Jumaat, 31 Disember 2021

a day in a life of a programmer

assalamualaikum



memandangkan ini akan jadi entry terakhir untuk tahun 2021 ni marilah aku tulis benda berilmiah sikit. aku rasa takde entry ilmiah sangat pon sepanjang tahun ni luls.


setelah setahun aku tinggal blog, akhirnya september lepas aku datang balik menulis sebab tiba tiba banyak pulak benda yang aku rasa nak cerita. tapi aku ni jenis tak buka sangat social media mcm instagram or twitter untuk bercerita, so aku tulis blog la boleh berceloteh panjang sikit. antara benda yang aku nak sangat cerita ialah seharian hidup aku sebagai seorang programmer.


tahun ni antara tahun yang alhamdulillah penuh dengan kegembiraan dan kejayaan. aku bermula kat company ni sebagai intern, berkerja kuat untuk dapat stay kerja kat situ so aku masuk sebagai contract staff dan alhamdulillah after 6 months tu dapat offer permanent. takde nikmat Allah yang tak aku syukurkan.



setiap hari aku akan try la paling paling lewat pun pukul 12 naik tidur, tapi selalunya 10:30 malam dah tutup semua lampu rumah, isi makanan kucing dan bersedia nak beradu. kemudian aku akan spend around 30-40 mins untuk tengok youtube lepas tu aku pun tidur.








aku akan bangun subuh lepas tu aku akan rehat rehat, tengok youtube or check social media, baca berita kat twitter sampai la pukul 7:30am. pastu aku akan mandi sambil bernyanyi nyanyi~~. pukul 8am aku siap sedia turun, kacau kacau nestum sikit, buat toast untuk aku and hazim lepas tu kami akan duduk depan tv sebelah sebelah, sambil breakfast sambil tengok 1 episode sitcom.


<view of breakfast depan tv>


8:45am, kami berdua akan pergi ke workstation masing masing. aku akan buka notion, list down my to-do-list, check email, masukkan meeting dalam calendar and check in untuk masuk kerja. 


9:30am aku ada daily session bersama colleagues (every monday, wednesday and friday). session ni selalunya semua orang dalam department aku akan borak borak atau main game gelak gelak. kalau hari yang takde daily ni aku terus jump to my task of the day.




main game waktu daily



10:30am aku akan attend daily scrum update. disini development team akan kumpul untuk share apa yang kami dah buat semalam/last week dan apa plan untuk harini/next week. kalau sesiapa yang nak ada sesi soal jawab technical selalunya akan diteruskan afterwards.


11am mcm tu aku akan check, kalau ada meeting, attend je. kalau takde aku akan terus buka visual studio code dan run project, check mana last aku stop semalam dan teruskan coding ditemani lagu lagu dan stackoverflow.




sesi meeting bersama boss


dalam 12:30pm macam tu aku and hazim akan sama sama stop untuk lunch. selalunya time ni la kalau tak pun lewat sikit kalau ada either one yang meeting. malam sebelum dah perap and air fry ayam so time nak lunch ni kami panaskan je dalam microwave. duduk depan tv sambil gurau senda and tengok lagi satu episode squid game sitcom. lepas tu ngam ngam masuk zohor so kami solat dulu~~.


lepas lunch, sambung menghadap code balik. jeling jeling tengok wireframe sambil sambil code dan test. sesekali sembang dengan colleagues juga.







kalau hari rabu selalunya 3pm akan ada meeting weekly dimana semua orang yang terlibat dengan project termasuk product owner dan business user akan share update utk sekian sekian minggu. time ni aku akan relax relax sikit sambil minum nestum sebagai snack.


lepas tu akan solat asar sebab selalunya ngam ngam. lepas solat asar sambung je coding balik. kemudian dalam 5:30pm macam tu kami semua developer akan gather round balik untuk cerita progress harini atau borak borak mengeratkan silaturahim.



selalunya aku akan aim every other day tu untuk buat pull request di github so sebelum tamat waktu bekerja aku akan buat dulu. lepas tu baru tutup laptop. selalunya betul betul habis kerja tu ngam ngam time nak maghrib. kalau tak pun, akan exercise bersama hazim sambil tengok sitcom lagi 3 episode.






dalam sehari tu sekarang aku akan cuba untuk jalan 10k steps sehari. so every 2 hours macam tu aku akan guna 20 mins sambil tengok youtube or baca blog orang lain untuk jalan jalan. bolehlah hilangkan stress dan lenguh lenguh. kalau kerja dah sedentary, kena cari juga ruang untuk jadi active. 






antara maghrib dan isyak tu kami akan makan dinner, sama juga sambil tengok 1-2 episodes sitcom sambil borak borak cakap tentang hari kami. lepas dah solat isyak tu, kalau minggu tak busy kami akan teruskan tengok netflix atau borak atau main phone sambil beribaan hihihi. bila dah busy, masa masa yang sikit ni kami gunakan untuk eratkan kasih sayang dengan each other. time ni juga akan spend masa main dengan mossy banyak sikit biar dia always rasa kasih sayang tuan dia.



mossy ni dia tak suka catbed ke apa, dia tidur dalam beg ikea je. belikan cat tree pun dia tak pandang 😛




pukul 10, naik dan rehat. malam malam selalunya kalau tak tengok youtube, mesti akan ada sesi communication. kami berdua akan cakap pasal our future, our work and how blessed we are with the life that Allah has given us.


terima kasih Allah atas kehidupan yang bermakna buat tahun ini. semoga tahun tahun hadapan juga akan dipenuhi oleh kegembiraan, kejayaan dan utamanya keberkatan. buat kami, dan buat kita semua <3







Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 18 Disember 2021

mari belajar tentang sims

assalamualaikum


hai, nama saya nur adina shahira, berusia 23 tahun dan merupakan seorang programmer. hobi saya pada hujung minggu adalah duduk di depan gaming pc saya sambil bermain sims selama 24 jam. maka dengan itu, walaupun saya tahu tidak berilmiah sama sekali entry ini, saya tetap nak share kepada para pembaca tentang sims!


fyi, sims sekarang adalah sims 4 ye maka perkara perkara dibawah merujuk kepada permainan sims 4 di pc ye. pc bukan console mahupun mac so jangan tanya aku kalau kenapa kau tak boleh install mods dekat game kau kalau kau pakai ps or xbox yerr hikshiks.


#1 apa itu game sims?


kalau tak tau memang noob. the sims adalah permainan simulation yang paling legend kat dunia ni. bergenerasi tau dan pernah main sims. you can create your own character with families, friends, any townies. build and decorate their houses. lepas tu kau boleh control hidup sims ni dari kecil sampai besar. nak jadikan dia womanizer ke, ibu mithali ke, nerd ke geek ke police ke sukahati. boleh juga bawa sims ni pergi kerja, kahwin dan berzuriat. pokok pangkalnya simulation la ye. sila tengok trailer kalau tak paham konsep hahaha.




one of my favorites sims trailer





#2 cas? bb? apa itu?



cas dalam sims merujuk kepada "create-a-sim". kat sini la korang boleh buat muka, badan, stylekan dan bagi perangai pada sims korang tu!




situasi cas ye anak anak




bb pula bermaksud "build and buy". tang ni hampa akan beli tanah, buat and decorate rumah untuk sims angpa.



suasana menjadi arkitek murahan sims





#3 expansion pack? game pack? stuff pack? yang mana nak kena beli?



okay so mula mula nak main sims kena ada base game. selepas itu kalau nak upgrade atau ada extra content, barulah kita cakap psl expansion pack, stuff pack, game pack semua ni. 


expansion pack (ep)


selalunya ep ni datang dengan satu world (mcm negara la) baru so sims tu boleh la melancong or jalan jalan kat tempat selain hometown dia gitulah konsepnya.






4 kat atas ni antara ep yang dah direlease untuk sims 4. bila kita beli base game, kita akan dapat 3 worlds je iaitu willow creek, oasis springs dan newcrest. tapi contohlah kau beli ep snowy escape tu kan, dapat la world baru: mt komorebi. mt komorebi ni based on japan gituu so dia bergunung dan bersalju.



3 world dalam base game





world lain bila beli expansion packs



selain daripada dpt world baru, ep juga ada banyak gameplay baru. contoh sebelum beli snowy escape, sims tak boleh pi mountain climbing atau skiing. tapi bila ada snowy escape ep tu sims boleh pi daki gunung komorebi dan main sledding dalam salji! 


selalunya ep akan datang dengan world baru, gameplay baru dan juga baju baju and perabut perabut baru. total content untuk ep selalunya up to 500.



game pack (gp)



gp pula merujuk kepada game pack. game pack ni tak datang dengan world baru tapi dia berfokus untuk add gameplay. walaubagaimanapun, selalunya datang juga dengan sikit sikit cas dan bb items (sila rujuk fact #2). total content baru dalam gp dalam range 100-200 mcm tu.




kat atas ni aku bagi contoh contoh gp. kalau korang ada base game je, sims hanya boleh masak dan makan dirumah. tapi lepas korang beli gp dine out contohnya, sims boleh makan kat restaurant and pergi date! sims juga dah boleh buka kedai makan bila beli gp ni. nampak tak? focus dia ialah untuk tambah gameplay gituu. kalau cas dan bb items pun revolves around the game pack itself contoh mcm game pack dine out tadi, cas items dia macam baju chef gitu while bb items dia macam chef station dan meja kedai mamak kekeke.



stuff pack (sp)



stuff pack ni pula focus dia kepada, well-- stuff jelah. ikut sedap dia nak bagi cas items lebih ke bb items lebih. selalunya seimbang la. takde world baru dan takde juga gameplay baru kecuali kalau mcm kau dapat hot tub kan, so ada la gameplay sikit sikit yang sesuai untuk stuff tu. walaupun dia pack yang lebih kecil daripada expansion pack dan game pack, tapi selalunya total items dia boleh sampai 60++ jugak la. tapi depends, ada yang 20++ something je harga sama so korang pandai pandai la menilai yang mana nak beli or tak ye.




contohnya, dalam base game korang dapat kabinet dapur mcm bawah ni je kan, kalau korang beli cool kitchen stuff pack tu dapat la kabinet dapur baru. tapi gameplay dia masih sama cuma perabut/clothing item je baru



kabinet dapur base game



kabinet dapur baru dari cool kitchen stuff pack



macam aku cakap tadi, kadang kadang stuff pack datang juga dengan gameplay baru tapi kecil je value dia, contoh dalam laundry day stuff pack, dia bagi washing machine, takkan la nak buat deco je kan so dia tambahlah gameplay boleh basuh baju. kalau base game je korang takyah basuh baju. bukan baju korang la, baju sims. kalau korang tak basuh baju busuk!



key features dalam laundry day stuff pack




kits 


dan yang terbaru sims 4 ada keluarkan dlc yang dipanggil kits. kits ni sangat kecik ye dan dia bertumpu. dalam satu kit tu takkan ada bercampur cas dan bb items. kalau kit tu kit cas, maka clothing item sajalah dapat. kalau kit tu kit bb, maka dapat perabut jelah. jikalau kit itu kit gameplay, maka dapatlah sedikit bb untuk gameplay baru. contohnya dalam 3 kits pertama yang direlease oleh EA




seperti yang anda lihat (cehh macam buat presentation kekeke), ada 3 kit. throwback fit kit ada bagi baju baju, seluar and kasut je ikut tema la kali ni macam fitness gitu. country kitchen kit pulak ada perabut dapur je yang bertemakan country (pasang lagu rascal flatts) dan ada juga bust the dust kit where dia bagi kita vacuum and kita boleh vacuum rumah, tanpa kit ni tak boleh vacuum gituu. 


references:
expansion pack price: rm159 (can go down to rm79 on sale)
game pack price: rm79 (can go down to rm59 on sale)
stuff pack price: rm39 (can go down to rm19 on sale)
kits price: rm19 (setakat ni no sale)
base game: rm159 (sekarang always rm39 je kalau ada sale and kalau lucky kena sale kaw kaw pernah turun jadi rm19 je)


aku taknak hasut ek so sebelum beli, silalah timbang tara kos dulu. nak main sims ni mahal, kalau jenis nak main kejap kejap je better takyah la invest beli semua dlc ni, sama ada beli yang mana nak je or download cc je la free. cc? apa tu? credit card? okay meh cikgu ajar kekeke. masa thesis takde pulak semangat gini lols.




#4 mods and cc? what in the snail's poop?



okay first, terms. mods/mod adalah kependekan (?) kepada perkataan modification. bermaksud mod ni boleh tukar atau tuning la kot orang kata. contoh mod jap aku pikir mod apa aku pakai ek?


okay contoh mod yang aku pakai ni nama dia SimDa dating app. dia macam tinder untuk sims. kalau sebelum ni sims nak cari pakwe makwe kena jalan jalan pi disco ke bar ke (hewhew) kan, kalau install mod ni boleh la guna computer atau phone diorang je haaa gitu. kalau nak cari mod tempat yang trusted ialah patreon atau modthesims.






antara modders yang aku guna pernah try mod diorang ialah LittleMsSam, kawaiistacie, midnitetech, deaderpool and banyak lagi la.


cc pula bermaksud custom content. custom content ni selalunya perabut/baju/makeup/rambut/kasut mcm tu. contoh mcm wedding dress tak banyak kan dalam sims, boleh la cari cc untuk ni. cc ni selalunya lebih senang nak jaga dan lebih kecil size dia. tapi hati hati la lama lama boleh jadi bukit kalau kau download banyak banyak wkwkwkwk. 



wedding cc awhh so cute!




antara site yang boleh cari cc ialah thesimsresource atau maxis match cc world. ada beza cc yang selalunya boleh dijumpai dalam dua site ni tapi itu nantilah entry lain kalau rajin lulz.






contoh cc





#5 mana nak beli sims?



sudah tentu bukan di pasar malam kekekeke.

korang boleh beli di sims di origin atau steam. aku pakai steam je, selalu sale tu. kalau ps or xbox boleh la tengok sendiri di website sims yer.



sebenarnya banyak lagi aku nak cerita psl sims ni terutama sekali nak jawab orang yang cakap 'eee tak boring ke main sims'. sabau ek nanti aku telempiak sorang sorang. pastu aku nak cerita juga jenis jenis cc. pastu aku nak share tips download mods, maintain mods, cara nak install cc supaya tak broken. alah banyak la cerita aku. aku ni sebenarnya layak dah kerja jadi simsguru tapi aku saje tak mau kekeke. kalau aku buat kat entry ni nanti orang EA datang bukukan buat jadi official guide pulak wkwkwkwk.


okay sekian la entry aku yang gigih ni. aku pun tak tau kenapa aku gigih sangat buang masa buat entry gini tapi takpelah aku suka. kalau korang nak baca benda berilmiah boleh pi medium atau eli5 dan semestinya bukan di blog aku kbye haks.




Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 11 Disember 2021

pencinta sitcom tegar

assalamualaikum


aku adalah pencinta sitcom tegar ye sebab aku rasa sitcom tu lightweight dan comforting. dah namanya pun sitcom, sudah tentulah ada element comedy kan so bila ada comedic value tu, aku akan gelak. bila aku gelak, aku akan happy dan aku rasa aku kena share kegembiraan ini dengan korang semua so di sini aku akan lampirkan barisan barisan sitcom terbaik yang aku pernah tengok cewahhh.


macam biasa, sebarang content review adalah subjective. kalau aku suka tak semestinya kau akan suka tapi if you're looking for a sitcom to watch, you might wanna pick some from this list. 


1. full house





full house ni cerita lama, 80s-90s macam tu. mesti ramai yang pernah hot dengan john stamos kan, well, john stamos ada dalam cerita full house ni.


full house ni theme dia family, a single dad with 3 kids and other 2 people yg babysit the 3 kids alongside the dad. bagi aku cerita ni sangat wholesome! ada episode episode yang touching sikit untuk memberi pengajaran kan, dah nama pun family-based. bagi aku, it's a good sitcom to watch especially if you're a family person.


starring: 
Bob Saget, John Stamos, Dave Coulier, Candace Cameron, Jodie Sweetin, Mary-Kate and Ashley Olsen

seasons: 8



2. new girl





new girl ni friend-based macam tu so dia takdelah nilai kekeluargaan sangat, more to adult friendship story macam tu. revolves around jess yang jadi roomate kepada 3 other guys in new york. it's a very funny show to watch, memang banyak gelak. cerita ni romcom juga so memang ada bibit bibit percintaan gitu. 


bagi aku characters dia, hmm nak cakap unique rasanya sitcom ni memang formula lebih kurang. takdelah unik cuma pembawakan and storytelling tu a bit different than the other sitcoms that i've watched. ulang suara, cerita ni a bit adult, ada watak womanizer yang memang menggunakan terms yang agak adult~~ so, pepandai la kekeke.


starring:
Zooey Deschanel, Jake Johnson, Max Greenfield, Damon Wayans Jr, Hannah Simone, Lamorne Morris

seasons: 7



3. brooklyn 99





brooklyn 99 ni premise dia lain sikit. selalu sitcom ni mcm antara a circle of friends atau school/uni setting kan. kali ni dia revolves around a group of detectives/polices. very good concept. lawak dia memang tak kering gusi gelak. andy samberg memang bersahaja gila acting dia, brings the sitcom alive. pastu kan, memang idea and storyline very padu and nampak bijak.


aku recommend untuk sesiapa yang nak tengok sitcom tapi macam nak steer away from friendship-based stories. plus, ada episodes yang tegang sebab sitcom police kan, bila ada penjenayah high profile episode tu jadi tense sikit, tapi mestilah masih ada unsur unsur comedic. i know this might not be close to reality tapi seronok bila tengok sitcom dalam setting yang lain daripada yang lain!


starring:
Andy Samberg, Stephanie Beatriz, Terry Crews, Melissa Fumero, Joe Lo Truglio, Chelsea Peretti, Andre Braugher

seasons: 8



4. the big bang theory





ini pun sangat unique, walaupun dia friendship-based, tapi the main characters are a group of geniuses yang very socially awkward. memang lawak. every single dialog memang padu dengan all the scientific terms yang diselitkan dengan jokes yang bersahaja. cerita ni memang berjaya get us attached to all of the characters to the point yang aku memang touching bila tengok episode last dia.


started with just 5 in a group, then expanded beautifully into 7 i think. memang bila characters baru masuk, the story still works. chemistry with each other pun sangat mantap. i think this sitcom lasted 12 seasons. selalunya sitcom ni kan berborak borak kopi, tapi this time, you hear these people berborak benda kelakar tapi menggunakan bahasa ilmiah!


sama macam brooklyn 99, kalau korang nak tengok sitcom yang lain dari yang lain, boleh try tbbt ni sebab eventhough konsep yang sama, tapi it has turned itself into an entirely unique story.


starring:
Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, 

seasons: 12



5. friends





of course friends kena ada dalam list of recommended sitcom. gila ke? ini legend! i really applaud chemistry between all the main characters. very good character building/development for each one. the characters are also close to reality. this sitcom really makes you long for a friendship like theirs.


eventhough ia bertemakan persahabatan but it's so worth the watch sebab memang very funny and easy to watch. each character dalam sitcom ni sangat close to reality, jalan cerita dia pun tak berfocus pada just being funny, it's like watching a group of friends yang kita kenal. ada time time dia drama, ada love and relationships, family relationships. so many themes yang explored. it's really a comfort sitcom to watch. boleh rewatch banyak kali!


starring:
Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt Le Blanc, Matthew Perry, David Schwimmer

seasons: 10



6. modern family





macam biasalah aku saving the best for the last. modern family is my ultimate favorite sitcom. modern family is, of course, family-based sitcom. yang paling best tu sebab kita tengok these child characters membesar dari kanak kanak ke dewasa. daripada nakal budak ke nakal orang tua. pastu the family relationship, so close and so real. i would love to nurture my next generations to be as close as this family.


aku sangat suka the closeness between the family. daripada grandparents ke in laws ke grandkids. the way they make the family see each other, there are some family conflicts, ada remaja growing up phase where they rebel and be nakal. ada nerds in family yang present themselves awkward. i have an unhealthy attachment to this sitcom luls.


starring
Ed O'Neill, Sofia Vergara, Julie Bowen, Ty Burell, Jesse Tyler Ferguson, Eric Stonestreet, Sarah Hyland, Ariel Winter, Nolan Gould, Rico Rodriguez, Aubrey Anderson-Emmons


seasons: 11


do you have any sitcoms you would recommend me to watch?



Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 4 Disember 2021

belia suka membaca... reddit?

assalamualaikum


pernah dengar reddit? kalau pernah dengar, bagus, kalian bangsa suka membaca. kalau tak ada, meh aku cerita supaya korang akan join bangsa ini kihkihkih. takdelah bangsa suka membaca tu yang buku nilam, kalau reddit ni tak kira kekeke.


reddit ni forum, dia macam twitter, tapi lebih kemas dan berstruktur. ala even konsep thread dekat twitter tu pun asalnya daripada forum. 




my reddit feed, ada sims hehe




aku ni sangat addicted ya dengan reddit ni. pernah bersengkang mata scroll reddit kat katil sampai 2-3 pagi. amboi kan, tang kije bukan main buat entry penat tido 2-3 pagi sebab kerja. kalau baca reddit je halalan toyyiban je kekekeke. 


jadi apa yang bestnya reddit ni?


okay sebelum itu mari aku ceritakan scenario aku bersengkang mata baca reddit.


aku tengok cerita squid game. aku ada banyak benda nak cakap and nak discuss. nak chat ngan member? tak semua minat cerita yang sama atau nak borak. nak ke instagram? takkan aku nak post story merentan pasal review squid game, confirm tak de orang layan. twitter? selagi tak viral tweet aku selagi tu bercakap sorang sorang. discussion ni mestilah many to many communication kan? 


so aku pun bukalah reddit dan search "squid game". nanti dia akan bagi satu board, atau kat reddit kita panggil "subreddit" pasal squid game. anggap macam group la, kita boleh masuk group ni and discuss bersama orang orang yang ada dalam group tu jugak. tak kisah la kita friend dengan sesiapa ke, kita join subreddit itu atau tak ke, no restriction, dipersilakan kau meluahkan isi hati disitu.


so dalam subreddit tu, akan ada banyak threads. contohnya ada satu thread bincang pasal episode 1, so kita boleh bincang pasal episode 1 je kat situ. then ada untuk episode 2, 3 dan seterusnya. ada juga thread psl watak contohnya sa-byeok ke, maka semua orang akan fangirling di situ. so dia takdelah semak macam kau nak baca benda psl sa-byeok tapi scroll bawah je nampak spoiler episode 6. kita pilih thread mana kita nak baca.




subreddit khas untuk squid game, access by just searching squid game




dekat reddit ni ada endless variation of subreddits. in my case, aku suka main sims, maka aku join la subreddit sims. dekat subreddit sims aku akan dpt baca tips from orang lain, bugs reported, new updates, new patches pasal sims. ada subreddit pasal skincare, psl stephen king, pasal life tips dan sebagainya. pilih je subreddit mana mana yang korang suka.





boleh join apa2 subreddit/community and see them on our feed. boleh juga create sendiri punya. these are the subreddits that i joined



antara time time peak yang aku akan baca reddit sampai juling ialah bila aku habis satu series contohnya macam squid game ke, game of thrones ke, even sitcom friends sekalipun, aku akan scroll each subreddit dengan tekunnya sampai la aku puas. 









contoh view dalam each subreddit



macam yang korang boleh tgk from screenshot above, ada macam macam subreddit yang available untuk join and discuss. antara yang aku selalu baca selain daripada sims ialah adulting dimana kat sini ada share tips nak start living alone, some info about taxes, mortgages, insurance all from people facing these things in real life. walaupun demographic sharing dia mostly from the US, tapi masih boleh baca sikit2 untuk tahu terms dan general knowledge about these issue.


seterusnya aku juga join subreddit untuk baca benda benda lawak macam choosing beggars. tau apa tu choosing beggars? choosing beggars atau cb ni adalah orang yang meminta minta, tapi bukan minta biasa biasa, minta tu demand nak yang best la, murah la, free la mcm tu. kelakar la baca. boleh la untuk baca ringan ringan.


kalau yang berilmiah sikit, aku join subreddit explain like i'm five. any question ada disini dan dijawab oleh experts dalam bidang bidang tertentu. banyak belajar pasal contohnya mcm mana nuclear berfungsi, kenapa cancer tiada cure dsb. mcm nama subreddit tu sendiri is explain like i'm five, you can expect to get simple yet piece by piece information to learn from.


last sekali sebagai peminat skincare, aku juga join subreddit skincare addiction. kat sini banyak orang share masalah skin, recommendation products, reviews, routine dsb. tapi perlu diingatkan untuk benda benda mcm ni, your miles may vary so sila baca with a pinch of salt.


yang paling best tu dekat reddit everyone is anonymous. most of the users don't use their real names or real photos kekeke.


aku macam kena sponsor dengan reddit pulak lols. takde, ini saja nak share app yang aku guna di masa lapang.


Thank you for reading this entry :D