Ahad, 3 Oktober 2021

inside joke

Assalamualaikum

post sempena 4 tahun bercinta


dalam hidup ni, jaranglah takde pasangan, family atau kawan. setiap orang mesti ada. eheks yakin je aku. entah2 ada je orang yang memang keseorangan je sepanjang kehidupan. tapi harap harap taklah. boleh dipresi kalau macam tu!


bila kita ada orang disekeliling ni, we are prone to build close relationship with a part of the group. tak kiralah rapat dengan parents sendiri ke, adik beradik ke, housemate ke, husband dan sebagainya. dan apabila kita ada close-knit relationship ni, kita mesti ada satu benda tu yang kita sama kita je tau, and each time kita cakap pasal dia, akan rasa nostalgic. 


contoh maybe masa darjah satu pernah bonceng motor dengan abah, lepastu terbabas masuk parit sebab kena kejar dengan anjing kilang. bila cakap balik, akan mengimbau kenangan. sama la jugak maybe kita ada love language kita sendiri dengan mak kita, bila birthday dia je kita selalu masak ayam masak lemak kan. bila kita buat benda tu, kita dan mak rasa special. apa apa jelah. tapi mesti ada these stuffs.


tapi yang paling best tu bila dalam close circle kita ada inside joke yang kita sama kita je gelak macam mak lampir bila berbicara tentangnya. tak kisahlah if it's selalu exchange dad jokes dengan member2 ke, joget macam gorila bila sampai kedai mamak ke, mahupun pertandingan kentut berirama. pokok pangkalnya, jokes ni kita sama kita je tahu.



ada juga yang jenis suka bertukar dad jokes. macam aku kekeke




bagi aku inside joke ni adalah salah satu factor pengikat silaturrahim sebab bila kita berjenaka, kita buat orang gelak and vice versa. bila kita gelak, kita happy. perasaan happy yang impromptu associated with good memories implanted dalam otak dan hati kita. contoh ada stranger ni kentut dengan nada lagu rihanna katakan, bila kita dengar, auto teringat member yang suka kentut berirama dengan kita tu. pastu kita pun terfikir pasal the good times dengan dia. 






dalam marriage aku pun ada our own love language and inside jokes ni. setiap kali hazim buat, aku mesti tergelak comel sambil cover mulut wkwkwk. tipu je, semestinya aku mengilai. so bila aku bergelak ketawa, reflex badan aku akan auto peluk dia. so automatic kat situ ada spark of love. ibarat macam topup perasaan sayang tu setiap hari.


pokok pangkalnya ialah, appreciate the inside jokes among your circle. mustahil tak ada. cuba ingat balik memori memori dalam berkeluarga dan bersahabat. mesti ada. cherish it. appreciate the people who make you laugh <3


Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan