Sabtu, 16 Oktober 2021

tak berkelip mata tengok cerita ni

assalamualaikum


aku ni suka tengok netflix. tak semestinya netflix jelah, movie ke tv series ke, cartoon ke. anime je aku kureng layan sikit. dari aku sekolah menengah aku dah sokong pirated entertainment dengan menggunakan torrent hang tau dak? dulu abah aku belikan aku external, dalam tu penuh cerita cerita dengan lagu je. sungguh tak berilmiah. pastu kawan2 aku pun copy copy la cerita daripada aku. zaman ni aku takde netflix lagi so pirate jelah mampu.


benda ni berterusan hinggalah sekarang yakni aku memang suka tengok cerita. dari kecik pun aku sangat suka menghadap tv tengok kartun. antara cerita2 favorite aku ialah hannah montana, wizards of waverly place, the suite life of zack and cody dan banyak lagi. semua aku memang tengok tv tahap mengadap la weyy.


so disebabkan aku suka tengok cerita, aku dah ada satu bar ni yang determine if a story is better than the other atau as good as the other. aku tau tak boleh compare bla bla~~ tapi sukahati aku la haks. bagi aku, bagi aku yerr, cerita yang sedap tu mestilah buat aku rasa nak binge, buat aku rasa nak repeat, and buat aku rasa malas nak pi kencing di tengah tengah episode. 


antara syarat syarat lain untuk cerita cerita ni sampai ke bar aku ialah ia mestilah mempunyai plot yang menarik, plot twist nya tidak mengarut, wataknya tidak diprotect oleh plot armors dan ia mestilah tidak ada irrelevant scenes gituhh. mantap tak kriteria judging aku? wkwkwk.


jadi marilah baca aku review beberapa cerita yang bagi aku mantap lagi jitu and u guys should watch it hehe.


1. squid game






hihi masuk aje list kan mentang mentang cerita ni tengah letops hikhiksss.


tidak tidak, aku ikhlas suka cerita ni. memang aku addicted tahap binge waktu weekdays, ko hado? bagi aku, dia ada tema, and setiap episode dia kena dengan tema. takde watak yang protected dgn plot armor sebabnya writing dia bagus, dia bagi kita backstory yang intact. bagi aku juga takde scene character building atau backstory yang irrelevant, semuanya matches with what happens next and before. 


cumanya, aku rasa plot revelation dia boring and dah being overused. aku ada lagi satu plot revelation (buah fikiran sendiri) yang aku rasa lebih sesuai. disebabkan resolution inilah squid game hilang satu point daripada aku. macam la pengarah dia kisah kan kekekeke.


since squid game is identified as thriller, it really is thrilling. bagi aku gore dia level level okay la, tak perlu tutup mata. 


rating: 9/10



2. narcos (all seasons including narcos mexico)






aku sebenarnya tak sangka aku akan suka cerita ni. mula mula aku tgh main sims, hazim tgh tengok narcos kat sebelah. every few minutes aku akan pusing ke arah dia untuk tengok narcos tu. lama2 aku tinggalkan sims dan tumpukan sepenuh perhatian dekat narcos. masa tu episode 3. aku suruh hazim pusing balik kekeke. jarang tu aku memilih untuk pause main sims demi sesuatu yang lain. 


cerita dia action packed, and plot twist dia memang la buat aku gasping for air. sangat mantap. storytelling dan character building pun sangat logical and uniform, takde plot yang overlap macam eh haritu lain harini lain. takde. especially season 1 and 2. yang aku nak puji ialah story progression dia gradual, so dia buat aku rasa macam oh no something bad is gonna happen soon.


sama macam squid game, narcos tak menggunakan plot armor untuk character progression, tak perlu buat unbelievable scene untuk protect a character. kalau siapa nak mampos silakan, mamposkan saja watak watak itu. ada quite a few nudity scenes.


narcos is action-packed and have some dark themes. choreography are tremendously amazing. gore dia pun beshe beshe je. takde tahap tutup mata.


rating: 8/10 (average of all seasons)



3. breaking bad





cerita ni-- sangat emotional la. aku marah marah tengok cerita ni. dia buat character values yang sangat realistic. nobody is perfect, takde yang totally bijak dan takde yang totally bodoh. just when you hope dah this character cannot do any worse, he then did things that are worse. aku ada love-hate relationship dengan cerita ni sbb the story is suuuuper good cumanya aku tak tau emosi aku boleh sabar lagi tak nak repeat cewahhh begitu menguji iman yach.


bagi aku, ada plot armor yang membuatkan aku rasa err, this is an easy way out for this character. awal awal tak obvious sangat, tapi towards the end tu, walaupun amount dia sikit, aku still rasa macam itu plot armor rather than just a logical way to progress the story. tapi aku rasa ini ikut orang la. sebenarnya the whole review pun ikut orang la lulz.


story progression dia bagus, as a whole. memang close to reality sangat especially dengan cara actors bawa watak watak tu. cerita ni adalah one of the few yang tak rely on plot twists sangat. viewer tak mungkin tertipu atau rasa kena twist but you may feel manipulated by the character. bagi aku, driver cerita ni, selain daripada writing yang bagus adalah acting yang superb and believable. 


sama juga dgn narcos, action choreography sangat smooth. gore? very rare, close to none. ada sedikit super cringe scenes. penjiwaan watak memang tip top over the top.


rating: 7/10



4. better call saul






better call saul ni implied as the prequel of breaking bad. different theme than breaking bad tp quality of storytelling maintain tip top. writing of the character perfect. takde yang terlebih pandai or bodoh. very realistic. tapi less emotional then breaking bad. 


character building sangat mantap dan believable. dia tak perlukan plot twist untuk turn the fate of the character around. memang sepanjang tengok tu, u will have been expecting the fall. for me, takde plot armor. the writing is powerful to the point that it doesn't need a plot twist. macam takde draggy episode atau irrelevant plots. every episode is intense. 


categorized as drama, memang betul drama cerita ni. action, ada sikit sikit tapi takde gore scenes. build up sangat smart and perfectly done. 


rating: 9/10



5. game of thrones






ini forever la akan jadi cerita favorite aku walaupun banyak unnecessary nude scenes (bukan factor aku suka kekeke). i applaud the writers for the super super super good story line. plot twist tu ada tapi revelation sangat memuaskan. plot twist semua intact, takde plot holes, believable and emotionally impactful. the first 7 seasons perfect to the core, cuma final season sahaja ada plot armor yang agak distracting which disappoints me. story progression mantap up until the final season. 


the best thing about got is, dia tak takut nak make the best and worst thing happen. so many times it happened.


cinematography mantap, set cantik, dialog kemas, penceritaan and flow sangat berkesan. action pun sangat menarik, jarang nampak dekat cerita lain. gore to the max tapi aku okay la. ada certain je yang memang tak mampu nak tengok but very few. the gore ni lebih sikit je dari squid game. lebih baik tutup mata pada nudity scenes hahaha ngakak.


rating: 9.5/10



adakah korang punya taste cerita macam aku hihi?


Thank you for reading this entry :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan