Assalamualaikum
Yeayy dah setahun kahwin. kau tak percaya? aku pun sama! HAHAHAHA. aku masih lagi ingat masa umur 16-17 gitu gatal nak kahwin. asal buka topik borak dgn gegirls ni mesti mesti mesti pasal kahwin. kalau tak pasal kahwin mesti mengumpat (ehh?). cikgu2 aku cakap lagi geletis lagi lewat kahwin. selalu orang kahwin awal ni dia senyap2 je tau tau kahwin gitu. so aku pun tukar la dalam diary aku, daripada target nak kahwin tahun 2020 aku tukar jadi 2026 trololol.
geli hati bila belek diary masa sekolah duk conteng2 buat kad kahwin dalam tu. menggeletis tahu. tak dapat boyfriend masa sekolah, aku tak berhenti berusaha masa masuk uni HAHAHA. tapi biasalah remaja belia ni, tak lari dari hati tersakiti. so after a few bad relationships, aku pun decide nak kahwin masa umur aku 28 la. dalam otak aku masa tu dah kerja, dah kaya, dah ada kereta sendiri and mungkin husband aku tu member tempat kerja. see, lepas tersakiti pun masih menggeletis, cuma delay tarikh je lol! biasalah remaja kekeke.
so tanpa cerita panjang, dalam setahun lepas aku dgn hazim bercinta tu, aku beranikan diri la nak tanya parents aku pasal nak kahwin. masa ni masih belajar kat china. berani la tu nak cakap pasal kahwin sebab duduk jauh dari family kihkihkih. setelah cadangan aku ditolak, aku pun nangis dan kecewa la muahahaha. kalau happy tu macam tak normal jer erkk hahaha.
pastu fast forward balik malaysia, kenal2 dgn family hazim. hazim sendiri pun tak berat hati nak datang kelantan kenal2 family aku. tak sure la apa jadi lepas tu tau tau je hazim dah discuss dgn parents dia psl nak pinang aku. ingat tak berapa kali aku mengaku gedik kat atas sinun? hello of course i say yes! HAHAHA.
family hazim lebih suka awalkan kahwin ni while family aku mcm nak ada 6 months to 1 year gap sebelum kahwin. so sebelum rombongan tu, hazim dah plan elok2 dgn bapak dia, nak nego juga utk kasi kahwin tahun yang sama. tunang bulan 8, plan nak kahwin bulan 11. cuba teka apa jadi? sudah tentulah diminta delay ke tahun depannya muahahaha. tak silap aku masa tu both family agree la nak jadikan bulan 1 or 2 tahun 2021 tu utk kahwin. ceh nak kahwin lambat lagi tapi cincin pergi juga beli dulu yekyek.
sepulangnya kami dari beli cincin tu, tiba2 aku nampak abah, matok, mama, along and sue aku (ramai la pulak geng geng bawang) duk berkumpul dan bercakapan di tetangga rumah agam iteww. aku ngan hazim pi melantak nasi kenduri tunang kat dapoq sambil main dgn anak2 sedara. tiba2 dipanggil oleh sue kedepan untuk join orang2 tua bercakap.
alhamdulillah dengan kuasa tuhan, family aku berbesar hati untuk tetapkan tarikh kahwin kami jadi 30 oktober, the same year. imagine perasaan happy tu macam tak boleh nak ungkap. imagine kita plan nak kahwin dgn orang yang kita sayang bulan 11, family decide bulan 2 next year, Allah plan bulan 10 the same year. even earlier than what we wanted. alhamdulillah syukur.
maka lepas genap dua bulan kami bertunang, akhirnya disatukan sebagai husband and wife pada 30 oktober 2020. alhamdulillah. what a beautiful day!
esoknya on the 31st, kami buat majlis sanding kecil kecilan sekadar menjemput family terdekat and kawan2 abah mama. kawan2 aku sendiri pun ada dari sekolah rendah ke sekolah menengah. best dapat jamu korang!
aku ni memang la ajet ajet je nak pakai 2 persalinan untuk sanding hahaha. sebabnya, aku ni memang dari awal dewasa sangat bercita-cita nak kahwin pakai set songket traditional from head to toe. masa bersanding sesuwei la. kalau nak outdoor kena la mcm ada element element princess sikit. so persalinan kedua tu songket juga, tapi mcm dress. untuk sanding color hijau zamrud macam tu, utk photoshoot and potong cake warna purple lilac mcm tu. ahh so cute!
selalunya adat dia lepas kahwin mesti nak honeymoon kan, tapi apakan daya jadi pengantin atas pagar pkp ni, takdenya nak kemana mana. jangankan maldives, penang pun tak sampai. so just for the sake of it, kitorang pergi staycation je di KL. takpelah yg penting boleh luangkan masa berdua. disebabkan hazim memang kenal aku ni pencinta burung dan itik, dia bawa aku ke bird park. i was so happy!!
insyaAllah ada rezeki in the future boleh honeymoon for real di penang and maldives. takpelah dah bertahun kahwin pun hihihihi.
aku rasa kahwin aku macam simple simple je. malam berinai pun pakai kaftan aje. then nikah tu mula2 aku pilih baju tapi hati aku ni macam tak suka. last minute beli kain kat jakel untuk custom baju nikah. nasib baik tailor mama power. siap dalam masa 3 hari je beb! ni semua sebab aku terpengaruh dengan baju nikah mira filzah ahaks.
baju nikah pun simple tapi puas hati. baju sanding dgn photoshoot la mcm overr sikit tapi itulah dia, kahwin cuma sekali so buat la sampai happy! honeymoon lagi la simple beb. 2 hari 1 malam jek, dekat KL pulak tu hikhik. yang aku tak puas hati ialah sebab aku *gems gems* sepanjang jadi pengantin tu. ciskek betoi!
sekian la entry panjang dengan gambar2 perasan cantik dari aku. jangan menyampah ye dah setahun kahwin baru gedik nak post kat blog wkwkwkwk. reception belum lagi ni, itu punya confirm entry lain lulz! anggaplah entry sempena anniversary perempuan jakun ahahaha. bye alls!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan