Sabtu, 14 April 2018

Beijing Day 1 - Mutianyu Great Wall and Tips

Assalamualaikum and good day everyone. Pheww, dah lama gila tak blogging. Baca tak posting lepas2 yg macam acah nak komited dgn blogging tu? HAHA, acah bro acah. Tapi untuk menyedapkan hati ini, aku kenalah justify yg aku bukan malas (walhal memang malas) tapi lebih kepada takde ilham. Yelah, aku study kat MSU je, rutin aku pergi kelas, makan, balik, solat dan tidur je. Takkan nak buat entry yedokk? Haha okay jom kita fight, "bukan haritu acah nak buat challenge ke sbb taknak miss update blog?" Sekali lagi rakan-rakan, itu semua acah semata.

Tapi macam biasalah bila dah start menaip tu, kompem perenggan pertama tak pernah nak terus masuk point. Hmm. Jadi sebelum aku mengarang mengarut2 lagi baik aku terus straight to the point jelah sementara minda masih dalam kawalan.

Okay so harini kita nak cerita psl travel. Alhamdulillah aku diberi rezeki utk study overseas so modus la untuk pergi travel mana2 tempat berdekatan. Kepada sahabat handai yang follow aku kat insta tu sedia maklum yg sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran di China. Cerita macam mana boleh sampai ke sini tu nanti kita separate entry lain hokehhhh.

Previous winter which was my first winter ever, aku dgn a few of my friends pergi melancong ke Beijing. Iyalah bila dah sampai China, haruslah pergi Beijing kan, ia bukan sekadar capital city tapi ia juga tempat terletaknya The Great Wall of China yang korang tgk Matt Damon melompat lompat tu. Haaaa, maka sebab dah duduk dalam negara itu, aku idoklah melepaskan peluang untuk melihatnya dengan mata kepala sendiri. Haruslah haruslah haruslah kannnnnn.



So dalam entry ni akan aku ceritakan itinerary, budget dan tips untuk sampai dan have fun di Beijing. Tapi perlu diingatkan (disclaimer) bahawa aku punya itinerary dan tips tu applicable utk semua org tapi budget tu kenalah buat estimation balik since aku guna currency RMB dan aku depart pun dari Wuxi, China dan bukan dari Malaysia.

BEIJING, CHINA (FEBRUARY 2018)

Trip aku dan kawan-kawan ke Beijing secara kasarnya (termasuk pergi-balik) ialah 7 hari 5 malam. Ini adalah kerana kami buat budget trip yang sgt low cost so that boleh jimat and boleh shopping souvenir utk orang orang kampung halaman yang tercinta. Terkojut ko deme tengok kawe pergi Beijing sampai seminggu? HAHA tidak rakan rakan, itu namanya bukan budget trip kalau pergi sampai seminggu genap. Aku depart ke Beijing menaiki tren kos rendah (slow train) meredah perjalan selama 14 jam. Tiket murah train dari Wuxi-Beijing berharga RMB143.60 which equivalent to around RM80 gituu. Tapi itu tiket paling murah dan paling tak convenient. Tapi kami terpaksa ambik train tu sbb beza dia dgn bullet train yang maha selesa ialah beratus-ratus.

Di China ni untuk train kos rendah ada jual standing ticket whereas walaupun seat semua dah penuh, still boleh board tapi kena berdiri atau bawa kerusi sendiri. Aku book tiket 2 minggu awal tapi itu pun tak sempat dpt tiket duduk jadi aku tergolong antara org yg kena berdiri sepanjang 14 jam perjalanan. Tapi aku pepandai survive la kan duduk atas luggage. Asal sampai selamat hendaknyaa. So point dia kat sini ialah perjalan aku pergi balik je dah sehari sehari maka sebenarnya kami stay dekat Beijing tu 5 hari 3 malam jerr. Tapi insyaAllah kalau korang ikut itinerary / buat reference aku ni sempat lawat tempat femes yang org2 kita duk kabo kabo tuu.

So aku akan bahagikan entry ni kepada 2 parts supaya senang nak baca hokehh.

1) The Great Wall of China

So aku gerak dari Wuxi pada 19 Februari 2018, train jam 1930 malam. Aku arrive di Beijing Railway Station pada jam 0900 pagi waktu Beijing. Sesampainya di railway station tu kami terus shoot ke accommodation kami yang terletak di Jiangtai. Aku nak highlight kat sini yang aku amat berpuas hati dengan kawasan tempat tinggal ni sbb dia sangat public-transport accessible and senang juga nak route jalan ke tempat2 tourist attractions.

Kami depart dari rumah (AirBnb) awal gila, sekitar pukul 0830 pagi sbb Mutianyu Great Wall agak jauh dari Jiangtai. Dari Jiangtai, kami naik subway ke Dongzhimen. Sidenote, Great Wall ni ada banyak pintu masuk so once korang dah plan trip and dah book hotel, korang cari pintu masuk yg paling dekat dgn kawasan hotel korang. Kami tak tau yg Great Wall ada banyak pintu masuk. Esoknya tu baru tau wahh rupanya ada je pintu masuk yg dekat dengan Jiangtai, nama dia Badaling. Tapi kami tak pergi situ lah wahh kau nak pergi Great Wall dua kali terus jadi athlete negara la kalau gitu stamina ekau hahaha.

Dari Jiangtai ke Dongzhimen tu tidaklah jauh, macam naik LRT dari Subang Jaya ke KL Sentral je cuma ada 2 kali tukar line. Tapi Dongzhimen ke arah Mutianyu ambil masa 30 minit. Dongzhimen itu adalah transport hub dan dari situ, anda kena naik bas yang kira2 dalam RMB24 / RM15 approx. Nanti dlm lebih kurang 30 minit korang akan berhenti dkt satu bus stop. Dekat situ akan ada tourist guide yg akan offer korang naik limo straight ke main gate Mutianyu kira2 dalam RMB100 per limo. So naik la ramai2. Kalau pergi sorang ajak pakat la kawan sebelah dalam bas kalau idok meroyan kome balik daerah naik limo pergi pintu masuk aje dah RMB100.

Limo yang aku mention tadi warna hitam, dan org yang bawa tu pastikan dia pakai vest yang ada tertulis Beijing City Guide atau seangkatan dengannya. Limo hitam ni driver ni mmg designated so kalau kau pandai borak, minta la dia ambik korang dari Mutianyu balik ke bus stop lps dah habis merayau kat Great Wall tu. Kalau org baju biasa tu agak2 scam so kalau boleh elak. Ada juga bas terus ke Mutianyu which is bas H23 tapi dia punya frequency rendah so takut susah nak dpt. Terpulang pada budget masing2. Ada lagi satu option which is teksi kaler biru, tapi korang kena tahu cakap Mandarin utk bagitau location yg korang nak pergi. Teksi kaler biru ni lebih murah.

Perjalanan dari bus station tadi ke Mutianyu pula makan masa dalam 30 minit lagi. Tapi scenery dia cantik2. Kalau korang naik limo yg aku introduce tadi, dia akan suggest korang stop dekat satu kedai runcit utk beli air mineral which is very vital utk pendakian korang di Great Wall nanti sbb makanan, minuman dekat Great Wall amatlah mahal ye kawan kawan. Either bawa bekal air, atau beli je di pit stop itu.

Sesampainya korang di Mutianyu Great Wall itu, korang akan terus dibawa masuk oleh tourist guide yang tadi bawa limo untuk tolong korang beli tiket masuk. Hah bagus ke idok dia idoklah meninggalkan kalian lepas sampai Great Wall but dia tolong guide sampai korang tiba di kaki Great Wall ituuu.

Approximate rate korang utk masuk Great Wall ialah RMB40 which is around RM15 utk adult. Tiket aku murah sbb aku ada student card muahahaha. Kat sini, aku cadangkan korang ambik tiket shuttle round trip RMB15 / RM8 approx sbb kalau ekau nak berjalan dari pintu depan ke kaki gunung gamaknya ekau kena bermalam di sana sbb jauh anaknyeee. So ambiklah shuttle bus, dalam 20 minit sampai kaki gunung. Haaaa, sebelum ada budget travellers yang tak kira nak berjalan jugak, aku ingatkan la dari kaki gunung ke tower Great Wall tu ada dlm 1000 anak tangga, so takpe, takyah. Penat, jauh lagi. Naik je shuttle bus tu, murah. Kalau yang datang dgn family and ada warga emas, boleh naik cable car juga dalam approx RMB120/RM70. Untuk anak2 muda macam aku ni, aku cadangkan korang experience la jalan naik sendiri ke puncak Great Wall. Bila lagi kan kalau bukan time remaja gituuu.


Ini adalah pemandangan semasa pendakian. Memang tangga dia very steep and inconsistent so ngelak la rela pakai high heels utk ambik gambar sebab wa cakap luuu, memang penat. Kalau rasa perlu berhenti, take a break, duduk kat tepi2 memang ada sediakan meja and bangku. Slow, but steady ye kawan kawan. Korang kena ingat yg kita nak naik ke tempat yg tinggi so kadang tu boleh mengah. Jangan rushing, enjoy the hike ~~


Ini pemandangan dia bila korang dah sampai kat puncak atau dipanggil, Tower. Dekat Great Wall ni ada banyak tower and korang boleh jalan dari satu ke satu tower tu ikut kemampuan masing2. Aku? Naik satu tower je muahahahha.

Kan tadi ada mention, penat panjat Great Wall tu, tapi once korang dah sampai kat Tower tu, korang akan rasa best sebab the view is very breathtaking! Tolong la kalau datang China, make Great Wall one thing in your bucketlist :D


Nilah rupa dia Great Wall tu. Yeah, nampak macam benteng biasa. Tapi dari tower tu bila korang nampak betapa panjangnya Great Wall ni, korang akan amazed sangat dgn structure dia. It's soooo COOL!


Ni view from pendakian sebelum sampai ke Tower. 

2) Tips 

Okay so part 2 of post ni aku akan share sikit2 pasal tips utk sesiapa yang rasa mcm nak melancong ke Beijing. 

Language Barrier
So first and foremost, even if Beijing ni capital of China, majority of speakers kat sini speaks in Mandarin. Tak senang (tapi tak susah sangat) utk cari org yg boleh communicate in English. So beforehand, suggested korang buat research utk survival phrases yang insyaAllah aku akan buat in another entry. 

Kalau korang rasa korang dlm time constraint utk hafal2 phrases, korang boleh juga gunakan Google Translate untuk communicate dengan orang2 kat sana. Tapi expect a little bit of work sbb kekadang org kat sini malas nak layan kalau lambat2. At least, prep apa2 kemungkinan soalan yg korang nak tanya atau komoditi yang korang perlukan and terus translate dari rumah. 

Makanan Halal
So far masa kitorang stay di Beijing, dekat kawasan Jiangtai tu sendiri ada restoran makanan halal. And kawasan Beijing Railway Station pun ada a few restoran halal so alhamdulillah bab makanan halal kat Beijing ni senang cari. 

Hint: Keyword untuk cari makanan halal di China ialah (清真), refer logo ini (sebutan: Qing Zhen, cing jen)

Penginapan
For our trip, kitorang chose to stay kat airbnb because nak try, and very the murahhh and very the selesa. Tapi susah nak cari. As korang semua tahu, China tak pakai Google mcm kita so bila korang guna Google Maps untuk cari tempat2 terpencil, kadang2 tu dia tak updated atau tak accurate so make sure korang cari survival phrases yaa!

Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan dan sehati sejiwa, aku haruslah menyampaikan maklumat yang amat penting ini untuk membangunkan bangsa! Ecece acahh. Okay so straight to the point, dekat Beijing aku sarankan korang book hotel online before korang sampai. Jangan jadi traveller yang sampai sana baru nak cari hotel dsb. Ye aku tahu kita sukakan cabaran tapi bila kita datang ke negara orang yang bahasanya pun kita tak tau, maka eloklah kita dtg secara prepared. Pesanan aku sebegini adalah kerana amat susah ye, untuk foreigners dpt hotel murah dkt Beijing. Sangat susah. Hotel bersepah tapi kalau hotel2 budget yang kira2 bawah 3 stars tu mmg tak ambik foreigner as guests so silalah book online supaya korang tak penat mencari setelah mendarat.

Also, masa korang nak book hotel online juga sila buat research, baca review dan tgk house rules/side notes kat hotel tu. Pastikan hotel yg korang nak book tu terima foreigner okay. Sebab kita tak tau process refund ambil masa banyak mana lagi2 kalau kita dlm tight budget kann. So beware. Jangan cakap adik tak pesan yerrr.

Tempat-Tempat Melawat
Masa aku pergi Beijing, 5 hari tu just nice untuk cover semua tempat2 famous / tourist attractions yg common antaranya Great Wall (tak kisah pintu masuk mana mana), Forbidden City, Temple of Heaven, Bird's Nest Stadium, CCTV Headquarters dan Tiananmen. Untuk hari first aku sampai di Beijing, aku just rehat sbb perjalanan dah 14 jam dalam train low budget tu membutuhkan tenaga dan fizikal yang agak kental ye. Tapi untuk flyers, tak salah untuk terus mula travel. Tapi aku sarankan korang take a day break, ataupun just survey kedai2 makan halal. 

Second day aku mulakan visit ke Great Wall dan itu je tempat yang aku lawat untuk hari tu. Ini adalah kerana korang akan penat gila sbb mendaki dan untuk sampai ke puncak tu lama, kalau mmg orang2 biasa yg just dtg travel physically unfit and unprepared. Great Wall tutup pukul 5 so kalau korang jalan2 tempat lain then pergi petang maka rugilah kalau tak sempat duduk puncak and ambik gambar puas2 whilst kalau korang plan tempat lain after Great Wall ada probability yg korang nego utk postpone plan sebab penat dia tahap mintak gaduh beb hahaha.

Tempat lain lain tu semua tak susah nak pergi selagi ada subway station so boleh fit 2/3 tempat sehari. So letakkan Great Wall tu as a special ocassion yang dia sorang je korang lawat dalam satu hari tu.

Okaylah, aku rasa macam dah panjang entry ni. Aku harap korang manfaatkan sedikit sebanyak tips travel ke Beijing ni dan aku harap juga sedikit sebanyak ia membantu korang utk pastikan trip korang lancar. Kalau ada apa2 soalan lagi aku alu alukan dekat mana2 platform je as long as it helps yaa. InsyaAllah dengan kerajinan yang ada aku akan gagahkan diri untuk buat entry tentang tempat2 menarik yang aku visit di Beijing serta budgeting tips. Dalam next entry juga aku akan kepilkan tentang transportation etc. If korang nak baca apa2 lagi dlm next entry psl Beijing just ask, i'd be happy to help :D 

Selamat melancong!

Thank you for reading this entry :D

4 ulasan:

  1. nicenyaa wehh dinotttt!! missyouuu ❤️❤️❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. misyuuuu :'). nanti bgtau kawan2 aku ada buat tips pergi beijing tauu hahahaha XD

      Padam
  2. Good tips. rasa nak pergi Beijing lepas baca entry ni

    BalasPadam