gituu. Untuk orang2 yg suka bergambar maybe just nice tapi untuk aku macam okayy. Tapi aku puas hati dapat melawat Tiananmen tu. 

Untuk pergi ke Tiananmen ni tak susah sbb memang ada Beijing Subway Line yang terus sampai ke Tiananmen tu. Ada 2 stops which are Tiananmen East and Tiananmen West. Dua dua sampai ke Tiananmen, dan dua dua kat Line 1. Tak silap masa aku di Beijing aku turun dekat station Tiananmen West and dari sini korang kena cross jalan untuk pergi Tiananmen tu. Tapi tak silap jugak ada tunnel yg bawa korang ke sana. Once dah sampai dekat security check dia, tourists akan diminta untuk tunjuk passport. Once korang dah lepas, korang akan sampai dekat Tiananmen Square tu and expect banyak tourist yang nak bergambar dekat situ so sama-sama membantu la korang untuk dpt gambar lawo hahahaha. Oh btw, entrance dia kat square tu free je.

Dalam Tiananmen tu sebenarnya ada banyak tempat mcm makam, museum dsb. Tapi aku terus blah dan masuk ke Zhongshan Gongyuan which is mcm park. Emm sebenarnya mmg park pun --' 

2. Zhongshan Park (中山公园)

Zhongshan Park ni location dia dekat gila babus dengan Tiananmen tu. Dia mcm, dalam Tiananmen ada park ni and dari park ni korang jalan kaki je boleh sampai Forbidden City. Zhongshan Park ni tempat dia cantik bagi aku, boleh jalan2, lepak2 and also ada kedai souvenir yang murah. Dekat sini ada entrance fee yang lebih kurang RMB10 / RM6 kalau tak silap aku. Maaf aku tak certain sgt sbb kalau pakai kad student aku dpt harga RMB5 / RM3 gitu. Tapi dia ada few lagi exhibition kat dlm yang kena bayar. Masa aku pergi, aku cuma ambik tiket utk masuk satu exhibition je sbb rasa mcm hahaha tak menarik je yg lain ni (sebenarnya sbb tgh dalam bajet T_T).


Ni je gambar yang aku ada kat Zhongshan Park ni sbb masa ni aku tgh takde mood HAHAHAHAHA

Dekat Zhongshan Park ni susah nak sesat sbb mana2 je ada peta, cuma dlm bahasa Cina la so pepandai la kat situ korang compare nama tempat kat tiket ngan kat peta. Kalau nak tanya police pun boleh ckp "Pu hao yi si, zhe ge tifang zai na li" gituuuu hohoho. 




Ni tempat exhibition bunga yang aku masuk, ada lah dalam RMB3. Kat sini mmg ada real flowers and even ada sakura pun yang di breed kat dalam tu. Untuk peminat2 bunga, mmg wajar korang dtg. Siryes lawa wa cakap luuu. Tapi exhibition dia kecik je so hmm, berhimpit gak a bila dah masuk tu. Ngan bau org tak mandi kiri kanan kan lagi.

3. Forbidden City

Dari Zhongshan park, akan ada jalan terus ke Forbidden City so utk pergi 3 tempat ni je korang dah jimat duit transport sbb somehow dia macam bersambung sambung. Jadi nanti duit lebih bolehlah buat makan Kaoya ye dook??? Hahaha. Tbh, masa aku pergi Beijing aku tak sempat pun makan Kaoya tu sbb tak jumpa kedai dia yg serve halal TT_TT


Inilah pemandangan Forbidden City. Entrance dia ikut musim. Dari April ke October (Spring - Summer - Autumn) harga tiket dalam RMB60 / RM40 gituu. Kalau korang visit November - March (Autumn - Winter - Spring) harga dia lebih murah (maybe sbb sejuk so tak ramai nak jenjalan) so harga entry dlm RMB40 / RM30 gitu. *Harga bukan harga student

Kalau korang nak tahu, entry ke Forbidden City ni mahal sbb dia sebenarnya adalah museum of palaces. Haaaa engkorang boleh imagine tak? Dia satu tempat besar ni yg ada replika palaces yg bersejarah kat China ni. Konsep dia mcm Taman Tamadun Islam gitu. Kalau jenis minat sejarah just nice la dtg sini. Tapi tempat ni sangat besar and ada sangat banyak replika so mmg takkan habis lawat semua punn. Pilih je mana2 yang berkenan untuk lihat.  

Dalam Forbidden City ni dia ada satu pintu masuk (Meridian Gate) and satu pintu keluar (Gate of Divine Prowess) sahaja. Ini bermakna anda tak boleh keluar dekat pintu masuk and tak boleh masuk kat pintu keluar HAHAHA. Dan aku bagitahu awal2 sbb info ini sangat berguna: kat pintu keluar Forbidden City tiada ye, tiada subway line ye wahai sahabat sahabat. Tapi ada bas yang lalu so silalah buat research untuk tempat yg anda nak pergi dari Forbidden City ke destinasi seterusnya agar anda tidak tersalah ambil bas. Dekat sini, bas dia ada conductor sbb selalu penuh. Dah la tourist attraction tapi takdak subway, memang gaduh a citer dia hahaha. So ketepikan bentar adab sopan tu, press yourself into the queue selagi mampu and jangan pisah dgn group anda sbb siapa je tahu bas seterusnya dtg bila since traffic pun quite heavy kat situ. 

Kalau korang berminat, dekat Forbidden City ni ada banyak buat tour guide service and they can speak so many languages. Pilih je yg mana. Kalau taknak ada tour guide juga korang ada option untuk sewa device yg bagi audio guide. Tapi aku kurang pasti psl harga dia sbb tak ambik. 

4. Temple of Heaven 

Temple of Heaven ni bagi aku cantik sangat sejuk mata memandang gituuu konsep dia. ToH ni kitorang visit masa hari ke-4 kitorang kat Beijing. Untuk sampai ke sini korang boleh naik Beijing Subway Line 5 ke Tiantan Dongmen (天坛东门). Kat sini kitorang spend masa yang agak lama sbb menarik tempat dia and banyak beli souvenir sbb murah2 and boleh tawar kaw-kaw punya.

Entrance fee dia around RMB15 / RM10 and sama juga macam yg lain, dia ada fee lain utk exhibit2 tertentu yang tentulah jugak aku tak bother untuk ambik muahahaha. 


Cantikkkkk :D

Kat Temple of Heaven ni la yg ada kedai yg korang boleh sewa utk pakai kostum org China for a period of time and kat sini juga ada banyak kedai souvenir. Aku tak pakai kostum sbb mahal bos. Tapi souvenir kat sini aku banyak beli hahahaha. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak lawat kat sini sbb kejar masa tapi percayalah, dalam semua tempat yg ada kat Beijing, ini paling lawa hehehe.

Dekat Temple of Heaven ni kan naik Line 5 subway, tak silap aku kalau korang stop dekat station Ciqikou, walking distance korang akan jumpa kedai makanan halal. Masa kitorang jumpa tu haha memang tak hengatt siap tapao lagi untuk makan esoknya hahaha. 

5. National Stadium 

Ingat tak 2008 Olympics kat Beijing? Ingat tak the famous Bird's Nest Stadium tu? Haaa kitorang sempat pergi situ and tengok sendiri the beauty of it. Entrance fee untuk tengok Bird's Nest Stadium tu free. Tapi kitorang tak masuk dlm stadium sbb that one ada bayaran sekali dgn tour so kitorang just bergambar dari luar je. Yang ini pun masuk tunjuk passport jer. Itu pasal bajet rendah kalau ikut itinerary aku dah semua tempat tunjuk passport je huahuahuah XD



Tu diaaa semua tempat yg kami lawat masa trip pergi Beijing tuu. 5 tempat ni semua kami lawat dlm masa 2 hari. Untuk pergi sini, naik Beijing Subway Line 8.

So skrg aku akan bg a few more tips untuk sesiapa yang nak melancong ke Tanah China ini. Silakan baca, harap bermanfaat.

b) Tips 

1) Solat
Dekat negara China ni nak solat susah sikit sbb mmg government rules tak boleh solat di tempat public. Untuk HK and Taiwan aku tak sure sbb belum pernah sampai tapi utk Mainland China, kalau boleh cari tempat2 yang betul betul tersembunyi utk menunaikan solat. Kalau darurat, solatlah duduk. InsyaAllah okay aja.

2) Cari souvenir
Orang China ni sangat terkenal dgn menjual barangan murah. Masa aku pergi Great Wall, dekat tepi2 jalan tu mmg banyak kedai souvenir. Cara nak beli, korang start dgn tanya harga "tuo shao chien" dan buat muka habis interested la yang kalau tak dapat tu mmg nak guling bom kat kedai punya interested. Pastu the first time dia sebut harga tu, sila nego sbb korang boleh dpt harga yang berganda murah dari harga asal yg dia sebut. Siryes, barang kat sini kalau souvenir atau jual tepi jalan murah2 je so jangan terus beli at first sight. 

Aku boleh cadangkan beberapa phrases utk nego. Caranya, mulakan dgn ckp korang takde duit, tak mampu dan lps tu baru acah2 sebut harga. Contoh:

"Oo, tai kui le. Wo mei you chien." <-- dekat sini dorang dah akan acah2 pujuk korang. Kalau tak pujuk, terus blah. Tapi kalau dia dah start pujuk, boleh nego lagi, asal jangan cancel nanti ngamok org dia kau dah nego sampai gajah terbang tapi tak beli. 

Bila dia dah start nak nego tu, korang nego lagi sampai lah dia dah sebut tu mcm 'ala aci kalau awak tak ambik harga ni saya rugi' then maksudnya tu paling lowest dia boleh bagi so angkat je. Kalau dlm condition mcm ni, mmg adat utk beli and susah nak dpt org kat kedai2 lain yg pujuk mcm org ni lagi dah.

Aku pernah beli satu silk robe dkt Great Wall tu harga dia RMB150, tapi aku nego sampai RMB70 sebab sebenarnya dia boleh je jual harga murah cuma dia tak tau korang tau. So nego je. Tak salah mencuba kann? ;)

Satu lagi tips bab beli souvenir ni ialah kalau korang terjumpa barang yg korang suka and korang rasa mahal, try nego pun tak nak bincang, teruskan jalan. Selalunya kat tempat2 macam ni, dorang terpaksa jual mahal sbb sewa kedai. So cuba tgk org2 tepi jalan yg selalunya jual barang sama tapi dgn harga yg jauh lagi murah. Contohnya aku pernah nak beli satu Tiananmen building kit ni, dkt bazaar dalam ToH sampai RMB80, keluar jauh sikit dari temple dia, ada yg RMB60, jalan lagi ada yg RMB40, dah hujung2 sampai park je nak dkt entry tu ada yg jual RMB25. So jangan putus asa cari souvenir murah okayyy :DD

3) Transportation
Bus dekat seluruh China ni rate dia sama mcm rapid, RMB2 je utk setiap ride tapi korang wajib prepare duit cukup2 sbb baki selalunya tak dikembalikan. Kalau nak naik subway, download lah awal2 app Beijing Metro Map sbb sangat useful. Senang nak cari public transport tapi kena sure dengan tempat yang korang nak pergi. Masa plan trip tu, study and screen shot semua jalan, line, number bas and landmark tempat tu. Kalau boleh, ingat bentuk tulisan cina dia sbb kadang2 korang akan encounter signboard yang takde pinyin atau english.

Note juga yang kalau korang sedang sesat and berteduh dkt bus stop (selalunya selamat sbb org lalu lalang), dont expect taxis to stop sbb dorang mmg takkan berhenti dkt bus stop. Just be patient for the bus to arrive yer. 

4) Culture
Orang dkt China ni kadang2 tak berapa hygienic, especially bab bab toilet. Susah sangat nak cari toilet yg bersih apatah lagi berbidet. So silakan la prep banyak2 wet tissues dgn tissues, cawan cebok atau botol air extra utk isi air andai korang perlu guna tandas. You will need those a lot. 

Also culture kat sini sangatlah berlainan dgn tatasusila orang negara kita. Kalau yg potong queue berlambak toksah citer. Kalau korang naik subway time peak hour, memang mcm Train To Busan dah situation dia so toksah nak acah2 berhemah sbb takde org layan, ekau je yang kena tinggal tren kekgi. Bila tgh nak naik tren, berebut supaya dpt tempat and dont chu care about what other people think. Tapi once dah board tu, kalau ada insan2 memerlukan then itu morally correct la utk korang bagi duduk. 

Kadang tu orang China ni agak peramah bila dia tengok orang pelik2 macam kita (sbb pakai tudung) so kalau kena sapa tapi tak tau nak ckp apa, boleh cakap "Wo shi Malaysia ren. Wo pu hui shuo hanyu. Wo ting pu tong." ha dah selesai nanti deme akan tinggalkan kome walaupun masih memandang mandang hahaha. Orang2 China ni juga tak kisah main langgar2. Kalau korang kena langgar bahu masa jalan etc and dia tak minta maaf tu namanya bukan takde manner bagi dorang, tapi itu cuma culture dia. So pergilah langgar semua orang kat stesen tu takdok yang nak marah tapi kalau kena marah hahaha padan muka ekau.

Selamat bercuti! :D

p/s: aku tahu pinyin (itulah cara belajar dkt sini pun) tapi kalau aku tulis exact pinyin utk korang refer kat post ni, aku kena include sekali pronounciation sbb cara dia sebut 'j' ,'z', 'c', 'q' tu tak mcm kita. So aku mudahkan (insyaAllah utk sama2 belajar juga) dgn menulis directly cara sebutan yg org sini faham.

Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan