Sabtu, 26 Mac 2022

rumah idaman

assalamualaikum


halu halu! kembali lagi korang semua kesini pada sabtu terakhir bulan mac ni, dah habis suku pertama tahun. aku pun asyik busy je so otak turut kematu nak pikir nak tulis entry pasal apa. haritu aku main sims, aku dah sampai generation ke-4 legacy family aku so aku renovate la rumah diorang kan sebab dah 3 gen duduk rumah sama je boringz! pastu aku perasan yang kalau rumah aku design untuk sims aku ni mesti semua sama je jenis and konsep dia. adakah minat aku sudah beralih daripada fangirling dengan band band emo kepada memikirkan tentang deco deco rumah? terasa seperti matang gitu auch.


architecture / rangka



sebagai seorang yang tak pernah terlibat dalam bidang arkitek ni, aku tak tahu apa term untuk "kerangka atau skeleton rumah". dia mcm exterior, tapi aku lebih kepada nak tunjuk shape of the house gituu. aku suka rumah yang modern. bumbung dia kalau boleh aku suka yang flat tapi kat malaysia ni kalau flat mana air hujan nak turun kan, so aku imagine bumbung rumah aku mcm half-gabled pieces combined together. cat luar dia mesti clean solid color in white atau light gray. pastu dia tak ada rounded pieces, cuma rectangular or square. dia juga tak ada banyak columns and kalau boleh tak ada spandrels. aku suka heightened foundation, bukan straight atas tanah and ada mcm small porch area je, tak muat letak kerusi pun just enough 2 steps in front of the door saje.




contoh rangka rumah idaman aku. except, tak la tingkap je all the way mcm dalam gambar



kalau macam ni pun okay walaupun roof tu hipped roof instead of half gabled.





yard / exterior


aku suka rumah dalam pagar and ada garage. tak nak kolam tapi mungkin macam small ponds atau rectangular ponds dekat foundation rumah tu. tapi aku suka front atau backyard yang cukup besar untuk aku letak outdoor kitchen, outdoor dining dan maybe sandbox untuk anak2 main. kalau boleh nak nak muat mini garden jugak tapi yang tak obvious la, cantik maybe mcm mini greenhouse. untuk tanam pokok daun kari, pokok cili benda benda gitu jer. pastu suka ada lampu kecil kecil kat pathway ke pintu rumah mcm kat runway airport tu kekeke.



mini greenhouse buat tanam pokok cili




nak ada porch space untuk outdoor kitchen/dining mcm ni




theme/concept


aku sukakan rumah berkonsep modern. mcm gambar gambar di atas tadi, exterior pun konsep modern. taknak ada railing bunga2. either it's rectangular or cylindrical dengan lampu. most of the blocks pun dalam bentuk square atau rectangle saja. begitu juga dengan concept untuk interior. tapi aku okay juga dengan concept gabungan interior modern, mid-century dan scandinavian.



mid century deco / scandinavian deco


kalau dari segi color pula, aku suka muted colors as primary color. the whole house punya base color mesti white atau cream, ada wood colors untuk naikkan sikit tapi nak juga ada satu accent color, tak decide lagi nak hijau lumut, atau biru. accent color ni untuk perabut kecil2 mcm cushion kerusi ke, lampu ke, pasu bunga ke atau feature wall.



floor plan


aku kalau ada rezeki lebih nak rumah ada 4 bilik dan mesti ada nook area untuk jadikan mcm reading section atau secondary workstation. kalau boleh 3 full bathrooms, 1 en suite dengan master bedroom, 1 shareable dengan the other 3 rooms dan 1 lagi tu khas utk tetamu. closet pula kalau boleh nak built in atau custom full height cupboards, taknak walk in closet dekat any of the rooms sebab makan ruang. aku juga kalau boleh nak ada satu yard/laundry area khas untuk jadikan laundry room and store. aku juga suka open floor plan compared to enclosed floor plan. less walls.


   

sample floor plan rumah idaman



kitchen and dining area



untuk kitchen, aku sukakan galley kitchen concept dan bertemakan modern juga. kalau boleh nak cabinets warna putih/hitam dan ada induction/electric cooker instead of gas. galley kitchen ni memang kena dengan style and tempat aku nak letak island untuk lebihkan counter space. island tu boleh je letak barstools sekali untuk makcik makcik bawang duduk. aku juga taknak pantry asing, kalau boleh biar ada full height cabinets je sekali dengan bahagian dapur tu. appliances kalau boleh banyak yang built in, yang mana tak built in tu simpan dalam pantry berdekatan. tak nak juga separate dry and wet kitchen, semua sekali situ je.



suka concept galley kitchen macam ni, dengan counter space besar




scandinavian atau modern. yang penting ada chandelier gituh


common area



untuk common area pula, kat sini yang mcm aku flexible sikit. modern boleh, mid-century boleh, scandinavian boleh, campur campur pun boleh. yang penting ada seating area yang banyak. accent color akan banyak dekat sini and aku nak tv duduk kat feature wall. kat sini juga akan ada cermin besar untuk bersiap ramai2 sebelum keluar kekeke.


 

konsep living room idaman



korang suka concept rumah yang sama macam aku tak? ke korang suka boho ke, contemporary ke, island ke, queen anne ke macam mana? semoga kita semua diberikan rezeki untuk memiliki rumah idaman one day amiin.





Thank you for reading this entry :D


p/s: semua gambar dari pinterest 



Sabtu, 19 Mac 2022

what to expect when u become a web developer

assalamualaikum


setiap pekerjaan mesti ada susah payah dia. usahkan engineering, menjadi janitor juga susah kerana kena layan kerenah orang2 yang suka tampal pampers dekat dinding dinding toilet. tapi disebabkan aku bekerja dalam bidang information technology, takkanlah aku nak kupas pasal kesusahan berkerja sebagai public defender walaupun aku rasa macam dah hebat sangat tahu terms2 lawyer lepas tengok better call saul kekeke. so aku kena la buat entry psl kesusahan kerja sebagai programmer. kalau kau nak tahu kesusahan jadi cikgu, kau search la blog cikgu hahaha. sungguh tak membantu intro entry kali ini.


okay so aku nak kupas sikit la apa yang aku selalu hadapi bersama teman teman aku sepanjang bekerja sebagai programmer ni. aku taknak classifykan semua ni sebagai kesusahan, lebih kepada apa yang korang kena expect kalau ada antara korang yang berminat nak jadi programmer, tak kisalah web ke mobile developer mahupun software atau application developer. apa apa je bila coding okay. kenapa? sebab expectations aku masa aku kat uni lain dengan reality bila berkerja dalam industry. maka jom...?


ada banyak releases dan deadlines





kalau anda pernah fikir yang buat website ni macam sekali buat terus siap, anda silap. kerja programming ni selalunya bukan one-off. even simple website pun kena sentiasa dimaintainkan supaya ia selari dengan arus zaman.


contohnya la simple website apa ek aku nak kasi contoh? contoh macam website artis artis yang just show info je kan, paling2 koman pun feature CTA (call-to-action) dia untuk beli ticket concert or show dia kan, pada tahun 2000s website hanya perlu nampak cantik dekat screen sizes desktop atau laptop je. tapi sekarang, orang surf website guna phone. adakah anda fikir website itu akan mengecil sendiri apabila tiba era smartphone? tidak, programmers yang kena code ia supaya menjadi mobile friendly. mobile friendly bukan setakat dia muat kat screen phone je, ia termasuk korang tak perlu scroll horizontally untuk view semua element page tu as well as korang tak perlu zoom untuk baca information kat website tu.


itu baru static sites. kalau web application macam website nak register vaccine astrazeneca haritu atau apa apa e-commerce web apps pula, imagine akan ada berapa kali reiteration untuk tambah feature baru, improve performance kasi laju sikit. upgrade sana upgrade sini. selagi sesuatu website atau web application itu tak decommissioned, selagi itulah programmers akan keep working on it and supporting it.



lifestyle menjadi sedentary



kerja programming ni banyak duduk atas kerusi menghadap multiple screens, sama macam most kerja office lain. dan disebabkan ini, lifestyle kita akan mula jadi sedentary, less and lesser movements or exercise per week. sebolehnya kita nak ada masa untuk lead a healthy lifestyle by being active. dah la masa belajar pun dah sedentary sebab sejenis berat bontot taknak join sports club, pastu kerja another 20 years pun nak duduk atas kerusi je juga. bila la nak kurus sihat?



banyak strain mata dan kacau posture badan





berkait dengan reality kat atas, dah nama pun programmer, kami tak ada code kat atas kertas kajang. for our 9-5 job, we mostly spend staring at laptop screens. kadang kadang membongkok sebab tengah nak baca code yang semantically atau logically wrong. sometimes squinting mata untuk tengok kenapa element A dengan element B ni tak sama tinggi walaupun code size sama. tak tahulah apa kesan jangka panjangnya. lawyers pun mungkin sama banyak membongkok untuk baca dan squinting mata untuk hadam huruf kecil kecil dalam documents setebal kamus dewan! last last duit habis beli glasses je sebab power naik every 2 months lol ya tohan jauhkanlah!



kemana duit? ke extra monitor la ia





mostly mata programmers ni akan bukan melilau dekat lines of lines of codes saja, mata dia nak ke screen untuk tengok UI la nak tengok documentation la dan nak tengok stackoverflow la kekeke. pastu nak masuk meeting zoom pulak! maka sebab itu la korang akan selalu nampak orang kerja programmer ni ada multiple screens. sometimes second screen tu sebesar tv la, sometimes vertical la, adjustable la dan sebagainya. so kalau kena ada extra monitor, mesti la meja kena besar atau adjustable dan apa apa jelah. banyak kan investment duit kat situ!



coding conventions





seperti kerja kerja lain juga, nak coding ni bukan main taram je walaupun kita dah master certain certain language atau framework tu. kita kerja kan collaborative, in team, so usually kita follow coding conventions supaya bila kita handover kerja kita ke next person, mereka boleh faham code kita dengan senang. 


version control




bersambung dengan issue yang kerja coding ni most of the time adalah collaborative, pernah terfikir tak macam mana 3 orang programmers coding dekat satu project yang sama? takkan la tunggu si A siap dulu baru pass ke si B dan si C. kalau tak tunggu nanti tak latest la pulak code tu. kalau tunggu alamatnya 40 tahun pun tak siap project tu. no way!

haaa sebab itulah kalau selalu dengar programmers ni akan sebut sebut psl git. git inilah yang bolehkan 1 project dicode oleh multiple programmers. konsepnya kalau A, B dan C coding dalam waktu yang sama, mereka boleh upload semua latest code tu dan merge menggunakan git untuk satukan semua codes itu. so sesiapa berminat nak jadi programmer, kena lah ambil tahu tentang git. walaupun kerja seorang, git juga boleh track banyak version project kita so andai kata la version 2 ni banyak error, senang nak fallback ke version 1.


task list datang daripada user, product owner dan designer





pernah wonder tak macam mana programmers dapat task list?

boss: saya nak website macam grab tapi warna pink.
programmer: onz
dan terus mula coding.


wah simple kan. sebenarnya tak macam ni. sama macam kerja kerja lain, selalunya bila user minta apa apa product, idea tu kita akan pecah pecahkan into small chunks. maca mana rupa dia, apa platform nak guna, apa feature yang ada, button apa nak letak dekat mana, siapa target user, bila target live date dan sebagainya. ha kau, pernah terfikir tak yang position of a button pun penting? bukan cantik semata mata. kalau letak button kat belah atas kiri nanti korang complain pulak cakap app dina buat ni susah nak tekan! kena break down dari sebesar besar ke sekecil kecil request client tu.


selalunya dia akan bermula dengan user requirement akan request apa yang mereka nak dalam product diorang. kemudian product owner kita akan brainstorm idea detail tentang idea tu. kemudian kita ada designer yang akan create wireframe, prototype dan design system. lepas itu barulah developers akan tengok and discuss and negotiate mana yang kita boleh buat atau tak boleh buat ikut timeline kita. haa so kerja programmer ni bukanlah kerja sorang sorang. 


technological advancement





rasanya semua orang at this point kena mengakui yang technology ni progress dengan sangat laju. so kerja sebagai programmer ni kena sentiasa keep up dengan the latest technology. contohnya, suatu ketika dulu nak buat website ni guna HTML, CSS dan jQuery je. tiba tiba je orang dah pakai ASP.Net, lepas tu orang dah mula buat website guna PHP. kemudian sekarang technology stack yang famous menggunakan Node.js. pastu front-end pun bukan setakat HTML and CSS kat notepad je tapi dah guna Angular. mcm table kat atas tu la. bukan saja saja nak tukar technology stack tapi untuk adapt dengan current development trends.


vision yang luarbiasa




haa rasanya ini semua orang tak terlepas. banyak orang rasa mereka ada million dollar idea, cari software house dan pitch that idea.


sometimes tu idea buat kami jadi pening kepala. akibat tengok banyak sangat black mirror, tiba tiba nak buat delivery app tapi rider boleh update status delivery pakai voice recognition la, pakai niat la, pakai kelip kelip mata la. vision tu tinggi sangat!


ada sesetengah programmer atau company memang ada capabilities untuk buat benda benda high tech ni, tapi adakah client bagi budget yang masuk akal? atau nak minta app hebat hebat ni dengan budget rm10k je? adakah dia bagi timeline yang logical atau kalau boleh nak siap bulan depan je? ha gitu kami nak kena melayannya.



tapi apa apa pun, satu benda je yang rasanya most programmer atau developer ni akan bersatu padu bersetuju ialah...


tak tahu nak shutdown laptop ke tak


aku selalu menghadapi masalah ni. dah code code code sedap sedap 8 jam, tiba tiba pukul 12am tu mengantuk sangat dah takleh pike dah nak selesaikan macam mana bug ni. dah ngantuk sangat tahap menguap 3 saat sekali. tapi kalau shutdown kan nanti nak kena bookmark satu satu la atau cari balik 150 tabs stackoverflow kat google chrome ni. pastu nak kena kill running services pulak. pastu nanti nak kena reload pulak project. aduh pening a!


last last aku shutdown laptop seminggu sekali je, hari jumaat petang kekeke.



so aku harap entry ni dapat shine a light sikit pada sesiapa yang curious dengan profession web developer ke, programmer ke ni. tapi semua ini adalah dari pandangan aku saja, ada masalah yang lebih serious atau kurang serious kat mata orang lain. tapi entry ni tak ada nak claim yang kerja aku je paling susah ke apa ke, sekadar sharing.




meet the team :D



macam mana pula dengan profession korang? 😀



Thank you for reading this entry :D


stock photos from unsplash and pexels

Sabtu, 12 Mac 2022

disneyland hong kong

assalamualaikum






selamat datang ke entry percutian!!


entry throwback jelah tapi kekeke.


okay well aku adalah seorang yang suka theme park. kalau jantung berdegup laju sebab naik roller coaster laju aku okay, kalau jantung berdegup laju sebab nampak hantu aku tak okay ahaks macam ga nyambung. aku memang la kalau kaya nak pergi semua disneyland yang ada atas muka bumi ni dan pada tahun 2018 aku berjaya menjejakkan kaki buat kali pertama ke salah satu disneyland alhamdulillah yeay! 


aku gerak ni daripada pudong airport shanghai, dan aku lupa pasal ticket masuk dia tapi aku beli menggunakan app klook. aku rasa tak relevan sangat nak share harga ticket daripada 4 tahun yang lalu sebab entah entah dah naik lolz.


dalam entry ni aku akan share banyak gambar sebab... emm kalau entry travel penuh dengan tulisan je aku rasa korang tak baca kot. aku sendiri pun takkan baca kot wkwkwkw. tp sebab aku ni sejenis yang live in the moment, maafkan aku sebab gambar2 very the low quality ye, aku jujur aku screenshot story aku je sbb aku tak banyak ambik gambar pun kekeke. nasib baik ada instagram.



aerial view, illustrated map of disneyland hong kong









setibanya aku di sana (wahh), kami pergi ke iron man experience exhibit sebab aku peminat iron man kekeke. best sangat sbb macam pergi tour dalam office tony stark. aku suka!






dalam exhibition ni, mcm aku cakap la mcm tour office tony stark. ada la action2 bersama iron man. kalau korang minat iron man, memang akan suka la masuk sini.


next up aku rasa aku pergi it's a small world. dia mcm boat ride, sesuai untuk kanak kanak, sepanjang boat ride tu ada nyanyi nyanyi dan juga ada mcm disney characters and small dolls joget2. comel gila! walaupun dah dewasa, jiwa nak jadi kanak kanak tu membuak bila masuk it's a small world ni hihi.






   








kami pergi kat mcm theatre punya tempat ni, masa tu schedule dia ialah philharmagic show. basically ia ialah 3D show ada mickey mouse, donald duck and friends. best! cute sangat and kelakar!


   


lepas tu of course la kami akan tengok parade dekat main street teehee!






pastu aku pergi dekat satu tempat ni yang ended up being my favorite. honestly, aku tak pernah dgr apa itu mystic manor tapi ride ni best sangat!






dia macam museum tau, tp kita naik gondola and gondola tu akan bawa kita jalan jalan dalam museum tu. dia mcm magical sangat! museum ni dalam gelap, pastu ada glitters terbang2, living portraits, tembak2 manja hihi. best gila tau! tak tahu nak describe macam mana. hahaha macam serupa gagal je penulisan blog ni kekeke.






   

monyet kena buli


mesti korang tak percaya jiwa roller coaster aku sebab setakat ni aku masuk exhibition dan naik boat riang ria je kan? haa dan tibalah masanya untuk kita keluarkan jiwa kental kita! 


seterusnya aku pun menaiki big grizzly mountain runaway mines car. concept dia mcm kau naik keretapi, pastu cargo kau terputus, pastu masuk dalam lombong yang ada haiwan-haiwan ganas, lepas tu ada plot twist! ride ni laju and plot twist dia mmg tahap terkencing punya la. taknak cakap apa plot twist dia sbb kalau korang pergi, korang mesti nak experience sendiri!






tapi ride yang paling mencabar kitorang pergi time ialah dekat toy story! surprisingly yes! ada 2 rides, toy story soldier parachute drop dan rc racer. rc racer tu tahap seronok dia sama tinggi dengan main disco ride tau! 








soldier parachute drop




rc racer


punyalah suka aku dengan disneyland hk ni sampai dua kali tau aku pi sana kekeke. sekali lagi pada tahun 2019, ni sekali dengan trip macau and guangzhou tu. mostly ulang2 rides yang memang dah suka tapi aku ada juga tengok festival of the lion king. gempak gila show tu! kalau korang pergi, wajib tengok ni!



festival of the lion king



kitorang juga ada naik lagi satu ride during the second trip which is rafts to tarzan's treehouse. best gila! kitorang punya tour guide tu mmg sgt2 cheerful and excited so kita pun turut excited. masa ride ni ada sikit2 splash splah air so be careful kalau nak merakam.




naik raft ni akan bawa ke tarzan's treehouse!





kalau korang nak pergi disneyland, jangan lupa download app dia supaya korang boleh tengok map, waiting time dan showtimes. barulah boleh maximize time and try as much rides u can!






p/s: gambar2 kebawah ni adalah ehsan from disneyland hong kong punya website sbb oh well, when we go to this magical place, we live in the moment 😍

p/p/s: segan la aku nak tulis entry ni sebab gambar aku tak banyak. aku geledah gallery pun takdak weh! 






Thank you for reading this entry :D