Sabtu, 13 November 2021

programmer apa tak pandai maths ni?

assalamualaikum


aku pernah diceplek (not a word) sebab tak pandai maths tapi berangan nak jadi programmer and nak belajar computer science. selayaknya lah sebab maths aku pun jarang jarang sekali dapat A. maths kot bukan add maths. add maths apatah lagi, nasib baik tak fail je. 


sepanjang aku di high school, banyak aku dengar dari seniors la, cikgu, counselor sekolah dan lain lain. ada juga aku baca baca artikel yg cakap nak belajar comp science ni kena pandai maths. tapi entahlah, aku tak pernah rasa nak stop kejar cita cita aku. aku berlagak tau. walaupun orang orang yang cakap kat aku ni mostly berpengalaman dan berpengetahuan, aku still rasa mcm aku boleh je sebab aku pandai edit template blog so mesti aku boleh coding kan wkwkwkwk. 


dekat sekolah menengah aku pun ada kelas komputer. kelas tu takde grade pun, just lulus gagal je. takde impact sangat dekat result tapi aku bagi 150% attention dan commitment dalam kelas tu. kelas lain aku tidoq. takde orang akan minta aku ajarkan sejarah ke, physics ke, add maths apatah lagi. kelas computer tu je aku dijulang julang seperti mark zuckerberg HAHAHA cakap besar. 



ni la kerja yang dikatakan tak pandai maths, tak boleh buat




salah satu syllabus kelas tu ialah visual basic (yang totally different daripada edit template blog) dan masa tu pun aku still ace the class so aku pun lagi berlagak la. persetankan semua kata kata yang tak pandai maths tak boleh belajar comp science, tak boleh jadi programmer. akan ku buktikan hypothesis itu salah!


habis spm je, aku tanpa fikir 2-3 kali, aku apply untuk join asasi IT/computer science dan dapat tempat dekat msu untuk foundation in IT. masa masuk tu la baru aku ketaq lutut. macam mana kalau orang lain dalam asasi ni memang letops maths? mcm mana kalau aku sorang yang tak faham lecture? 


tapi bila aku belajar dalam asasi tu, tanpa menggunakan apa2 kepakaran matematik pun, aku berjaya habiskan foundation dgn cgpa 3.8 mcm tu. ironically, subject maths la yang membuatkan pointer aku tak 4 flat lolz. namun begitu, subject programming semua aku A. so aku dah halfway through nak debunk myth yang orang tak pandai maths ni tak boleh jadi programmer.


sejujurnya aku tak tau apa yang buat orang draw conclusion mcm tu, tapi kepada sesiapa yang kero maths tapi nak jadi programmer, take it from me yang korang boleh je. sampai sekarang maths aku masih tak power tapi alhamdulillah, aku berjaya jadi seorang programmer. kau boleh je google, guna calculator dan sebagainya, doesn't really have to rely on u pandai maths ke tak.


plus, programming ni ada banyak cabang. ada mobile development, web development, AI, IoT, data science, big data dsb. ada pula division front-end, back-end. malas la nak explain, ini bukan kelas introduction to programming wkwkwkwk. 100% of the time, it's not your math skills that counts tapi ability utk kau solve problem dan create algorithm.




salah satu project persendirian yang tak gunakan maths lansung



ia juga mobile-friendly :D





macam aku, aku adalah seorang web developer dan aku lebih kepada front-end (user facing, ui/ux). so memang boleh dikatakan kalau aku tak pandai maths lansung pun aku boleh je survive. cuma kena faham konsep language/technology stack yang kau guna untuk produce result yang sepatutnya. this job relies on my brain to understand how to use certain framework/library and translate a design into code. ini berfokus kepada problem solving. imagine, ui/ux designer gunakan tool lukis lukis, drag and drop (mcm photoshop/illustrator/adobe xd/figma) dan aku akan recreate hasil tangan mereka melalui lines and lines of codes.



 


contoh flow kerja aku -- designer buat design, aku translate the design into code :D



walaupun penciptaan algorithm dan maths adalah tidak exclusive of each other,kalau kau tak pandai maths, kau still boleh create algorithm kerana semua formula dan method of calculation kau boleh google je. fokus utamanya ialah problem solving. ability to solve a problem itu boleh dilatih melalui pelbagai cara yang tak semestinya maths contohnya main sudoku, puzzles dan lain lain.




contoh code repo (personal project aku)

 


in short,


1. kita kena cari pendapat/nasihat. tapi ia tak 100% control decision kita


it's good untuk cari second opinion bila kita tak tau tentang sesuatu. tapi take it from me, apa apa je cita cita kau, as long as you are confident in it, it's okay to defy all the other opinions. boleh katakan almost everyone around me cakap aku kena improve maths aku dulu before finalize decision nak belajar comp science and yes i did, tapi i didn't really excel in it dan sampai sekarang aku jadi je programmer. function pulak tu dalam team. perform jugak la buat task jarang tak deliver ecehhh berlagak kan lol. ini bukan berlagak, ini doa kekekeke


you should have your stand. whatever opinion orang bagi should not be the deciding factor. ia cuma patut jadi guideline je. kalau kau nak jadi apa apa sekalipun, ingat yang pengalaman orang tak sama. u can create your own experience and conclusion.




antara hasil code aku yang digunakan dalam project hikhik



namun begitu, aku tak mau juga cakap yang maths itu lansung tak penting. mcm aku cakap di atas, programming ni ada banyak cabang. kalau nak masuk data science, machine learning mungkin kena ada basis yang lebih kukuh. but you don't have to master everything before you dive into this career path, you can always learn along the way. seek advice or opinion from the person that have experience in what you wanna pursue. as for me, i'm a web developer so most of my knowledge is based on what i do for my job.



kalau ada dengar counselor cakap tak boleh belajar comp science sebab result maths tak gempak, tunjuk kat counselor tu entry ni. kbye ahaks 


Thank you for reading this entry :D


click here to visit my portfolio and my linkedin and my github

Sabtu, 6 November 2021

skincare dump part 1: cleansers and toners

assalamualaikum


aku ada bestie, nama dia era. era ni memang obses dengan skincare, haircare, segala jenis care la kan. masa aku mula kenal dia in 2016, kulit aku memang problematic. jerawat di mana mana, kusam apatah lagi. so bila aku tahu yang dia ni memang suka skincare and ada knowledge tentang tu, aku selalu tanya dia pasal mcm mana nak improve skin aku. tanya jelah, belum tentu dalam 10 yang dia nasihat tu semua aku ikut trololololol. anyways! thank u era!


bila aku dah start ikut apa yang era share dengan aku termasuk tips dia research skincare dia semua, alhamdulillah kulit aku improve. aku cakap improve tau bukan tetibe flawless ahaks. kenapa tak flawless tu kena baca balik ayat second last dalam perenggan atas kekeke. disamping kulit aku makin kurang jerawat dan parut, aku juga telah berjangkit dengan obsession terhadap skincare seperti era. 


okay takyah cerita panjang, let me share some reviews for the cleansers and toners that i have used!


  CLEANSERS  



1. biore oil cleanser






sebelum aku develop habit pakai sunscreen every day walaupun duduk rumah, oil cleanser ni bukan staple dalam rutin harian aku. time mekap je guna. and so far aku pernah guna satu ni je and always repeat yang ni. 

for me, bila guna cara emulsification tu, it gets the job done. bila aku buat double cleansing, memang boleh nampak improvement kat skin bila jerawat dah tak tumbuh. aku concludekan sebab muka tu betul bersih la kan. tak buat aku breakout.


rating: 5/5
tahan setahun miahahaha



2. simple refreshing facial wash






this one stuck with me. pernah try banyak cleanser tapi yang ni paling best. texture dia gel so dia kurang/takde buih. takde rasa kulit tu stretched bila pakai. aku selalu lather dalam 30 secs. dia tak foamy so tak pedih mata. bila basuh muka tu tak rasa terik, so i conclude dia tak buat kulit aku kering. skrg aku tengah try lain tapi macam dah boleh agak lepas cleanser yang sekarang ni habis akan repeat simple ni hehe. 


key ingredient ialah panthenol sebagai soothing ingredient, mungkin juga factor kenapa kulit tak rasa tegang bila guna. tiada bahan active so it's a very mild cleanser.


simple refreshing facial wash 
brand: simple
size: 150ml (lasts for 2 months)
price: rm15 at watsons
texture: gel


rating: 5/5



3. innisfree bija trouble facial foam






ini cleanser pertama yang aku pakai based on suggestion from era. sama juga macam simple tu, tak buat kulit rasa stretched lepas bilas. aku rasa dia betul2 cleanse kulit aku la sebab ni titik permulaan kulit aku dah tak tumbuh jerawat banyak sangat. salicylic acid is one of the main ingredients dalam cleanser ni which is good for oily, acne-prone skin. no need to worry much about bha here sebab ini cleanser, kita pakai less than 30 secs and wash away so it shouldnt cause purging. disamping itu, cleanser ini juga ada glycerin as it's second ingredient, mungkin sebab itu muka tak rasa ketat bila guna? ada juga butylene glycol for the same function, utk attract air == increase hydration in skin. 



innisfree bija trouble facial form
brand: innisfree
size: 150ml (lasts for 3 months)
price: rm21.90 on shopee
texture: foamy


rating: 4/5



4. innisfree rebalancing 5.5 cleanser with blueberry






yang ni banyak sangat review positive aku baca kat internet. tapi kan, dekat kulit aku k.o huhu. sometimes rasa panas muka bila pakai, and also ada effect kering bila bilas. i guess ingredient yang tak sesuai dengan kulit aku ialah citrus (orange) peel oil. so kalau u guys may have to look out for this ingredient in case kulit korang pun tak sesuai. kena disclaim sikit. product ni tak kena dengan kulit aku, tapi sangat banyak positive review dia so i guess u have to try to know if it suits your skin.


star ingredient ialah blueberry extract, it's supposed to be a soothing ingredient but watch out if your skin cannot tolerate blueberry. antara ingredients lain yang mungkin menyebabkan irritation atau ketidak sesuaian ialah lavender oil. this cleanser juga contains fragrance. 


perlu diingatkan sekali lagi yang despite what i listed to watch out, this cleanser has so many good reviews from people with different skin conditions so the effect may vary according to your skin reaction to specific ingredients.


innisfree rebalancing 5.5 cleanser with blueberry
brand: innisfree
size: 100ml
price: rm15.00 on shopee
texture: foamy


rating: 2/5



5. kayman coalface soap






ni first local product yang aku pakai. for me, so close dengan simple tadi. tak tegang kulit, and memang proven bersih kulit aku. time pakai dia pun kulit aku tak banyak naik jerawat == bersih. cumanya experience dia tu tak best la sebab dia bar soap. aku macam susah sikit nak lather dia and apply on my skin. aku try juga cleanser version of this product tapi rasanya sudah discontinued dan diganti dengan coalberry cleanser. 


ingredient list sangat simple jadi very low chance untuk product ni tak sesuai dengan kulit korang. star ingredientnya ialah activated charcoal which was supposed to act as a mild scrub, so memang this soap will function great as a deep cleanser. selain itu, product ini juga mengandungi honey and glycerin untuk sooth and moisturize the skin! 


kayman coalface soap
brand: kayman
size: i think it's 50g? (a quarter lasts for half a month)
price: rm35 on shopee


rating: 4/5 (would give 5/5 if it's a liquid cleanser)



  TONERS  



1. acwell licorice ph balancing toner






honestly yang ni best sangat. walaupun dia tak advertised as hydrating toner, for me it works wonders. masa ni aku tak guna dia bersama apa apa serum/essence pun. just commit pakai sunscreen and it does buat orang tegur yang kulit nampak bersih. i guess it works to brighten my skin. application pun smooth, buat 1-2 layers pun kulit dah rasa hydrated. bila seal dengan moisturizer esok pagi memang kulit aku ada effect toink toink. this one's nice.


star ingredientnya ialah licorice root extract yang sangat soothing dan ia juga berfungsi sebagai antioxidant yang membantu penghasilan collagen! yang lagi mantap, this toner ada lagi satu ingredient yang berfungsi sebagai antioxidant iaitu green tea! green tea bagus untuk diminum dan juga untuk kulit! selain itu, licorice root extract ini juga ada fungsi untuk brighten our skin, imagine using it with daily use of sunscreen. mesti mantap sangat!


if there is one ingredient to watch out for sensitive skin mungkin bergamot fruit oil. for me, it doesn't have any bad effects selain daripada yang baik baik sahaja.



acwell licorice ph balancing toner
brand: acwell
size: 150ml (lasts for 2 and a half months)
price: rm29.80 on shopee
texture: watery


rating: 5/5



2. etude house soon jung ph5.5 relief toner





this one best la juga. pakai 3-4 layer baru rasa hydrating honestly. tapi aku tak puas la pakai toner ni hahaha. rasa macam tak cukup hydration. dia takde effect toink toink bila aku bangun pagi. rasanya dia memang functions for hydrating je, tapi sepatutnya bila hydration tip top, kulit pun akan nampak *glowy* dan bright sikit. tapi doesn't work for me. untuk buat kulit rasa tak terlalu berminyak je. maybe kena pakai 6-7 layers? dalam itu pun dah 2 kali aku repeat toner ni sebenaqnya trololol.


ingredient list dia pendek dan straightforward, penuh dengan antioxidant, moisturizing dan soothing ingredients. antaranya madecassoside, glycerin, panthenol dan butylene glycol. mungkin untuk oily skin masih tak berapa nak mantap? not sure about this. tapi yang bestnya, toner ni free of fragrance!



etude house soon jung ph5.5 relief toner
brand: etude house
size: 200ml (lasts for up to 3 months)
price: rm37 on shopee
texture: watery


rating: 3/5



3. pyungkang yul essence toner






ini pun vavavoom! best sangat! 1-2 layers pun rasa hydrating. maybe sebab consistency dia lebih pekat. bila dab dab on skin memang rasa puas. ini pun ada effect toink toink kat kulit aku masa aku pakai. cuma orang tak tegur la kulit nampak lagi cantik ke apa tapi diri sendiri rasa seronok pakai ni. mungkin bila pair dengan alpha arbutin or vitamin c akan lagi mantap? nanti kita cuba lagi sebab worth repeating!


selaras dengan effectiveness of this toner, ingredient list dia juga sungguh pendek dan straightforward. padat dengan emollients dan humectants! no wonder memang kulit jadi toink toink. toner ni memang mantap sangat!


pyunkang yul essence toner
brand: pyunkang yul
size: 100ml (lasts for 3 months)
price: rm32
texture: thick water? (lol)


rating: 5/5



4. hada labo hydrating lotion (light)







yang ni macam so close dgn effect yang acwell and pyunkang yul had on me. ni toner pertama aku jugak. for me, dia bagus untuk hydration sbb muka mmg tak rasa ketat and berminyak. cuma kena pakai berlayer layer jugak. maybe aku kena try rich punya kot? for me, okay okay jelah. takde apa nak puji or complain sangat.


star ingredient toner ini ialah glycerin dan sodium hyaluronate. tapi glycerin pun di tempat keempat and sodium hyaluronate pun di tempat terakhir so mungkin sebab itu yang light ni betul betul light~~. tak sure nak cakap mungkin formulation ini terbaik untuk oily skin? tapi bagi aku, my oily skin needs more hahaha.


hada labo gokujyun hydating lotion (light)
brand: hada labo
size: 170ml (lasts up to 4 months)
price: rm46.19 on shopee
texture: watery


rating: 3/5


---


hahaha nampak tak obsesi skincare aku? ni baru cleanser dengan toner, belum lagi moisturizer, serum, essence semua hahaha. tengoklah berapa part nanti entry berkaitan ni.
 


Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 30 Oktober 2021

kompang dipalu, pengantin baru (ke?)

Assalamualaikum

Yeayy dah setahun kahwin. kau tak percaya? aku pun sama! HAHAHAHA. aku masih lagi ingat masa umur 16-17 gitu gatal nak kahwin. asal buka topik borak dgn gegirls ni mesti mesti mesti pasal kahwin. kalau tak pasal kahwin mesti mengumpat (ehh?). cikgu2 aku cakap lagi geletis lagi lewat kahwin. selalu orang kahwin awal ni dia senyap2 je tau tau kahwin gitu. so aku pun tukar la dalam diary aku, daripada target nak kahwin tahun 2020 aku tukar jadi 2026 trololol. 


geli hati bila belek diary masa sekolah duk conteng2 buat kad kahwin dalam tu. menggeletis tahu. tak dapat boyfriend masa sekolah, aku tak berhenti berusaha masa masuk uni HAHAHA. tapi biasalah remaja belia ni, tak lari dari hati tersakiti. so after a few bad relationships, aku pun decide nak kahwin masa umur aku 28 la. dalam otak aku masa tu dah kerja, dah kaya, dah ada kereta sendiri and mungkin husband aku tu member tempat kerja. see, lepas tersakiti pun masih menggeletis, cuma delay tarikh je lol! biasalah remaja kekeke.


so tanpa cerita panjang, dalam setahun lepas aku dgn hazim bercinta tu, aku beranikan diri la nak tanya parents aku pasal nak kahwin. masa ni masih belajar kat china. berani la tu nak cakap pasal kahwin sebab duduk jauh dari family kihkihkih. setelah cadangan aku ditolak, aku pun nangis dan kecewa la muahahaha. kalau happy tu macam tak normal jer erkk hahaha.


pastu fast forward balik malaysia, kenal2 dgn family hazim. hazim sendiri pun tak berat hati nak datang kelantan kenal2 family aku. tak sure la apa jadi lepas tu tau tau je hazim dah discuss dgn parents dia psl nak pinang aku. ingat tak berapa kali aku mengaku gedik kat atas sinun? hello of course i say yes! HAHAHA. 






family hazim lebih suka awalkan kahwin ni while family aku mcm nak ada 6 months to 1 year gap sebelum kahwin. so sebelum rombongan tu, hazim dah plan elok2 dgn bapak dia, nak nego juga utk kasi kahwin tahun yang sama. tunang bulan 8, plan nak kahwin bulan 11. cuba teka apa jadi? sudah tentulah diminta delay ke tahun depannya muahahaha. tak silap aku masa tu both family agree la nak jadikan bulan 1 or 2 tahun 2021 tu utk kahwin. ceh nak kahwin lambat lagi tapi cincin pergi juga beli dulu yekyek.


sepulangnya kami dari beli cincin tu, tiba2 aku nampak abah, matok, mama, along and sue aku (ramai la pulak geng geng bawang) duk berkumpul dan bercakapan di tetangga rumah agam iteww. aku ngan hazim pi melantak nasi kenduri tunang kat dapoq sambil main dgn anak2 sedara. tiba2 dipanggil oleh sue kedepan untuk join orang2 tua bercakap.


alhamdulillah dengan kuasa tuhan, family aku berbesar hati untuk tetapkan tarikh kahwin kami jadi 30 oktober, the same year. imagine perasaan happy tu macam tak boleh nak ungkap. imagine kita plan nak kahwin dgn orang yang kita sayang bulan 11, family decide bulan 2 next year, Allah plan bulan 10 the same year. even earlier than what we wanted. alhamdulillah syukur.


maka lepas genap dua bulan kami bertunang, akhirnya disatukan sebagai husband and wife pada 30 oktober 2020. alhamdulillah. what a beautiful day!






esoknya on the 31st, kami buat majlis sanding kecil kecilan sekadar menjemput family terdekat and kawan2 abah mama. kawan2 aku sendiri pun ada dari sekolah rendah ke sekolah menengah. best dapat jamu korang! 







aku ni memang la ajet ajet je nak pakai 2 persalinan untuk sanding hahaha. sebabnya, aku ni memang dari awal dewasa sangat bercita-cita nak kahwin pakai set songket traditional from head to toe. masa bersanding sesuwei la. kalau nak outdoor kena la mcm ada element element princess sikit. so persalinan kedua tu songket juga, tapi mcm dress. untuk sanding color hijau zamrud macam tu, utk photoshoot and potong cake warna purple lilac mcm tu. ahh so cute!










selalunya adat dia lepas kahwin mesti nak honeymoon kan, tapi apakan daya jadi pengantin atas pagar pkp ni, takdenya nak kemana mana. jangankan maldives, penang pun tak sampai. so just for the sake of it, kitorang pergi staycation je di KL. takpelah yg penting boleh luangkan masa berdua. disebabkan hazim memang kenal aku ni pencinta burung dan itik, dia bawa aku ke bird park. i was so happy!!






insyaAllah ada rezeki in the future boleh honeymoon for real di penang and maldives. takpelah dah bertahun kahwin pun hihihihi.


aku rasa kahwin aku macam simple simple je. malam berinai pun pakai kaftan aje. then nikah tu mula2 aku pilih baju tapi hati aku ni macam tak suka. last minute beli kain kat jakel untuk custom baju nikah. nasib baik tailor mama power. siap dalam masa 3 hari je beb! ni semua sebab aku terpengaruh dengan baju nikah mira filzah ahaks. 











baju nikah pun simple tapi puas hati. baju sanding dgn photoshoot la mcm overr sikit tapi itulah dia, kahwin cuma sekali so buat la sampai happy! honeymoon lagi la simple beb. 2 hari 1 malam jek, dekat KL pulak tu hikhik. yang aku tak puas hati ialah sebab aku *gems gems* sepanjang jadi pengantin tu. ciskek betoi!



sekian la entry panjang dengan gambar2 perasan cantik dari aku. jangan menyampah ye dah setahun kahwin baru gedik nak post kat blog wkwkwkwk. reception belum lagi ni, itu punya confirm entry lain lulz! anggaplah entry sempena anniversary perempuan jakun ahahaha. bye alls!


Thank you for reading this entry :D