Memaparkan catatan dengan label the sims 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label the sims 4. Papar semua catatan

Sabtu, 23 April 2022

cara main sims agar tidak bosan

assalamualaikum

bertemu lagi kita di tahun 2022 ni dan weekend ni akan jadi weekend pertama aku boleh main sims balik setelah sekian lama, so aku nak cerita pasal sims lagi la. hihi minggu lepas baru cakap nak share benda berilmiah tetibe dah kembali kepada game kekeke.


sebagai seorang pemain sims yang dedicated, aku sering juga dihujani dengan tanggapan "apa yang bestnya main sims ni, macam budak budak je?". well, i might be 24 but i'm a child at heart hewhew~~. apa la anda terus menganggap permainan sims ni untuk budak budak jer, cuba tengok youtube dan search lilsimsie, vixella dan deligracy-- adakah mereka kelihatan seperti kanak kanak? kekeke.


bagi aku, main sims ni bosan kalau kau buat sims je mesti nak yang paling flawless, pasang cheat motherload sampai duit berjuta lps tu terus buat banglo besar. man, that's why your game is so boring. tapi sebenaqnya ada je orang yang enjoy main macam ni cuma korang kena tahu, this is not the only way to play the sims. mari aku share sedikit tips untuk level up your sims game!


#1 play with challenges


selalunya kalau nak lebih keseronokan masa main sims, mainlah dengan challenge. dalam community sims ni, banyak challenge yang tak official dicipta oleh pemain pemain lain. antara challenges yang famous termasuk:


 not so berry challenge 

untuk not so berry challenge ni, setiap generasi akan diberikan satu warna. pakaian dan rambut dia mestilah ikut warna generasi dia ni. traits, personality, career dan aspiration sim ini juga akan ikut warna tu. kemudian dia ada la mcm missions untuk disiapkan sebelum riwayat hidup sims ni tamat. sebelum sims ni diambil oleh grim reaper juga, dia sebolehnya kena ada heir untuk teruskan generation sampai ke generation ke-10.



contoh sim first generation aku untuk not so berry challenge. theme color dia ialah mint.



traits, aspiration, career dan rules untuk gen 1.


 rags to riches 




aku rasa budak budak mungkin tak suka challenge ni dan aku buat conclusion ni sebab aku tahu adik aku tak suka hahaha. rags to riches ni challenge dia cuma korang kena mulakan hidup sims kau daripada 0 simoleons. duit initial 20,000 simoleons tu buat beli tanah paling besar je lepas tu kena kosongkan. challenge dia ialah kena jadikan sims tu kaya, ada mansion bernilai 100k simoleons dan duit dalam reserve dia pun kena 100k simoleons. kalau nak lebih mencabar boleh upkan nilai simoleons tu. bagi la sims tu sekali sekala merempat dan tidur dalam dumpster. ni asyik hidup mewah je. lemah!



 legacy challenge 





legacy challenge adalah the OG of all sims challenges gituh hahaha. very simple, with the initial 20k simoleons yang diberi, bawa family anda berkembang hingga 10 generations! kalau nak adventure lagi, boleh bawa sampai 26 alphabetical generations! kalau google boleh jumpa banyak version untuk legacy challenge ni. aku main yg rule tak ketat sangat. now i'm on gen 3 of my first legacy challenge!



#2 building!


aku difahamkan yang ramai juga orang yg suka main sims untuk bina bina rumah dan deco deco je kan? kalau lama lama tu bosan, korang boleh cuba spice up your building game. meh aku suggestkan beberapa idea untuk have fun building in sims.


ini as how it was named, korang boleh recreate korang punya real life house ataupun cari floor plan dekat internet dan recreate. mesti mencabar sbb scale real house dgn sims tak sama! 


shell challenge 




shell challenge adalah buat rumah guna dinding yang dah ada. means mcm ada orang buat exterior walls of the house, dan kita cuma boleh tambah wall dalam rumah je. challenging kan sbb kita kena ikut bentuk rumah yang dah ada! silalah rujuk video kalau tak paham aku describe wakakaka.


selain tu ada juga beberapa build challenges lain mcm no mistakes challenge dimana korang tak boleh undo atau delete anything that you have placed dan mcm mcm lagi. boleh refer video deligracy di bawah ni.






#3 invest dekat packs and kits!


kalau betul betul minat and ada duit lebih, boleh saja expand your game dengan membeli packs and kits, jadi bertambahlah items, worlds dan gameplay yang korang boleh main. aku nak disclaim, only buy kalau korang rasa korang akan main banyak kali sbb packs sims ni mahal mahal, kalau nak main sekali dua sangat tak berbaloi. tapi jangan la splurge your money sampai nak kena crowdfund duit bayar ptptn pulak! 😠



terlalu banyak dlc sims, so beli lah bila rasa betul betul nak main jerr



untuk baca lebih lanjut pasal packs untuk main sims, sila klik sini 😁



#4 guna mods!


! perhatian, mods ni kena rajin update setiap kali ada patch baru and size dia boleh jadi besar so sila hati hati untuk guna mods, baca documentation dengan teliti okies! !


macam aku pernah explain suatu ketika dulu, mods ni adalah code yang merubah/menambah element game tu kan. so kalau sesiapa yang nak main extra extra sikit, bolehlah cuba berkecimpung dengan dunia mods. tapi kena rajin update tau sebab kalau game tu latest version tapi mod tak compatible, boleh crash game tu. so only use mods bila anda betul betul dah baca documentation mod itu. kat bawah ni aku share list mods yang akan sentiasa ada dalam game aku.


ui cheats extension





ui cheats extension ni dia basically cheat untuk senang nak tukar weather ke, nak fill up needs dgn cepat dll. ni category tuning mod je sebenarnya, tak improve gameplay pun.




grannies's cookbook




grannie's cookbook ni function dia untuk tambah resipi dalam game sims tu je. sometimes rasa macam resepi dalam sims tak best, kalau guna grannie's cookbook ni, kita boleh download resepi2 yang orang lain buat. aku pernah jumpa resipi briyani dengan pulut mangga tau. rare tak game sims aku? hahaha.



explore mod




explore mod ni aku guna sebab kadang tu dalam family sims aku ada sampai 8 orang, penuh household. pastu aku malas nak layan dia, ataupun dia dah tua and retire, so aku akan hantar dia keluar guna explore mod ni. nanti dia akan ada option untuk bawa sims tu pergi kelas yoga ke, kelas memandu ke, pergi konsert ke, flea market ke tanpa kita kena bawa dia. ha senang kerja aku kekeke.



akhir kalam meh aku share satu video let's play dan satu stop motion sims build video untuk korang tengok betapa bestnya main sims ni!





Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 18 Disember 2021

mari belajar tentang sims

assalamualaikum


hai, nama saya nur adina shahira, berusia 23 tahun dan merupakan seorang programmer. hobi saya pada hujung minggu adalah duduk di depan gaming pc saya sambil bermain sims selama 24 jam. maka dengan itu, walaupun saya tahu tidak berilmiah sama sekali entry ini, saya tetap nak share kepada para pembaca tentang sims!


fyi, sims sekarang adalah sims 4 ye maka perkara perkara dibawah merujuk kepada permainan sims 4 di pc ye. pc bukan console mahupun mac so jangan tanya aku kalau kenapa kau tak boleh install mods dekat game kau kalau kau pakai ps or xbox yerr hikshiks.


#1 apa itu game sims?


kalau tak tau memang noob. the sims adalah permainan simulation yang paling legend kat dunia ni. bergenerasi tau dan pernah main sims. you can create your own character with families, friends, any townies. build and decorate their houses. lepas tu kau boleh control hidup sims ni dari kecil sampai besar. nak jadikan dia womanizer ke, ibu mithali ke, nerd ke geek ke police ke sukahati. boleh juga bawa sims ni pergi kerja, kahwin dan berzuriat. pokok pangkalnya simulation la ye. sila tengok trailer kalau tak paham konsep hahaha.




one of my favorites sims trailer





#2 cas? bb? apa itu?



cas dalam sims merujuk kepada "create-a-sim". kat sini la korang boleh buat muka, badan, stylekan dan bagi perangai pada sims korang tu!




situasi cas ye anak anak




bb pula bermaksud "build and buy". tang ni hampa akan beli tanah, buat and decorate rumah untuk sims angpa.



suasana menjadi arkitek murahan sims





#3 expansion pack? game pack? stuff pack? yang mana nak kena beli?



okay so mula mula nak main sims kena ada base game. selepas itu kalau nak upgrade atau ada extra content, barulah kita cakap psl expansion pack, stuff pack, game pack semua ni. 


expansion pack (ep)


selalunya ep ni datang dengan satu world (mcm negara la) baru so sims tu boleh la melancong or jalan jalan kat tempat selain hometown dia gitulah konsepnya.






4 kat atas ni antara ep yang dah direlease untuk sims 4. bila kita beli base game, kita akan dapat 3 worlds je iaitu willow creek, oasis springs dan newcrest. tapi contohlah kau beli ep snowy escape tu kan, dapat la world baru: mt komorebi. mt komorebi ni based on japan gituu so dia bergunung dan bersalju.



3 world dalam base game





world lain bila beli expansion packs



selain daripada dpt world baru, ep juga ada banyak gameplay baru. contoh sebelum beli snowy escape, sims tak boleh pi mountain climbing atau skiing. tapi bila ada snowy escape ep tu sims boleh pi daki gunung komorebi dan main sledding dalam salji! 


selalunya ep akan datang dengan world baru, gameplay baru dan juga baju baju and perabut perabut baru. total content untuk ep selalunya up to 500.



game pack (gp)



gp pula merujuk kepada game pack. game pack ni tak datang dengan world baru tapi dia berfokus untuk add gameplay. walaubagaimanapun, selalunya datang juga dengan sikit sikit cas dan bb items (sila rujuk fact #2). total content baru dalam gp dalam range 100-200 mcm tu.




kat atas ni aku bagi contoh contoh gp. kalau korang ada base game je, sims hanya boleh masak dan makan dirumah. tapi lepas korang beli gp dine out contohnya, sims boleh makan kat restaurant and pergi date! sims juga dah boleh buka kedai makan bila beli gp ni. nampak tak? focus dia ialah untuk tambah gameplay gituu. kalau cas dan bb items pun revolves around the game pack itself contoh mcm game pack dine out tadi, cas items dia macam baju chef gitu while bb items dia macam chef station dan meja kedai mamak kekeke.



stuff pack (sp)



stuff pack ni pula focus dia kepada, well-- stuff jelah. ikut sedap dia nak bagi cas items lebih ke bb items lebih. selalunya seimbang la. takde world baru dan takde juga gameplay baru kecuali kalau mcm kau dapat hot tub kan, so ada la gameplay sikit sikit yang sesuai untuk stuff tu. walaupun dia pack yang lebih kecil daripada expansion pack dan game pack, tapi selalunya total items dia boleh sampai 60++ jugak la. tapi depends, ada yang 20++ something je harga sama so korang pandai pandai la menilai yang mana nak beli or tak ye.




contohnya, dalam base game korang dapat kabinet dapur mcm bawah ni je kan, kalau korang beli cool kitchen stuff pack tu dapat la kabinet dapur baru. tapi gameplay dia masih sama cuma perabut/clothing item je baru



kabinet dapur base game



kabinet dapur baru dari cool kitchen stuff pack



macam aku cakap tadi, kadang kadang stuff pack datang juga dengan gameplay baru tapi kecil je value dia, contoh dalam laundry day stuff pack, dia bagi washing machine, takkan la nak buat deco je kan so dia tambahlah gameplay boleh basuh baju. kalau base game je korang takyah basuh baju. bukan baju korang la, baju sims. kalau korang tak basuh baju busuk!



key features dalam laundry day stuff pack




kits 


dan yang terbaru sims 4 ada keluarkan dlc yang dipanggil kits. kits ni sangat kecik ye dan dia bertumpu. dalam satu kit tu takkan ada bercampur cas dan bb items. kalau kit tu kit cas, maka clothing item sajalah dapat. kalau kit tu kit bb, maka dapat perabut jelah. jikalau kit itu kit gameplay, maka dapatlah sedikit bb untuk gameplay baru. contohnya dalam 3 kits pertama yang direlease oleh EA




seperti yang anda lihat (cehh macam buat presentation kekeke), ada 3 kit. throwback fit kit ada bagi baju baju, seluar and kasut je ikut tema la kali ni macam fitness gitu. country kitchen kit pulak ada perabut dapur je yang bertemakan country (pasang lagu rascal flatts) dan ada juga bust the dust kit where dia bagi kita vacuum and kita boleh vacuum rumah, tanpa kit ni tak boleh vacuum gituu. 


references:
expansion pack price: rm159 (can go down to rm79 on sale)
game pack price: rm79 (can go down to rm59 on sale)
stuff pack price: rm39 (can go down to rm19 on sale)
kits price: rm19 (setakat ni no sale)
base game: rm159 (sekarang always rm39 je kalau ada sale and kalau lucky kena sale kaw kaw pernah turun jadi rm19 je)


aku taknak hasut ek so sebelum beli, silalah timbang tara kos dulu. nak main sims ni mahal, kalau jenis nak main kejap kejap je better takyah la invest beli semua dlc ni, sama ada beli yang mana nak je or download cc je la free. cc? apa tu? credit card? okay meh cikgu ajar kekeke. masa thesis takde pulak semangat gini lols.




#4 mods and cc? what in the snail's poop?



okay first, terms. mods/mod adalah kependekan (?) kepada perkataan modification. bermaksud mod ni boleh tukar atau tuning la kot orang kata. contoh mod jap aku pikir mod apa aku pakai ek?


okay contoh mod yang aku pakai ni nama dia SimDa dating app. dia macam tinder untuk sims. kalau sebelum ni sims nak cari pakwe makwe kena jalan jalan pi disco ke bar ke (hewhew) kan, kalau install mod ni boleh la guna computer atau phone diorang je haaa gitu. kalau nak cari mod tempat yang trusted ialah patreon atau modthesims.






antara modders yang aku guna pernah try mod diorang ialah LittleMsSam, kawaiistacie, midnitetech, deaderpool and banyak lagi la.


cc pula bermaksud custom content. custom content ni selalunya perabut/baju/makeup/rambut/kasut mcm tu. contoh mcm wedding dress tak banyak kan dalam sims, boleh la cari cc untuk ni. cc ni selalunya lebih senang nak jaga dan lebih kecil size dia. tapi hati hati la lama lama boleh jadi bukit kalau kau download banyak banyak wkwkwkwk. 



wedding cc awhh so cute!




antara site yang boleh cari cc ialah thesimsresource atau maxis match cc world. ada beza cc yang selalunya boleh dijumpai dalam dua site ni tapi itu nantilah entry lain kalau rajin lulz.






contoh cc





#5 mana nak beli sims?



sudah tentu bukan di pasar malam kekekeke.

korang boleh beli di sims di origin atau steam. aku pakai steam je, selalu sale tu. kalau ps or xbox boleh la tengok sendiri di website sims yer.



sebenarnya banyak lagi aku nak cerita psl sims ni terutama sekali nak jawab orang yang cakap 'eee tak boring ke main sims'. sabau ek nanti aku telempiak sorang sorang. pastu aku nak cerita juga jenis jenis cc. pastu aku nak share tips download mods, maintain mods, cara nak install cc supaya tak broken. alah banyak la cerita aku. aku ni sebenarnya layak dah kerja jadi simsguru tapi aku saje tak mau kekeke. kalau aku buat kat entry ni nanti orang EA datang bukukan buat jadi official guide pulak wkwkwkwk.


okay sekian la entry aku yang gigih ni. aku pun tak tau kenapa aku gigih sangat buang masa buat entry gini tapi takpelah aku suka. kalau korang nak baca benda berilmiah boleh pi medium atau eli5 dan semestinya bukan di blog aku kbye haks.




Thank you for reading this entry :D