Khamis, 19 April 2018

Trip To Beijing Part 2 (:

Halu halu!

Bertemu lagi kita di blog ini huahua. Ini aku commited sementara masih rajin and idea segar bugar kan. Lagipun mcm mcm janji manis dah aku taburkan di entri yang lalu yakni nak buat survival phrases la, nak citer cane aku study overseas la yada yada hahaha.

So di entry kali ni aku taknak buang masa panjang, aku nak cerita jalan jalan dekat Beijing, ada 3-4 tempat famous yang aku nak sharekan utk korang sebagai reference kalau kalau korang berminat nak bercuti dekat Beijing China ni jalan2. Aku harap dengan entry ni akan membantu guide korang sedikit sebanyak. Aku baru sekali je pergi Beijing, dan aku juga bukanlah paham semua benda yg org dia ckp, tapi insyaAllah dengan pengalaman dan ilmu yang ada ini akan aku coretkan untuk bacaan semua hohoho.


terimalah gambar aku masa mula2 sampai di main gate Great Wall hahahaha xD

a) Tourist Attractions

1) TIANANMEN (天安门)


TianAnMen

Honestly aku rasa Tiananmen ni biasa biasa je. Dia macam park, tapi dlm park tu ada banyak benda. Contoh ada water flower exhibition, kedai2 souvenir dan spring flower room gituu. Untuk orang2 yg suka bergambar maybe just nice tapi untuk aku macam okayy. Tapi aku puas hati dapat melawat Tiananmen tu. 

Untuk pergi ke Tiananmen ni tak susah sbb memang ada Beijing Subway Line yang terus sampai ke Tiananmen tu. Ada 2 stops which are Tiananmen East and Tiananmen West. Dua dua sampai ke Tiananmen, dan dua dua kat Line 1. Tak silap masa aku di Beijing aku turun dekat station Tiananmen West and dari sini korang kena cross jalan untuk pergi Tiananmen tu. Tapi tak silap jugak ada tunnel yg bawa korang ke sana. Once dah sampai dekat security check dia, tourists akan diminta untuk tunjuk passport. Once korang dah lepas, korang akan sampai dekat Tiananmen Square tu and expect banyak tourist yang nak bergambar dekat situ so sama-sama membantu la korang untuk dpt gambar lawo hahahaha. Oh btw, entrance dia kat square tu free je.

Dalam Tiananmen tu sebenarnya ada banyak tempat mcm makam, museum dsb. Tapi aku terus blah dan masuk ke Zhongshan Gongyuan which is mcm park. Emm sebenarnya mmg park pun --' 

2. Zhongshan Park (中山公园)

Zhongshan Park ni location dia dekat gila babus dengan Tiananmen tu. Dia mcm, dalam Tiananmen ada park ni and dari park ni korang jalan kaki je boleh sampai Forbidden City. Zhongshan Park ni tempat dia cantik bagi aku, boleh jalan2, lepak2 and also ada kedai souvenir yang murah. Dekat sini ada entrance fee yang lebih kurang RMB10 / RM6 kalau tak silap aku. Maaf aku tak certain sgt sbb kalau pakai kad student aku dpt harga RMB5 / RM3 gitu. Tapi dia ada few lagi exhibition kat dlm yang kena bayar. Masa aku pergi, aku cuma ambik tiket utk masuk satu exhibition je sbb rasa mcm hahaha tak menarik je yg lain ni (sebenarnya sbb tgh dalam bajet T_T).


Ni je gambar yang aku ada kat Zhongshan Park ni sbb masa ni aku tgh takde mood HAHAHAHAHA

Dekat Zhongshan Park ni susah nak sesat sbb mana2 je ada peta, cuma dlm bahasa Cina la so pepandai la kat situ korang compare nama tempat kat tiket ngan kat peta. Kalau nak tanya police pun boleh ckp "Pu hao yi si, zhe ge tifang zai na li" gituuuu hohoho. 




Ni tempat exhibition bunga yang aku masuk, ada lah dalam RMB3. Kat sini mmg ada real flowers and even ada sakura pun yang di breed kat dalam tu. Untuk peminat2 bunga, mmg wajar korang dtg. Siryes lawa wa cakap luuu. Tapi exhibition dia kecik je so hmm, berhimpit gak a bila dah masuk tu. Ngan bau org tak mandi kiri kanan kan lagi.

3. Forbidden City

Dari Zhongshan park, akan ada jalan terus ke Forbidden City so utk pergi 3 tempat ni je korang dah jimat duit transport sbb somehow dia macam bersambung sambung. Jadi nanti duit lebih bolehlah buat makan Kaoya ye dook??? Hahaha. Tbh, masa aku pergi Beijing aku tak sempat pun makan Kaoya tu sbb tak jumpa kedai dia yg serve halal TT_TT


Inilah pemandangan Forbidden City. Entrance dia ikut musim. Dari April ke October (Spring - Summer - Autumn) harga tiket dalam RMB60 / RM40 gituu. Kalau korang visit November - March (Autumn - Winter - Spring) harga dia lebih murah (maybe sbb sejuk so tak ramai nak jenjalan) so harga entry dlm RMB40 / RM30 gitu. *Harga bukan harga student

Kalau korang nak tahu, entry ke Forbidden City ni mahal sbb dia sebenarnya adalah museum of palaces. Haaaa engkorang boleh imagine tak? Dia satu tempat besar ni yg ada replika palaces yg bersejarah kat China ni. Konsep dia mcm Taman Tamadun Islam gitu. Kalau jenis minat sejarah just nice la dtg sini. Tapi tempat ni sangat besar and ada sangat banyak replika so mmg takkan habis lawat semua punn. Pilih je mana2 yang berkenan untuk lihat.  

Dalam Forbidden City ni dia ada satu pintu masuk (Meridian Gate) and satu pintu keluar (Gate of Divine Prowess) sahaja. Ini bermakna anda tak boleh keluar dekat pintu masuk and tak boleh masuk kat pintu keluar HAHAHA. Dan aku bagitahu awal2 sbb info ini sangat berguna: kat pintu keluar Forbidden City tiada ye, tiada subway line ye wahai sahabat sahabat. Tapi ada bas yang lalu so silalah buat research untuk tempat yg anda nak pergi dari Forbidden City ke destinasi seterusnya agar anda tidak tersalah ambil bas. Dekat sini, bas dia ada conductor sbb selalu penuh. Dah la tourist attraction tapi takdak subway, memang gaduh a citer dia hahaha. So ketepikan bentar adab sopan tu, press yourself into the queue selagi mampu and jangan pisah dgn group anda sbb siapa je tahu bas seterusnya dtg bila since traffic pun quite heavy kat situ. 

Kalau korang berminat, dekat Forbidden City ni ada banyak buat tour guide service and they can speak so many languages. Pilih je yg mana. Kalau taknak ada tour guide juga korang ada option untuk sewa device yg bagi audio guide. Tapi aku kurang pasti psl harga dia sbb tak ambik. 

4. Temple of Heaven 

Temple of Heaven ni bagi aku cantik sangat sejuk mata memandang gituuu konsep dia. ToH ni kitorang visit masa hari ke-4 kitorang kat Beijing. Untuk sampai ke sini korang boleh naik Beijing Subway Line 5 ke Tiantan Dongmen (天坛东门). Kat sini kitorang spend masa yang agak lama sbb menarik tempat dia and banyak beli souvenir sbb murah2 and boleh tawar kaw-kaw punya.

Entrance fee dia around RMB15 / RM10 and sama juga macam yg lain, dia ada fee lain utk exhibit2 tertentu yang tentulah jugak aku tak bother untuk ambik muahahaha. 


Cantikkkkk :D

Kat Temple of Heaven ni la yg ada kedai yg korang boleh sewa utk pakai kostum org China for a period of time and kat sini juga ada banyak kedai souvenir. Aku tak pakai kostum sbb mahal bos. Tapi souvenir kat sini aku banyak beli hahahaha. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak lawat kat sini sbb kejar masa tapi percayalah, dalam semua tempat yg ada kat Beijing, ini paling lawa hehehe.

Dekat Temple of Heaven ni kan naik Line 5 subway, tak silap aku kalau korang stop dekat station Ciqikou, walking distance korang akan jumpa kedai makanan halal. Masa kitorang jumpa tu haha memang tak hengatt siap tapao lagi untuk makan esoknya hahaha. 

5. National Stadium 

Ingat tak 2008 Olympics kat Beijing? Ingat tak the famous Bird's Nest Stadium tu? Haaa kitorang sempat pergi situ and tengok sendiri the beauty of it. Entrance fee untuk tengok Bird's Nest Stadium tu free. Tapi kitorang tak masuk dlm stadium sbb that one ada bayaran sekali dgn tour so kitorang just bergambar dari luar je. Yang ini pun masuk tunjuk passport jer. Itu pasal bajet rendah kalau ikut itinerary aku dah semua tempat tunjuk passport je huahuahuah XD



Tu diaaa semua tempat yg kami lawat masa trip pergi Beijing tuu. 5 tempat ni semua kami lawat dlm masa 2 hari. Untuk pergi sini, naik Beijing Subway Line 8.

So skrg aku akan bg a few more tips untuk sesiapa yang nak melancong ke Tanah China ini. Silakan baca, harap bermanfaat.

b) Tips 

1) Solat
Dekat negara China ni nak solat susah sikit sbb mmg government rules tak boleh solat di tempat public. Untuk HK and Taiwan aku tak sure sbb belum pernah sampai tapi utk Mainland China, kalau boleh cari tempat2 yang betul betul tersembunyi utk menunaikan solat. Kalau darurat, solatlah duduk. InsyaAllah okay aja.

2) Cari souvenir
Orang China ni sangat terkenal dgn menjual barangan murah. Masa aku pergi Great Wall, dekat tepi2 jalan tu mmg banyak kedai souvenir. Cara nak beli, korang start dgn tanya harga "tuo shao chien" dan buat muka habis interested la yang kalau tak dapat tu mmg nak guling bom kat kedai punya interested. Pastu the first time dia sebut harga tu, sila nego sbb korang boleh dpt harga yang berganda murah dari harga asal yg dia sebut. Siryes, barang kat sini kalau souvenir atau jual tepi jalan murah2 je so jangan terus beli at first sight. 

Aku boleh cadangkan beberapa phrases utk nego. Caranya, mulakan dgn ckp korang takde duit, tak mampu dan lps tu baru acah2 sebut harga. Contoh:

"Oo, tai kui le. Wo mei you chien." <-- dekat sini dorang dah akan acah2 pujuk korang. Kalau tak pujuk, terus blah. Tapi kalau dia dah start pujuk, boleh nego lagi, asal jangan cancel nanti ngamok org dia kau dah nego sampai gajah terbang tapi tak beli. 

Bila dia dah start nak nego tu, korang nego lagi sampai lah dia dah sebut tu mcm 'ala aci kalau awak tak ambik harga ni saya rugi' then maksudnya tu paling lowest dia boleh bagi so angkat je. Kalau dlm condition mcm ni, mmg adat utk beli and susah nak dpt org kat kedai2 lain yg pujuk mcm org ni lagi dah.

Aku pernah beli satu silk robe dkt Great Wall tu harga dia RMB150, tapi aku nego sampai RMB70 sebab sebenarnya dia boleh je jual harga murah cuma dia tak tau korang tau. So nego je. Tak salah mencuba kann? ;)

Satu lagi tips bab beli souvenir ni ialah kalau korang terjumpa barang yg korang suka and korang rasa mahal, try nego pun tak nak bincang, teruskan jalan. Selalunya kat tempat2 macam ni, dorang terpaksa jual mahal sbb sewa kedai. So cuba tgk org2 tepi jalan yg selalunya jual barang sama tapi dgn harga yg jauh lagi murah. Contohnya aku pernah nak beli satu Tiananmen building kit ni, dkt bazaar dalam ToH sampai RMB80, keluar jauh sikit dari temple dia, ada yg RMB60, jalan lagi ada yg RMB40, dah hujung2 sampai park je nak dkt entry tu ada yg jual RMB25. So jangan putus asa cari souvenir murah okayyy :DD

3) Transportation
Bus dekat seluruh China ni rate dia sama mcm rapid, RMB2 je utk setiap ride tapi korang wajib prepare duit cukup2 sbb baki selalunya tak dikembalikan. Kalau nak naik subway, download lah awal2 app Beijing Metro Map sbb sangat useful. Senang nak cari public transport tapi kena sure dengan tempat yang korang nak pergi. Masa plan trip tu, study and screen shot semua jalan, line, number bas and landmark tempat tu. Kalau boleh, ingat bentuk tulisan cina dia sbb kadang2 korang akan encounter signboard yang takde pinyin atau english.

Note juga yang kalau korang sedang sesat and berteduh dkt bus stop (selalunya selamat sbb org lalu lalang), dont expect taxis to stop sbb dorang mmg takkan berhenti dkt bus stop. Just be patient for the bus to arrive yer. 

4) Culture
Orang dkt China ni kadang2 tak berapa hygienic, especially bab bab toilet. Susah sangat nak cari toilet yg bersih apatah lagi berbidet. So silakan la prep banyak2 wet tissues dgn tissues, cawan cebok atau botol air extra utk isi air andai korang perlu guna tandas. You will need those a lot. 

Also culture kat sini sangatlah berlainan dgn tatasusila orang negara kita. Kalau yg potong queue berlambak toksah citer. Kalau korang naik subway time peak hour, memang mcm Train To Busan dah situation dia so toksah nak acah2 berhemah sbb takde org layan, ekau je yang kena tinggal tren kekgi. Bila tgh nak naik tren, berebut supaya dpt tempat and dont chu care about what other people think. Tapi once dah board tu, kalau ada insan2 memerlukan then itu morally correct la utk korang bagi duduk. 

Kadang tu orang China ni agak peramah bila dia tengok orang pelik2 macam kita (sbb pakai tudung) so kalau kena sapa tapi tak tau nak ckp apa, boleh cakap "Wo shi Malaysia ren. Wo pu hui shuo hanyu. Wo ting pu tong." ha dah selesai nanti deme akan tinggalkan kome walaupun masih memandang mandang hahaha. Orang2 China ni juga tak kisah main langgar2. Kalau korang kena langgar bahu masa jalan etc and dia tak minta maaf tu namanya bukan takde manner bagi dorang, tapi itu cuma culture dia. So pergilah langgar semua orang kat stesen tu takdok yang nak marah tapi kalau kena marah hahaha padan muka ekau.

Selamat bercuti! :D

p/s: aku tahu pinyin (itulah cara belajar dkt sini pun) tapi kalau aku tulis exact pinyin utk korang refer kat post ni, aku kena include sekali pronounciation sbb cara dia sebut 'j' ,'z', 'c', 'q' tu tak mcm kita. So aku mudahkan (insyaAllah utk sama2 belajar juga) dgn menulis directly cara sebutan yg org sini faham.

Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 14 April 2018

Beijing Day 1 - Mutianyu Great Wall and Tips

Assalamualaikum and good day everyone. Pheww, dah lama gila tak blogging. Baca tak posting lepas2 yg macam acah nak komited dgn blogging tu? HAHA, acah bro acah. Tapi untuk menyedapkan hati ini, aku kenalah justify yg aku bukan malas (walhal memang malas) tapi lebih kepada takde ilham. Yelah, aku study kat MSU je, rutin aku pergi kelas, makan, balik, solat dan tidur je. Takkan nak buat entry yedokk? Haha okay jom kita fight, "bukan haritu acah nak buat challenge ke sbb taknak miss update blog?" Sekali lagi rakan-rakan, itu semua acah semata.

Tapi macam biasalah bila dah start menaip tu, kompem perenggan pertama tak pernah nak terus masuk point. Hmm. Jadi sebelum aku mengarang mengarut2 lagi baik aku terus straight to the point jelah sementara minda masih dalam kawalan.

Okay so harini kita nak cerita psl travel. Alhamdulillah aku diberi rezeki utk study overseas so modus la untuk pergi travel mana2 tempat berdekatan. Kepada sahabat handai yang follow aku kat insta tu sedia maklum yg sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran di China. Cerita macam mana boleh sampai ke sini tu nanti kita separate entry lain hokehhhh.

Previous winter which was my first winter ever, aku dgn a few of my friends pergi melancong ke Beijing. Iyalah bila dah sampai China, haruslah pergi Beijing kan, ia bukan sekadar capital city tapi ia juga tempat terletaknya The Great Wall of China yang korang tgk Matt Damon melompat lompat tu. Haaaa, maka sebab dah duduk dalam negara itu, aku idoklah melepaskan peluang untuk melihatnya dengan mata kepala sendiri. Haruslah haruslah haruslah kannnnnn.



So dalam entry ni akan aku ceritakan itinerary, budget dan tips untuk sampai dan have fun di Beijing. Tapi perlu diingatkan (disclaimer) bahawa aku punya itinerary dan tips tu applicable utk semua org tapi budget tu kenalah buat estimation balik since aku guna currency RMB dan aku depart pun dari Wuxi, China dan bukan dari Malaysia.

BEIJING, CHINA (FEBRUARY 2018)

Trip aku dan kawan-kawan ke Beijing secara kasarnya (termasuk pergi-balik) ialah 7 hari 5 malam. Ini adalah kerana kami buat budget trip yang sgt low cost so that boleh jimat and boleh shopping souvenir utk orang orang kampung halaman yang tercinta. Terkojut ko deme tengok kawe pergi Beijing sampai seminggu? HAHA tidak rakan rakan, itu namanya bukan budget trip kalau pergi sampai seminggu genap. Aku depart ke Beijing menaiki tren kos rendah (slow train) meredah perjalan selama 14 jam. Tiket murah train dari Wuxi-Beijing berharga RMB143.60 which equivalent to around RM80 gituu. Tapi itu tiket paling murah dan paling tak convenient. Tapi kami terpaksa ambik train tu sbb beza dia dgn bullet train yang maha selesa ialah beratus-ratus.

Di China ni untuk train kos rendah ada jual standing ticket whereas walaupun seat semua dah penuh, still boleh board tapi kena berdiri atau bawa kerusi sendiri. Aku book tiket 2 minggu awal tapi itu pun tak sempat dpt tiket duduk jadi aku tergolong antara org yg kena berdiri sepanjang 14 jam perjalanan. Tapi aku pepandai survive la kan duduk atas luggage. Asal sampai selamat hendaknyaa. So point dia kat sini ialah perjalan aku pergi balik je dah sehari sehari maka sebenarnya kami stay dekat Beijing tu 5 hari 3 malam jerr. Tapi insyaAllah kalau korang ikut itinerary / buat reference aku ni sempat lawat tempat femes yang org2 kita duk kabo kabo tuu.

So aku akan bahagikan entry ni kepada 2 parts supaya senang nak baca hokehh.

1) The Great Wall of China

So aku gerak dari Wuxi pada 19 Februari 2018, train jam 1930 malam. Aku arrive di Beijing Railway Station pada jam 0900 pagi waktu Beijing. Sesampainya di railway station tu kami terus shoot ke accommodation kami yang terletak di Jiangtai. Aku nak highlight kat sini yang aku amat berpuas hati dengan kawasan tempat tinggal ni sbb dia sangat public-transport accessible and senang juga nak route jalan ke tempat2 tourist attractions.

Kami depart dari rumah (AirBnb) awal gila, sekitar pukul 0830 pagi sbb Mutianyu Great Wall agak jauh dari Jiangtai. Dari Jiangtai, kami naik subway ke Dongzhimen. Sidenote, Great Wall ni ada banyak pintu masuk so once korang dah plan trip and dah book hotel, korang cari pintu masuk yg paling dekat dgn kawasan hotel korang. Kami tak tau yg Great Wall ada banyak pintu masuk. Esoknya tu baru tau wahh rupanya ada je pintu masuk yg dekat dengan Jiangtai, nama dia Badaling. Tapi kami tak pergi situ lah wahh kau nak pergi Great Wall dua kali terus jadi athlete negara la kalau gitu stamina ekau hahaha.

Dari Jiangtai ke Dongzhimen tu tidaklah jauh, macam naik LRT dari Subang Jaya ke KL Sentral je cuma ada 2 kali tukar line. Tapi Dongzhimen ke arah Mutianyu ambil masa 30 minit. Dongzhimen itu adalah transport hub dan dari situ, anda kena naik bas yang kira2 dalam RMB24 / RM15 approx. Nanti dlm lebih kurang 30 minit korang akan berhenti dkt satu bus stop. Dekat situ akan ada tourist guide yg akan offer korang naik limo straight ke main gate Mutianyu kira2 dalam RMB100 per limo. So naik la ramai2. Kalau pergi sorang ajak pakat la kawan sebelah dalam bas kalau idok meroyan kome balik daerah naik limo pergi pintu masuk aje dah RMB100.

Limo yang aku mention tadi warna hitam, dan org yang bawa tu pastikan dia pakai vest yang ada tertulis Beijing City Guide atau seangkatan dengannya. Limo hitam ni driver ni mmg designated so kalau kau pandai borak, minta la dia ambik korang dari Mutianyu balik ke bus stop lps dah habis merayau kat Great Wall tu. Kalau org baju biasa tu agak2 scam so kalau boleh elak. Ada juga bas terus ke Mutianyu which is bas H23 tapi dia punya frequency rendah so takut susah nak dpt. Terpulang pada budget masing2. Ada lagi satu option which is teksi kaler biru, tapi korang kena tahu cakap Mandarin utk bagitau location yg korang nak pergi. Teksi kaler biru ni lebih murah.

Perjalanan dari bus station tadi ke Mutianyu pula makan masa dalam 30 minit lagi. Tapi scenery dia cantik2. Kalau korang naik limo yg aku introduce tadi, dia akan suggest korang stop dekat satu kedai runcit utk beli air mineral which is very vital utk pendakian korang di Great Wall nanti sbb makanan, minuman dekat Great Wall amatlah mahal ye kawan kawan. Either bawa bekal air, atau beli je di pit stop itu.

Sesampainya korang di Mutianyu Great Wall itu, korang akan terus dibawa masuk oleh tourist guide yang tadi bawa limo untuk tolong korang beli tiket masuk. Hah bagus ke idok dia idoklah meninggalkan kalian lepas sampai Great Wall but dia tolong guide sampai korang tiba di kaki Great Wall ituuu.

Approximate rate korang utk masuk Great Wall ialah RMB40 which is around RM15 utk adult. Tiket aku murah sbb aku ada student card muahahaha. Kat sini, aku cadangkan korang ambik tiket shuttle round trip RMB15 / RM8 approx sbb kalau ekau nak berjalan dari pintu depan ke kaki gunung gamaknya ekau kena bermalam di sana sbb jauh anaknyeee. So ambiklah shuttle bus, dalam 20 minit sampai kaki gunung. Haaaa, sebelum ada budget travellers yang tak kira nak berjalan jugak, aku ingatkan la dari kaki gunung ke tower Great Wall tu ada dlm 1000 anak tangga, so takpe, takyah. Penat, jauh lagi. Naik je shuttle bus tu, murah. Kalau yang datang dgn family and ada warga emas, boleh naik cable car juga dalam approx RMB120/RM70. Untuk anak2 muda macam aku ni, aku cadangkan korang experience la jalan naik sendiri ke puncak Great Wall. Bila lagi kan kalau bukan time remaja gituuu.


Ini adalah pemandangan semasa pendakian. Memang tangga dia very steep and inconsistent so ngelak la rela pakai high heels utk ambik gambar sebab wa cakap luuu, memang penat. Kalau rasa perlu berhenti, take a break, duduk kat tepi2 memang ada sediakan meja and bangku. Slow, but steady ye kawan kawan. Korang kena ingat yg kita nak naik ke tempat yg tinggi so kadang tu boleh mengah. Jangan rushing, enjoy the hike ~~


Ini pemandangan dia bila korang dah sampai kat puncak atau dipanggil, Tower. Dekat Great Wall ni ada banyak tower and korang boleh jalan dari satu ke satu tower tu ikut kemampuan masing2. Aku? Naik satu tower je muahahahha.

Kan tadi ada mention, penat panjat Great Wall tu, tapi once korang dah sampai kat Tower tu, korang akan rasa best sebab the view is very breathtaking! Tolong la kalau datang China, make Great Wall one thing in your bucketlist :D


Nilah rupa dia Great Wall tu. Yeah, nampak macam benteng biasa. Tapi dari tower tu bila korang nampak betapa panjangnya Great Wall ni, korang akan amazed sangat dgn structure dia. It's soooo COOL!


Ni view from pendakian sebelum sampai ke Tower. 

2) Tips 

Okay so part 2 of post ni aku akan share sikit2 pasal tips utk sesiapa yang rasa mcm nak melancong ke Beijing. 

Language Barrier
So first and foremost, even if Beijing ni capital of China, majority of speakers kat sini speaks in Mandarin. Tak senang (tapi tak susah sangat) utk cari org yg boleh communicate in English. So beforehand, suggested korang buat research utk survival phrases yang insyaAllah aku akan buat in another entry. 

Kalau korang rasa korang dlm time constraint utk hafal2 phrases, korang boleh juga gunakan Google Translate untuk communicate dengan orang2 kat sana. Tapi expect a little bit of work sbb kekadang org kat sini malas nak layan kalau lambat2. At least, prep apa2 kemungkinan soalan yg korang nak tanya atau komoditi yang korang perlukan and terus translate dari rumah. 

Makanan Halal
So far masa kitorang stay di Beijing, dekat kawasan Jiangtai tu sendiri ada restoran makanan halal. And kawasan Beijing Railway Station pun ada a few restoran halal so alhamdulillah bab makanan halal kat Beijing ni senang cari. 

Hint: Keyword untuk cari makanan halal di China ialah (清真), refer logo ini (sebutan: Qing Zhen, cing jen)

Penginapan
For our trip, kitorang chose to stay kat airbnb because nak try, and very the murahhh and very the selesa. Tapi susah nak cari. As korang semua tahu, China tak pakai Google mcm kita so bila korang guna Google Maps untuk cari tempat2 terpencil, kadang2 tu dia tak updated atau tak accurate so make sure korang cari survival phrases yaa!

Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan dan sehati sejiwa, aku haruslah menyampaikan maklumat yang amat penting ini untuk membangunkan bangsa! Ecece acahh. Okay so straight to the point, dekat Beijing aku sarankan korang book hotel online before korang sampai. Jangan jadi traveller yang sampai sana baru nak cari hotel dsb. Ye aku tahu kita sukakan cabaran tapi bila kita datang ke negara orang yang bahasanya pun kita tak tau, maka eloklah kita dtg secara prepared. Pesanan aku sebegini adalah kerana amat susah ye, untuk foreigners dpt hotel murah dkt Beijing. Sangat susah. Hotel bersepah tapi kalau hotel2 budget yang kira2 bawah 3 stars tu mmg tak ambik foreigner as guests so silalah book online supaya korang tak penat mencari setelah mendarat.

Also, masa korang nak book hotel online juga sila buat research, baca review dan tgk house rules/side notes kat hotel tu. Pastikan hotel yg korang nak book tu terima foreigner okay. Sebab kita tak tau process refund ambil masa banyak mana lagi2 kalau kita dlm tight budget kann. So beware. Jangan cakap adik tak pesan yerrr.

Tempat-Tempat Melawat
Masa aku pergi Beijing, 5 hari tu just nice untuk cover semua tempat2 famous / tourist attractions yg common antaranya Great Wall (tak kisah pintu masuk mana mana), Forbidden City, Temple of Heaven, Bird's Nest Stadium, CCTV Headquarters dan Tiananmen. Untuk hari first aku sampai di Beijing, aku just rehat sbb perjalanan dah 14 jam dalam train low budget tu membutuhkan tenaga dan fizikal yang agak kental ye. Tapi untuk flyers, tak salah untuk terus mula travel. Tapi aku sarankan korang take a day break, ataupun just survey kedai2 makan halal. 

Second day aku mulakan visit ke Great Wall dan itu je tempat yang aku lawat untuk hari tu. Ini adalah kerana korang akan penat gila sbb mendaki dan untuk sampai ke puncak tu lama, kalau mmg orang2 biasa yg just dtg travel physically unfit and unprepared. Great Wall tutup pukul 5 so kalau korang jalan2 tempat lain then pergi petang maka rugilah kalau tak sempat duduk puncak and ambik gambar puas2 whilst kalau korang plan tempat lain after Great Wall ada probability yg korang nego utk postpone plan sebab penat dia tahap mintak gaduh beb hahaha.

Tempat lain lain tu semua tak susah nak pergi selagi ada subway station so boleh fit 2/3 tempat sehari. So letakkan Great Wall tu as a special ocassion yang dia sorang je korang lawat dalam satu hari tu.

Okaylah, aku rasa macam dah panjang entry ni. Aku harap korang manfaatkan sedikit sebanyak tips travel ke Beijing ni dan aku harap juga sedikit sebanyak ia membantu korang utk pastikan trip korang lancar. Kalau ada apa2 soalan lagi aku alu alukan dekat mana2 platform je as long as it helps yaa. InsyaAllah dengan kerajinan yang ada aku akan gagahkan diri untuk buat entry tentang tempat2 menarik yang aku visit di Beijing serta budgeting tips. Dalam next entry juga aku akan kepilkan tentang transportation etc. If korang nak baca apa2 lagi dlm next entry psl Beijing just ask, i'd be happy to help :D 

Selamat melancong!

Thank you for reading this entry :D

Isnin, 9 April 2018

Visiting Dubai (:

copied from old blog, visit is on 2013

assalamualaikum.

well, honestly i did not went to dubai any time this year. in fact, i did not actually moved my butt a lot. i just do most of my works on a sofa sampai mampos. yelah, kerja apa je aku buat. duk depan laptop tengok movie sampai habis hari. blog fatin liyana ngan irine nadia pun dah habis khatam aku baca. bukti kukuh aku memang tidak reactive kepada surrounding.

kat maktab pun, i am almost lifeless. huh. senang jadi aku, tak merasa hidup semasa hidup. lol. bunyi macam tak bersyukur gila.

however, i do want to be one of those bloggers who tell stories about their vacations. i want to share my travelling experiences biarpun aku tidaklah berjalan mana. aku tanam bontot kat sofa. maka nanti segala bau kentut melekat kat situ. it's not gross. it's memorial actually. nanti aku mati, ada la tu orang nak hidu kentut aku. ewww. gross.

and my dreams up there walks us to the existence of this entry, visiting dubai. yelah, tak mampu aku nak pergi oversea every year kan. holiday pun memang tak arr nak pergi sana. well, aku pun tak bercita sangat nak melancong meninggalkan tapak kaki aku kat negara negara asing sbb nanti tukang sapu dia sapu gak bekas kasut aku kan *huh?*. prince charming ain't gonna track my kasut kan. memang tak arr. memang tak arrmemang tak arr. aku cuma berangan nak melancong with my own money nanti. travelling masa belajar di oversea ka. that kind of travelling. haha.

okay, dah jauh sangat dah menyimpang ni. so, this is my travelling experience ke Dubai, United Arab Emirates ye anak anak. FYI, i went here with my school mates aka seniors because this was an educational trip instead of a holiday vacation. i went there, representing my college for some english-based tournaments (debate, writing, quizzes). i would just re-cap all this throwbacks in one post because dah lapuk sangat dah. kalaulah ni kari ikan, dah lama dah berkulat membongak kari tu. maka kalau aku angkat lagi dia jadi kisah ujub pulak walaupun pergi school trip je pun tak seberapa. jadi, this is like, a summarized experience jelah.

"lama sangat dah ke hang pi dubai tu?"
well, haha. last year punya kari ikan la ni yang nak angkat balik. MUAHAHAH.
nampaklah kemarau akal tapi desperately trying to be a travelling bimbo. pheww.

dah, stop babbling. it gives out nothing.
bismillahirrahminarrahim.
Dubai, United Arab Emirates (June, 2013)


so, this is the view of dubai. the main city, i guess. haha. yelah, kitorang bukan datang jenjalan kut tak mungkin nak travel satu dubai kan. technically we only went to some parts of dubai. 

FYI, we stayed in Holiday Inn Express, Jumeirah. and the duration to get to the city (dubai mall, mall of the emirates, burj khalifa) from our hotel in jumeirah is like 45 minutes. yeah, the road is surprisingly very entertaining tapi aku kan, haha macam tak kenal *ok memang tak kenal pun obviously*, i am nocturnal. like a bat. i sleep la along the journey because on the night before, i was like, tidur lambat thinking if i am living in reality or dreaming. yelah kau jakun. first time kut pijak oversea tanpa family kan. hebak gak ah aku ni kiranya boleh survive lol xP

frankly speaking, aku sangat adore kebersihan jalanraya kat dubai. jalan sangat bersih and cantik gila. sumpah. i think, you can actually practice your visual imaginations just by seeing the pictures =D


FIRST DAY (:

what happened is, we actually have to be there for like 4 days tapi sir decided that we could use the opportunity to actually have some holidays. so we went a day earlier and we went home one day later. hahaha. memang perabis duit je lol.

the picture was us in dubai mall, we visited the aquarium sebab that was the first attraction we saw bila masuk mall. kat dubai mall ni la ada the largest tank in the world. we did have the photo kat atas tank tu (siap bayar Dhr125 lagi --') tapi malangnya we only have the hard copy so it's like impossible la for me to put it up here since i am lazy kan. haha. 

dah kalau debate, mustahillah kalau aku je yang bukak case, jelaskan isu dan bangkang lawan kan ohoooo what i meant to say is we went there in team. i have my 2 male seniors dalam team aku and bersama seorang guru pengiring lelaki jugak -- which means yang i got a whole room for only myself. best gila sumpah. dah la bilik semacam nak kongsi kan. sama size ngan bilik dak dak laki tu. dorang berkepit dalam satu bilik tu 3 orang meanwhile aku boleh bergolek dari katil sampai ke pintu sensorang. muahahahah xD.

tapi abang botak kat bawah tu is a stranger.
and the biawak is very hensem so i have to give him some credit la.
ikan kat tepi tu untuk teman si biawak agar si biawak tak berasa keseekoran. 

melihat pada gambars tu, i believe that you can conclude that the aquarium itself is so enlightening. ada jambatan gantung and a lot of mini monuments to have pictures at. to photo flicks memang heaven la if you like to take photos with such themes kan. seriously, puas melawat aquarium ni. the animals pun yang rare jumpa, maybe only for me kut. because i spent my days mereput di sofa rumah. waiting for 2015 to leave me cepat cepat. god, i want to finish school right now jugak T__T.


 so, seperti kebiasaannya, lahir sebagai seorang pelahap menjanjikan review restoran kalau pergi mana mana kan. haha xD. 

so, after visiting the dubai mall, we berjalan jalan dalam panas, naik metro sampai nak senja untuk visit mall of the emirates yang besar gedabak tu. we didn't even had the chance to walk through the whole mall. it's even bigger than mid valley. memang kalau kau cakap kau tak puas masuk mid *tertakluk kepada aku jugak sbb aku orang kelantan*, memang kau akan rasa melukut di tepi gantang sangat kalau kau keluar awal mall of the emirates because i swear you're gonna need more than 4 hours to just walk around without buying anything. besar gila.

tapi, kitorang pergi mall of the emirates bukan untuk membeli belah since we're on tight budget actually. aku takdelah nak beli sangat barang2 kat mall sbb semua tu kat KLCC pun got maaaa. i was saving my bucks for souvenirs yang murah murah kat jalan jalanan sebab that one are the ones that we don't have even in Pavilion apatah lagi masjid india. 

jadi, apa yang kami buat di mall of the emirates? kami makan! hahaha. sebab lapar gila. i didn't even ring a bell if we already had our meal or not on that day. sumpah tak ingat. masa tu dah dekat maghrib, gelap so we decided to stop at IHOP sebab our sir cakap it's on him. dah alang nak belanja tak main la makan food court murah murah kan. kenalah masuk kedai steak Dhr100 sekali suap muahahaha xD

those are our meals, batak bimbo gila so semua order steaks and chicken chop kan. air pun tak nak kalah. juices pulak ha. memang sir dah tak ah nak belanja makan len kali. satu malam je ambik kau sekali bil Dhr200+. haha puas hati aku boleh makan. kesah pulak aku duit sir lebur. sape suruh belanja. hahahahah xD


SECOND DAY (:

this was the actual reason why we got here. to bring pride to our maktab. haha. these are our debate pictures. we debated with 3 teams from the other side of the world. debate yang paling best bagi aku was with Hungary (first picture) because we have a handsome fella and a girl wearing short skirt xP. 

no la, i really enjoyed the debate because they talked in a real english accent which impressed me a lot because i haven't heard one live before. it's fun, even if we lost.

let me introduce you to our opponents. the first picture was us against Hungary. the right one was us against Dubai and the last one (biggest picture) was us against Japan

motif gambar japan paling besar?
sebab dalam tiga tournaments tu kitorang menang dengan jepun je. kejam kau hungary. kejam kau dubai. korang tak kesian ke kat aku yang tidak mampu berbahasa sefasih hungary dan selaju dubai. huhu. jepun gak baik. tapi yang hensem sombong macam hampagas. maka aku tak enjoy sebab tak de pun effort nak flirt ngan aku masa debate. kalah buat muka. lol. hahhahahaha. 

*no offense to arabians because i speak very laju too.

whatever it is, we really had fun even if masa tu dah nampak sangat we could not make it to the next level. it was a sad truth tapi it's a truth that we have to accept, put in our bag and leave it at the dustbin depan rumah kak ton. hahaha tak sampai is it? TT__TT


it was the night of the second day, nampak tak kami masih dalam debate attire. aku masih pakai kasut heel dengan kemeja bawak blazer. 

what is this place?

we went to a desert safari. the whole competitors were gathered there to experience dubai's desert. sumpah best gila pasir dia. pasir dia lembut macam tilam mahal. sumpah. bukan tilam lama tukar baru hou liao gama gama nooooooo. nehi nehi. boleh nampak kemeriahan kat gambar pertama where the jakun people from all over the world main golek2 atas pasir lembut tu. and the picture bawah dia was us dalam khemah yang provided. bawah lagi was the buffet table. 

gambar besar atas was the entrance which i adore so much. it's plainly beautiful. imagine my wedding a arch macam tu. omagedddd cun gilo. 

gambar besar bawah was us, sesampainya disana. perjalanan daripada main gate ke safari ni was like 15 minutes plus otak gegar gegar sbb jalan banyak obstacles. the vehicle was somewhat 4x4 (4 wheel drive) since the road was somewhat bumpy.

gambar kanan atas: encik unta's appearance! 
"hola people, adina is so ringan when she was riding me and i love her sooo much."

gambar kanan paling bawah, 
FOODPORN! hahaha
hanya boleh dinikmati dengan tumbersaran gambar peace xD

and balik malam tu keadaan berpasir, penat gila babun maka katil hotel pun turut berpasir. 
sebab masa tidur, batu belah batu bertangkup berkecai pun aku tak heran. 

and before we move on, bukti kukuh pasir lembut is....
















hahaha jakun gila main pasir lembut. kat malaysia telan pasir boleh berdarah halkum. pasir dubai geletek urat tekak je. hohoho.

weh, jangan try telan pasir malaysia. nehi nehi


THIRD DAY -- THE NIGHT

well, honestly the activity on the day tidak menarik dan tidak sempat digambarkan maka aku share yang malam punya aktiviti jelah sbb banyak gambar. 

of course la, sebab malam tu ball kut. mestilah gambar beriban kan. 
well, FYI the ball was held at JWW Marriot Marquis Dubai. hotel sumpah cantik besar gila. memang puas pijak karpet lembut empuk tidur taknak bangun sampai lusa.

agenda pertama masuk ballroom ialah mencari sebanyak mungkin lelaki untuk mencetuskan kontroversi lagi, hahahha. apa barang ambik gambar dengan perempuan kan takleh buat skandal. hahahahahahahaha.

gambar 1 : me with japan, one of our opponents earlier.
gambar 2 : me with hungary, opponent jugak (kanan atas)
gambar 3 : me with czech republic leher panjang, stranger (bawah kiri)
gambar 4 : me with hollywood, stranger (bawah kanan)
gambar 5 : me with hollywood (sbb hensem gila), stranger, magician (tengah)

the guys were very good looking since most of them are wearing tuxes kan. huh, cair dalam aircond =='


gambar 1 : my teammates
gambar 2 : us drinking orange juice in the ballroom. this shot was amazing and hipsterly cool so aku masukkan.
gambar 3 : jimba jimba! maksiat belake.
gambar besar : me and my teammate, azrie merasa nikmat kerusi kat marriot yang super selesa.
gambar 4 : aku dan korea. padan muka gambar tak jelas sombong nak mampos. mentang-mentang kpop tengah in masa tu. pheww.
gambar 5 : podium marriot. bajet parliament debate.
gambar 6 : a magician was doing magic. cuba teka which country was he from?


gambars : foods! oh yeah makanan tak berat. tak seberapa. tapi those cakes were so delicious i cannot forget even one of them. i've tried them all just to feel full tapi ended wanting for more. serious sedap pastries dia.

plus, we got haagen dazs ice creams yang super best. free je makan berbekas bekas. tapi since aku senang brainfreeze i did not makan banyak sangat ice cream maka balik hotel aku terus meroyan sebab terliurkan haagen dazs. huhuhuh.

honestly, aku masuk dalam ballroom langgar ramai orang yang macam high gila menari nari. haha. i get it, they weren't sheltered as much as we are. that made me rasa macam gosh i was like almost in a disco and i was like dazed looking at them jumping jumping macam matyeh. geez. sumpah macam disco dah ballroom tu.


so, in case you guys are wondering how does my room really looks like, it is so wonderful. serious. tambah lagi aku duk sorang so everything was like -- i have no boundaries of  having fun in the room. ko bayang ah lompat atas katil kut. pastu mengigau ngigau. haha. this was the room (:

the katil is queen-sized 
(actually i am still confused about the actual description between queen and king beds. which one are larger? some said queen tho.)

apa yang kurangnya pasal bilik aku is,
batman on tv, speaking in arab.
pheww, memang aku faham sangat. menangis aku tengok ending kartun apatah.
wa ana habibi habibun *nangis* ya maulana alhakum kirin kurung bla bla.
sepatah haram aku tak faham.

tapi kat sinilah tetibe hati aku terbuka nak belajar bahasa arab (':


FYI, malam first kitorang sampai tu we're supposed to stay kat pejabat kedutaan punya homestay. tapi it turns out sir aku lupa nak inform kat embassy yang aku perempuan so i have to tumpang rumah kedutaan sana. that's why tidur tak tenang. bilik cannot kunci, rumah orang lagi. haha. tapi the service was so nice, seriously. thumbs up for the family (':


+ duit dirham ngan ringgit malaysia tak jauh pun beza. maybe just cents je kut
++ our tournaments venues are American University in Dubai and Modern Institute.
++ jalan kat dubai semua 1-way (:


well, i guess that's it. cerita lapuk kan. tapi masih terasa kerinduan dan kebanggaan dalam diri boleh bertapak sejauh ini. just debating, tapi sampai ke negara orang. walau kalau, tetap rasa gembira sebab mampu sampai ke merata dan mencari pengalaman.

segalanya, rezeki tuhan yang atur. sangat cantik, sangat molek. maka percaya pada-Nya. ada masa senyuman kan terukir sampai ke birai mata. dan kadang, mata mengalirkan airmata. ada duka ada gembira. semuanya, melengkapkan perjalanan hidup kita.

bersyukur + berusaha
then you'll understand the bitterness in some sweet moments.
and the sweetness in some bitter moments.

salam sayang <3