Memaparkan catatan dengan label skincare. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skincare. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2022

skincare dump part 3: moisturizers

assalamualaikum


i selalu belajar pasal skincare daripada iman abdul rahim, nabila supina skin politic dan kawan i si era. ada tiga orang ni je i refer dan percaya sebab lepas ikut tips diorang la kulit i improve.


tiga tiga orang ni ada pendapat yang sama, bahawa hydration penting untuk kulit so carilah serum atau toner untuk improve hydration kulit. tapi bila dah apply hydrating products tu, kita kena kunci dan perangkap hydration itu agar ia tak meninggalkan kulit. macam mana nak kunci? haa itu bakalan dibincangkan pada hari ini. i akan bentangkan beberapa moisturizers yang i dah pernah cuba dan pendapat i mengenainya teehee!


1. apieu madecassoside cream






apieu madecassoside cream ni adalah moisturiser pertama yang i guna. ni macam titik tolak permulaan nak start repair kulit tu. okay, rasa sangat moisturized, bila bangun pagi kulit kurang berminyak then before guna, and also mmg rasa moisturized lama sebab i rasa yang kulit i tak kering walaupun duduk dalam lecture hall yang sejuk beku for 3 hours. all and all, i rasa bagus moisturizer ni, except dia agak kecil so walaupun harga dia tak mahal sangat, rasa macam kena beli kerap kerap.


texture dia agak smooth sebab dia ada silicone which feels good on the skin masa applying, i love the experience of using this mousturizer. tapi dia ada hint of citrus so watch out for this ingredient kalau kulit korang sensitif dengan fragrance. ada banyak key ingredients untuk moisturize kulit contohnya centella asiatica (also untuk calming), glycerin, niacinamide yang juga membantu untuk brightens skin, allantoin dan panthenol. selain itu ada juga green tea extract. dalam list ingredient dia ada juga lactic acid tapi tak ada purging masa i guna.


tahap kepuasan tu, puas sebab tu repeat 2 kali hehehe.


apieu madecassoside cream
brand: apieu
price: rm25 on shopee
size: 50ml (2-3 months)




2. muji moisturizing milk (light)


muji moisturizing ni ada 3 level, light, moisture and high moisture. masa ni i try light punya sebab kulit i agak ke arah oily.




for me yang light version ni mcm tak cukup kaww la hehe. i rasa throughout pakai yang light ni, kena reapply banyak kali baru rasa moisturizing effect tu. and most of the times i apply up to 4 layers untuk get the feel especially for night routine maybe because emollient ingredients dia semua kat bawah2. the main star is squalane. emollients lain termasuk glycerin ada kat bawah bawah sikit. ia also mengandungi allantoin as a soothing ingredient. ingredient list dia simple so there's really not much to worry about, tapi for me, yg ada oily skin ni macam tak cukup umphh gitu. kalau u guys pernah pakai moisturizer yang rasa lemas sbb tebal sangat, this might be good for you.


muji moisturizing milk (light)
brand: muji
price:  rm43.90 on shopee
size: 200ml (3-4 months)



3. muji moisturizing milk (moisture)




the moisture one is much better for me. yang ini i boleh rasa moisturizing effect dia in just 1-2 layers. pakai pagi bersama bb cream cuma agak rasa melekit tapi smooth je. slow sikit serap, thus the melekit part and but it glides my skin softly. texture dia pun tak berat, just the right amount expected untuk moisturizer. dia tak creamy or tebal, mmg mcm nama dia la, milk, so dia more liquid than solid. yang ini emollients dia very early in the ingredient list, glycerin being the third ingredient and squalane being the sixth so itulah yang menyebabkan ia rasa lebih moisturizing berbanding yang light tadi. despite my oily skin, this one feels much better than the light one so kalau kulit korang oily juga boleh try light dulu, kalau tak rasa cukup, this one is not too much also.


muji moisturizing milk (moisture)
brand: muji
price: rm33.90 on shopee
size: 200ml (3-4 months)



4. etude house soon jung 10 free moist emulsion





macam biasa my style is saving the best for the last. this one is my definite go-to kalau bab bab moisturizer ni. dah repeat 3 kali sebab best sangat! very lightweight. mcm nama dia, emulsion, texture dia pun bukan creamy tebal mcm apieu tadi tapi mcm tengah tengah, lebih lembut and kental sikit drpd muji moisture tadi. even kakak i pun pernah pakai and ckp dia cepat soothe redness. pun cepat menyerap kecuali on top of my current toner mcm lambat sikit tapi pakai night routine okay lah. utk morning bila nak letak sunscreen and bb cream, pun tak melekit. 10/10 for me! 2 pumps je for the whole face, one layer only needed untuk rasa chok chok kat kulit sampai pagi!


ingredient list dia mmg sgt promising, dlm emulsion ni ada glycerin, propanediol, panthenol, squalane, madecassoside. soothing ingredient mcm camellia sinensis pun ada. all and all, this one is definitely my favorite lah.


etude house soon jung 10 free emulsion
brand: etude house
price: rm35 on shopee
size: 120ml (3 months)



do you have your favorites for me to try? 




Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 20 November 2021

skincare dump part 2: serums/essences/treatments

assalamualaikum


aku rasa dalam banyak banyak types of skincare, category inilah yang paling mahal dan paling memberi impact. maka aku rasa wajar aku dahulukan entry ini sebelum moisturizers sbb korang semua pun mesti suka invest duit dekat serum la ampoule la essence la apa apa ala. pokok pangkalnya, category yang bukan basic basic gitu. 


aku pernah obses dengan serums family ni. during this point, aku tak prioritize sangat kepada cleanser, toner dan moisturizer. aku focus mencari treatment products. fasa ini adalah fasa masa mula mula nak pulihkan muka dari jerawat dan parut. berikut merupakan products yang aku pernah try.



1. wardah c-defense serum







ini adalah vitamin c serum yang mengandungi banyak soothing ingredients. sepanjang aku pakai ni, tak irritating. ia juga tidak mengandungi fragrance dan alcohol. tapi effect dia bagi aku mcm biasa biasa je, tak terlalu menampakkan wajah aku bright gituu padahal aku disiplin kot pakai sunscreen. tapi aku rasa dari segi mengurangkan minyak di siang hari (for some reason), ia sangat berkesan? mungkin effect dari glycerin dan sodium hyaluronate sebagai humectants aku rasa. 


vitamin c dia menggunakan 10% of 2-0 ethyl ascorbic acid. serum ni sesuai pakai in morning routine tapi jangan lupa pakai spf alongside it ya. dan kalau boleh selang seli dengan penggunaan aha/bha in night routine especially kalau baru nak cuba berjinak jinak dengan actives. dan juga pesanan khidmat masyarakat, ascorbic acid ni mudah oxidize jadi selalulah check check warna serum tu okay. research juga cara nak simpan ascorbic acid supaya tak mudah rosak. 



wardah c-defense serum
brand: wardah
price: rm30.30 on shopee
size: 17ml (lasts for up to 2 months)



2. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%







TO niacinamide ni sangat popular terutamanya untuk orang yang nak hilangkan parut dan sekatakan tona kulit kerana niacinamide itself is a good ingredient to improve skin pigmentation and also brightens skin. ia juga bukan lah bahan active sangat maka kecenderungan untuk purging tu low, so orang beginner atau yang nak mengelak acids find it very light to use. 


disebabkan formulation serum ni mengandungi zinc juga, orang yang ada oily skin will benefit from it. zinc boleh membantu regulate penghasilan minyak pada kulit. honestly for me, works like charm. TO niacinamide is the product that helps me a lot to make my skin feels less oily so i can vouch for this effect. 


waktu guna TO niacinamide ni juga, skin aku kurang cenderung untuk naik jerawat. actually i can even say memang sgt effective untuk lessens the tendency untuk dapat acne. ini adalah kerana both niacinamide and zinc adalah anti-acne ingredients!


bagi aku serum ni mmg superb untuk orang kulit berminyak macam aku, dan juga kalau ada yang memang kerap berjerawat, mungkin sebab kulit oily? i vouch for this serum sangat sangat utk regulate sebum production. tapi tak repeat kot sebab aku guna dia sebagai treatment masa muka teruk je. sekarang bila kulit dah okay, cari serum yang lain pula hikhik.



the ordinary niacinamide 10% + zinc 1%
brand: the ordinary
size: 30ml (lasts for up to 2 months)
price: rm46.98 on shopee




3. zarzou brightening and hydrating serum






i love this serum so much! honestly, i'm so proud that it's a local product! masa aku guna serum ni, memang ketara perubahan (ketara as in ditegur orang ecece). perubahan dari segi blemishes kurang, muka lebih glowy~~ (bright) dan rasa kulit kurang berminyak!


kulit kurang berminyak adalah sebab as ia mengandungi glycerin and hyaluronic acid (ini je dok ulang ulang-- sila ingat 2 ingredient ini sangat bagus untuk tingkatkan hydration kulit). memang toink toink tau kulit! mantap hydration, gabung pula dgn toner mcm pyunkang yul mmg umph! 


serum ini juga mengandungi ascorbic acid so aku incorporate dalam morning routine bersama spf. gabungan ascorbic acid dgn arbutin lagi membantu baiki my skin tone and makes it look bright. memang ada kawan kawan dan family yang tegur masa pakai ni, skin complexion nampak better. takdelah menggunakan perkataan skin complexion ahaks. tapi mereka notice la skin tu lebih bright dan nampak bersih. sekali lagi diingatkan untuk research dulu ingredient active apa yang sesuai lagi nak use with ascorbic acid ya!



zarzou brightening and hydrating serum
brand: zarzou
size: 30ml (lasts for up to 4 months)
price: rm59 (kot?)



4. the ordinary alpha arbutin 2% + HA






serum TO alpha arbutin ni pun famous untuk control pigmentation dan brightens skin. i've used it and for me, it's quite good. memang parut jerawat merah kurang menonjol. tapi untuk brighten skin as a whole tu, vitamin c lebih power. mungkin juga sebab aku try alpha arbutin lepas dah pernah nampak effect vitamin c, so tak nampak sangat effect menonjol alpha arbutin tu.


star ingredient dia selain dari alpha arbutin ialah sodium hyaluronate sebagai humectant. hyaluronic acid ni famous untuk hydration sbb tak silap aku dia boleh tarik 1000x more water ke apa please don't quote me on this hahaha. bagi aku, yes, this serum memang hydrating. bila pair with a good toner, sumpah rasa best. 


selain alpha arbutin on its own, serum ni ada juga mengandungi lactic acid which is a mild exfoliator (milder than glycolic acid). walaupun muka tak bright atau glowy, sebenarnya memang noticeably parut kurang pigmented dan kulit nampak bersih, so it does work. disebabkan ada kandungan active ingredient dalam serum ni, sila betul betul research sebelum guna ya. bagi aku, kalau nak selamat, pakai every other day je atau sandwichkan dengan super hydrating toner.


lupa nak cakap juga, untuk dapat result yang lebih bagus, bila guna products yang mengandungi hyaluronic acid atau sodium hyaluronate ni, sila lah guna pada skin yang sedang damp. bukan wet ye, damp. ini adalah sebab kelembapan atas kulit tu yang diserap untuk hydrate the skin cells. 


the ordinary alpha arbutin 2% + HA
brand: the ordinary
size: 30ml (lasts for up to 2 months)
price: rm58 on shopee 



5. the ordinary azelaic acid suspension 10%







i'm saving the best for the last. this is my ultimate holy grail. sumpah rasa nak repeat jer. memang masa nak beli tu, merata rata aku research and baca review from skincare addicts from malaysia and all around the world, punyalah nak make sure i'm investing my money in the best products ecehh. sebabnya product TO yang 2 kat atas tu merata rata reviewnya, azelaic acid ni kena gigih sikit mencari.


this one works wonders on my skin. letak dekat active acne, the day after tu dah mengecut. it only took me 3 days untuk hilang acne tu. lepastu sambung letak dekat parut2 pula, memang cepat pudar. aku tak pakai untuk spot treatment, lps jerawat dah hilang, still pakai pea-sized on whole face. it even gives me the brightening and clean look!


sebelum apa apa, aku nak inform yang this product does contain silicone (dimethicone) so sila berjaga jaga ya. for my skin, takde effect buruk at all, takde clogging pores dsb. azelaic acid, as the star ingredient, adalah ingredient yang anti acne, so tak heran la kenapa dia sangat bagus untuk hilangkan jerawat kat muka aku. dalam masa yang sama, azelaic acid juga works to soothe the skin. 


walaupun sepertinya takde brightening ingredient yang aku kenal (lol), serum ni mengandungi tocopherol as an antioxidant yang stimulate production of collagen dan repairs skin, mcm vitamin c sikit la kan. azelaic acid ni juga a mild exfoliating acid, very mild tak macam aha and bha, tapi surprisingly formulation product ni sangat powerful untuk buat skin nampak cerah dan bermaya! for sure akan make this a staple lepas dah puas tukar2 and try try serum hihihi.



the ordinary azelaic acid suspension 10%
brand: the ordinary
size: 30ml (lasts for 2 and a half months)
price: rm47 on shopee



that's all! nanti rajin rajin nak tulis pasal moisturizers la pulak hihihi


Thank you for reading this entry :D