Sabtu, 30 April 2022

aku dan bullet journal

assalamualaikum


aku ini adalah seorang yang suka pandang ke barat. hahahaha tidak tidak, aku tidaklah nak mengikut budaya orang barat. cumanya aku suka tengok vlogs from people in america. suatu hari, aku terjumpalah satu vlogger korean-american ni, namanya nina eyu. dalam satu malam je aku binge banyak gila vlog dia macam binge netflix pulak kekeke. ada satu vlog dia ni, dia tunjuk pasal bullet journaling.


sejak dari itu, aku banyak habiskan duit aku beli stationeries untuk buat bullet journal yang cantik. oh lupa nak cerita, dalam duk research tu, terjumpa bullet journaler yang famous ni nama dia Amanda Rach Lee. dia canadian. dia buat bullet journal cantik sangat. dia la punca duit aku selalu habis. ececece kalau bab buruk buruk selalu salahkan orang je tak pernah salah sendiri wkwkwkwk.


aku invest dengan grid notebooks, colored pens mcm zebra sarasa, crayola, mildliner dsb. nasib baik aku tak pandai handlettering kalau tak hangus duit aku duk beli tombow yang harga rm10 sebatang tu. tak main la sharpie ke faber castell ni, sebab amanda tak pakai trolololol.




koleksi aku, ada crayola supertips, zebra sarasa and artline decorite



kan sudah ku katakan di entry notion yang lalu bahawa aku ni sangat bergantung kepada calendar, notion dan bujo untuk plan my life. haritu dah tengok notion, skrg kita tengok bujo pula. 


bullet journaling ni sebenarnya macam planner la. cumanya, dia ada system dia sendiri dan dia promotes creativity sebab orang orang yang bujo-ing ni, mereka tak beli planner yang dah siap ada kotak kotak tu. mereka beli buku kosong dan cipta layout sendiri.



one of my favorite spreads



inspiration aku mestilah pertama amanda tu. tahun 2019-2020 adalah peak years bujo aku. masa tu memang la berhias, bertema, berwarna warni bujo aku. surprisingly, dia jadi mcm therapy pulak utk aku. every last week of a month tu aku mesti ambil satu weekend dan spend 3 jam cipta bullet journal spreads aku for the next month. aku sangat committed ye guna bujo ni. memang segala jenis mak nenek plan aku tulis dalam tu.



first attempt at bujo-ing, simple simple je (dec 2018)



lepas tu dah makin creative (june 2019)




macam macam technique and spread yang aku discover and cuba sampailah aku jumpa style yang sesuai dengan aku. 



start dari 2019, semua bulan mesti ada habit and mood trackers :D




ni spread weekly yang paling suka for the longest time!



impact bullet journaling dalam hidup aku ialah, dia bagi aku creative outlet yang personal. orang tak judge arts dalam bullet journal because it's basically an individual thing. pastu sebab aku put a lot of effort untuk layout setiap bulan tu, aku jadi committed untuk planning dalam bujo aku. maka hidup aku lebih teratur. i never missed a deadline or skipped a beat. semua rutin hidup aku on point tau masa tu!


namun begitu, apabila menginjak usia dewasa, dah takdok masa nak berbujo ni. so aku terpaksa la beli planner yang dah siap. bukan setakat beli premade planner sahaja, planner aku tu sebesar purse je beb sebab senang masuk handbag. dulu masa belajar bolehlah size A5 sebab bawa beg laptop kan. so disebabkan kekangan masa tu, aku tidak lagi berbullet journal. sebab tu aku menyibok blogging hahahaha. tapi obsession aku terhadap planning tidak berkurang lagi tiber je rajin buat bujo bulan january 2022. mungkin untuk tahun 2022 ni, serasanya aku akan kembali berbujo? mari kita lihat sampai mana tahap komitmen aku muahahaha.





silakan jamu mata tengok rupa bujo aku sedikit sebanyak. what about you? do you plan your life right down to every second?


tiber terbuat spread untuk march dah hiks gedik.








Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 23 April 2022

cara main sims agar tidak bosan

assalamualaikum

bertemu lagi kita di tahun 2022 ni dan weekend ni akan jadi weekend pertama aku boleh main sims balik setelah sekian lama, so aku nak cerita pasal sims lagi la. hihi minggu lepas baru cakap nak share benda berilmiah tetibe dah kembali kepada game kekeke.


sebagai seorang pemain sims yang dedicated, aku sering juga dihujani dengan tanggapan "apa yang bestnya main sims ni, macam budak budak je?". well, i might be 24 but i'm a child at heart hewhew~~. apa la anda terus menganggap permainan sims ni untuk budak budak jer, cuba tengok youtube dan search lilsimsie, vixella dan deligracy-- adakah mereka kelihatan seperti kanak kanak? kekeke.


bagi aku, main sims ni bosan kalau kau buat sims je mesti nak yang paling flawless, pasang cheat motherload sampai duit berjuta lps tu terus buat banglo besar. man, that's why your game is so boring. tapi sebenaqnya ada je orang yang enjoy main macam ni cuma korang kena tahu, this is not the only way to play the sims. mari aku share sedikit tips untuk level up your sims game!


#1 play with challenges


selalunya kalau nak lebih keseronokan masa main sims, mainlah dengan challenge. dalam community sims ni, banyak challenge yang tak official dicipta oleh pemain pemain lain. antara challenges yang famous termasuk:


 not so berry challenge 

untuk not so berry challenge ni, setiap generasi akan diberikan satu warna. pakaian dan rambut dia mestilah ikut warna generasi dia ni. traits, personality, career dan aspiration sim ini juga akan ikut warna tu. kemudian dia ada la mcm missions untuk disiapkan sebelum riwayat hidup sims ni tamat. sebelum sims ni diambil oleh grim reaper juga, dia sebolehnya kena ada heir untuk teruskan generation sampai ke generation ke-10.



contoh sim first generation aku untuk not so berry challenge. theme color dia ialah mint.



traits, aspiration, career dan rules untuk gen 1.


 rags to riches 




aku rasa budak budak mungkin tak suka challenge ni dan aku buat conclusion ni sebab aku tahu adik aku tak suka hahaha. rags to riches ni challenge dia cuma korang kena mulakan hidup sims kau daripada 0 simoleons. duit initial 20,000 simoleons tu buat beli tanah paling besar je lepas tu kena kosongkan. challenge dia ialah kena jadikan sims tu kaya, ada mansion bernilai 100k simoleons dan duit dalam reserve dia pun kena 100k simoleons. kalau nak lebih mencabar boleh upkan nilai simoleons tu. bagi la sims tu sekali sekala merempat dan tidur dalam dumpster. ni asyik hidup mewah je. lemah!



 legacy challenge 





legacy challenge adalah the OG of all sims challenges gituh hahaha. very simple, with the initial 20k simoleons yang diberi, bawa family anda berkembang hingga 10 generations! kalau nak adventure lagi, boleh bawa sampai 26 alphabetical generations! kalau google boleh jumpa banyak version untuk legacy challenge ni. aku main yg rule tak ketat sangat. now i'm on gen 3 of my first legacy challenge!



#2 building!


aku difahamkan yang ramai juga orang yg suka main sims untuk bina bina rumah dan deco deco je kan? kalau lama lama tu bosan, korang boleh cuba spice up your building game. meh aku suggestkan beberapa idea untuk have fun building in sims.


ini as how it was named, korang boleh recreate korang punya real life house ataupun cari floor plan dekat internet dan recreate. mesti mencabar sbb scale real house dgn sims tak sama! 


shell challenge 




shell challenge adalah buat rumah guna dinding yang dah ada. means mcm ada orang buat exterior walls of the house, dan kita cuma boleh tambah wall dalam rumah je. challenging kan sbb kita kena ikut bentuk rumah yang dah ada! silalah rujuk video kalau tak paham aku describe wakakaka.


selain tu ada juga beberapa build challenges lain mcm no mistakes challenge dimana korang tak boleh undo atau delete anything that you have placed dan mcm mcm lagi. boleh refer video deligracy di bawah ni.






#3 invest dekat packs and kits!


kalau betul betul minat and ada duit lebih, boleh saja expand your game dengan membeli packs and kits, jadi bertambahlah items, worlds dan gameplay yang korang boleh main. aku nak disclaim, only buy kalau korang rasa korang akan main banyak kali sbb packs sims ni mahal mahal, kalau nak main sekali dua sangat tak berbaloi. tapi jangan la splurge your money sampai nak kena crowdfund duit bayar ptptn pulak! 😠



terlalu banyak dlc sims, so beli lah bila rasa betul betul nak main jerr



untuk baca lebih lanjut pasal packs untuk main sims, sila klik sini 😁



#4 guna mods!


! perhatian, mods ni kena rajin update setiap kali ada patch baru and size dia boleh jadi besar so sila hati hati untuk guna mods, baca documentation dengan teliti okies! !


macam aku pernah explain suatu ketika dulu, mods ni adalah code yang merubah/menambah element game tu kan. so kalau sesiapa yang nak main extra extra sikit, bolehlah cuba berkecimpung dengan dunia mods. tapi kena rajin update tau sebab kalau game tu latest version tapi mod tak compatible, boleh crash game tu. so only use mods bila anda betul betul dah baca documentation mod itu. kat bawah ni aku share list mods yang akan sentiasa ada dalam game aku.


ui cheats extension





ui cheats extension ni dia basically cheat untuk senang nak tukar weather ke, nak fill up needs dgn cepat dll. ni category tuning mod je sebenarnya, tak improve gameplay pun.




grannies's cookbook




grannie's cookbook ni function dia untuk tambah resipi dalam game sims tu je. sometimes rasa macam resepi dalam sims tak best, kalau guna grannie's cookbook ni, kita boleh download resepi2 yang orang lain buat. aku pernah jumpa resipi briyani dengan pulut mangga tau. rare tak game sims aku? hahaha.



explore mod




explore mod ni aku guna sebab kadang tu dalam family sims aku ada sampai 8 orang, penuh household. pastu aku malas nak layan dia, ataupun dia dah tua and retire, so aku akan hantar dia keluar guna explore mod ni. nanti dia akan ada option untuk bawa sims tu pergi kelas yoga ke, kelas memandu ke, pergi konsert ke, flea market ke tanpa kita kena bawa dia. ha senang kerja aku kekeke.



akhir kalam meh aku share satu video let's play dan satu stop motion sims build video untuk korang tengok betapa bestnya main sims ni!





Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 16 April 2022

mesti ada seseorang tu...

assalamualaikum


dalam persekitaran kita, mesti ada seseorang tu kan, dia mesti selalu buat kita rasa annoyed dengan dia. dialah yang buat environment kerja kita jadi tak seronok, dia la yang menyebabkan kita rasa demotivated nak harungi hari tu, dia la ketua segala marah bila benda tak jadi ikut akal dia. mesti ada. kalau tak ada kut kut korang la tu orangnya. hehe gurau gurau.



aku tak jumpa pula stock photo orang marah marah kat office. anggap jelah bos pink tu tengah marah okay




dia ni mesti la seorang manusia biasa yang cari makan juga macam kita kan. tapi ada faktor faktor lain yang membuatkan dia rasa dia boleh ada perangai yang menjengkelkan. mungkin dia kerja lebih lama? mungkin dia kesayangan boss? mungkin dia banyak terima awards selama dia kerja? mungkin hasil kerja dia sentiasa dipuji?


kalau ada orang sebegini around kita, seeloknya kita abaikan je. kalau time dia naik syeikh tu, mustahil la kita boleh pejam mata tulikan telinga kan. silakan rasa marah atau annoyed sebab itu normal. tapi lepas itu, let go sajalah especially kalau situation ni belaku di tempat kerja sebab tak worth it. kita nak kerja kat situ lama, paling paling pun setahun dua. kalau setiap hari bangun fikir topic apa nak mengumpat pasal dia hari ni, tak kemana la kita. imagine kalau kita kena bermasam muka bermuram durja dengan orang ni selama mana kita nak kerja, nanti masuk office macam mana nak bersemuka? kalau ditakdirkan kena kerja atas project yang sama, macam mana nak discuss?


bila ada perasaan marah ni akan affect kita punya decision making sebab kita akan mula rasa biased. sebaiknya, acknowledge sahajalah hasil kerja dia kalau sememangnya bagus. silakan luahkan isi hati dengan colleague ke, boyfriend ke, best friend ke suami ke kalau hati dah membara sangat. tapi cukuplah masalah jam itu habis di situ, masalah hari itu habis di situ sebab nak marah lama lama sangat tak worth it. lagi lagi kalau akan jumpa muka yang sama lagi esok lusa.


lagipun, kita sendiri ada perangai kita yang kita tak perasan menjengkelkan. orang je tak depan depan tunjuk kat kita. after all, we're only human, ada kelemahan kiri dan kanan. tapi kenapa memilih untuk ikut jadi jahat kalau boleh jadi baik? 


Thank you for reading this entry :D

anak rantau

assalamualaikum


alhamdulillah, belajar kat msu bagi aku peluang untuk menjadi anak rantau di negara cina hehe. dua tahun aku stay kat sana dengan kawan kawan, berbagai bagai benda kami lalui bersama. bagi aku, walau apa pun terjadi, pengalaman tu masih antara benda yang terindah i could ever wish for. 


aku banyak travel juga la sepanjang dekat china. duit makan ikat perut takpa, asalkan boleh pi travel. pastu pi travel bawa maggi dengan sosej je untuk makan, air liur meleleh tengok orang lain makan sedap kekeke. antara tempat tempat aku visit termasuklah beijing, hong kong, macau, shanghai, guangzhou dan nanjing. shanghai tu takyah cakap la, kerap sangat pergi. dah macam ulang alik tanah merah kota bahru tau perghh hahaha.






kerja travel je tak kira dekat atau jauh



tapi dalam keseronokan belajar kat negara orang ni, cabaran utama ialah language barrier. sebelum aku fly, masa ni tak tau lagi ada rezeki nak fly, tiba tiba hati aku tergerak nak belajar mandarin. tp sesampainya tu aku still tak boleh cakap cina juga kekeke. honestly, after 9 months barulah aku tak perlu minta tolong kawan dah untuk report paip bocor ke, nak minta discount bil letrik ke menggunakan bahasa cina. slow slow dah boleh cakap sendiri walaupun ayi complain aku cakap tak betul lol. tak apa yang penting dia paham hahaha. aku rasa dia teruja dengan accent melayu budu cakap cina tapi dia malu nak ngaku so dia complain lulz!



kami dan ayi comel baik hati jaga dorm






jadual kelas dalam bahasa cina




slip exam and nak beli tiket flight pun fully chinese






latihan membaca dilakukan melalui tracking parcel dari taobao ye ahaks.


masa belajar, most teachers dekat sini ada struggle nak convey ilmu dalam bahasa inggeris, dan aku pun kebingungan nak faham. tahap kalau tak sarapan tu memang boleh jadi bengong dengar laoshi membebel bebel. otak tgh fight nak cari vocab cina dalam otak sambil tengah fight kelaparan jua hahaha. tapi lama lama belajar, dah boleh faham dia nak ajar apa, dah boleh tanya dia soalan dan boleh faham buku text cina. lama-lama tu eh tiber paham pula bila baca buku text ni. masalahnya sem dah habis baru paham.



nota laoshi



kemudian aku kena adapt dengan lifestyle baru. kat sana, semua pakai QRPay (Alipay). mana aku biasa kan sebab dekat malaysia masih pakai cash sebab tu dompet nampak tebal walaupun yang penuh cuma duit seringgit seringgit. kemudian, semua benda kecuali groceries mesti beli kat taobao. ada je pergi shopping dkt night market dan malls tapi buat apa kalau dalam campus memang ada dedicated center untuk kutip barang taobao hihihi. aku nak beli cakoi tepi jalan pun pakai alipay tau pergh terus aku rasa mcm hidup dalam black mirror. 


kat sana juga selalu je ada access to electric motor and basikal sewa yg rmb2 sekali guna tu. best tak payah jalan. pastu balik malaysia complain makin gemuk padahal diri sendiri yang malas nak jalan. tapi kenapa ek aku kayuh basikal pun tak kurus kurus? pusing gue --'. malah saat aku pulang ke malaysia lepas graduate tu adalah berat aku berada di paras hampir hampir overweight. 



aku merempit dengan motor rmb2 di hari raya




aku rasa nak makan ni lagi mencabar dari nak belajar cakap cina. aku pernah makan kebab sayur beli kat shushu hawker ni, tapi baru sedar ya allah shushu ni masak kebab sayur vegetarian tapi dia pakai dapur dan utensil dengan sama kalau dia masak sosej babi. menangis aku sebab kebab tu sedap namampos tapi tak boleh beli dah. lepas tu aku beralih makan cakoi berinti, kedai dia sebelah kedai shushu tu. pastu shushu tu selalu tegur tegur aku bila aku beli cakoi. serba salah tau aku yang sensitif dan kuat emo ni TT_TT. mesti dia ingat aku dah tak nak beli kebab dia sebab kebab dia tak sedap padahal aku tak beli sebab tak makan babi hewhew.




xinjiang dapanji my favorite


ini adalah makanan kegemaran aku yang sampai sekarang aku masih memikirkannya. oh al amin xinjiang restoran, silalah buka kedai anda untuk dine in! aku dah menjejeh jejeh ni **drools**.




kedai pizza/italian food yang halalan toyyiban



bila jadi perantau ni, kena la rajin rajin socialize dengan orang lain. kita buat kawan dengan orang walaupun lain pucuk. kalau tak rugi, dah duduk jauh jauh tapi tak cuba nak kembangkan circle dengan mengenali kawan kawan dari negara lain. kadang kadang kelompok diorang lagi besar, bila diorang ada jamuan, diorang ajak kita join. kalau diorang lagi senior, diorang akan ajar kita mana masjid, mcm mana sambut raya dsb. kalau kita tak bergaul dengan orang, macam mana kita nak dapatkan info info yang tak sampai dekat kita kan? pastu menceceh sebab tak jumpa masjid la, tak kenal kedai halal la apa la. orang suruh pi berkawan takmo. nakal nyah.



sama sama hias dorm untuk cny. gugum (on the right) is from indonesia



walaupun aku si gadis desa dari wilayah persekutuan kelantan, malaysia, aku masih tak malu tumpang makan di acara persatuan pelajar indonesia ye 






lawatan ke kampus kawan indonesia di changzhou


masa aku pi changzhou tu niat dia adalah untuk melawat seorang friend of a friend yang sakit terminal masa tu dekat hospital di changzhou ni. cuba imagine kalau kita berada di tempat kawan tu, mesti kita akan tersenyum lebar bila ada orang lain visit especially kawan kawan negara lain yang turut mendoakan. aww so touched!


aku kan pernah cerita yang rakyat china ni sangat interested ye bila melihat tudung. diorang macam nampak puteri bunian lalu bila aku naik bas sambil bertudung ye. terus aku fefeeling retis gituh sebab dipandang pandang. antara orang orang yang interested ni termasuklah laoshi kelas networking aku. so disebabkan dia selalu cakap tudung aku cantik (mestilah ariani kot. berani kata tak cantik). so aku tak ingatlah tapi ada someone from my class yang hadiahkan dia scarf. omeii laoshi aku menyarungkannya dalam class.





aku tak tahulah kan memang anak rantau ni selalu lapar ke apa. mungkin rindu makanan tanah air, tapi mesti ada je lah acara masak memasak dan ketuk ketuk kuali tu kan. tu yang best tu! masa sem sem tak busy kitorang selalu take turns masak ramai ramai sambil tengok cerita hantu. aku of course tengok pinggan je. hmm bila tulis perenggan ni baru realize kenapa tak kurus.






koleksi acara makan


dan setelah berpeluh peluh belajar dan memasak dan mengayuh basikal dan sebagainya, akhirnya berjaya juga sampai ke garisan penamat. wah sungguh dramatic ye. 





akhirnya sampai juga masa untuk kita bergraduasi! sedih angat mama abah iteww takleh datang tengok tauu. tapi tak apa yang penting ku boleh pulang ke gagang muahahaha.


sekian entri mengimbau kenangan lampau ibarat memasuk laci putaran masa doraemon. byez!






Thank you for reading this entry :D

Sabtu, 9 April 2022

7 tahun yang lalu aku spm

assalamualaikum


aku ni dari darjah 6 dah mula memikirkan masa depan. ke sekolah menengah manakah aku akan meneruskan perjuangan? masa tu along aku kat sbp, so aku berangan la life macam mana nanti bila aku masuk asrama. masa darjah 6 juga la aku dah mula berimiginasi mcm mana life orang kat uni, adakah sama mcm dalam tv yg ada kelab konti radio la, pastu terjumpa cinta abadi la, pergi kuliah la apa la. masa darjah 6 juga aku dah berangan angan masuk meeting masa kerja, beli briefcase hello kitty acah acah macam orang kerja office dsb. kuat berangan aku nih hahaha.


kupikirkan sekolah menengah asrama ni macam dalam hannah montana, rupanya tidak. sekolah kat malaysia ni sama je rendah ke menengah ke. subject je lain2 lol. nasib baik sekolah aku dulu ada locker so takdelah aku bawa balik beg berat hari hari dari dorm ke sekolah.


so macam aku cerita tadi, aku dah mula membayangkan hidup 20 tahun aku akan datang dari umur aku 12 tahun. masa umur aku 12 tu la aku dah realize minat aku dalam bidang komputer. aku suka sangat main komputer. masa tu aku ingat aku ambik upah buat theme friendster la, upah buat blog template la, coding html ikut tutorial kat hidecodesgalore la. tapi paling legend tu belajar html kat w3schools la. nostalgic sungguh. pastu upah upah tu masuk dalam account bankrakyat aku. aku tak kasitau mak aku sebab aku guna duit upah buat shopping kat mudah.my lulz. tapi kau tahu benda apa paling mahal pernah aku beli dengan duit upah aku? aku beli pencil warna kuning dengan pemadam kat atas tu, yang mcm orang america pakai tu. hahaha dasar anak suka membazir.



pencil kuning acah american berharga rm50 untuk 4 batang



so masa aku sekolah menengah tu, passion aku dah kelaut hindi dah untuk belajar physics ke, bio ke chemistry ke. aku just buat betul betul dalam kelas english je tu pun sebab cikgu aku cakap aku ada bakat menulis. kalau cikgu tak best memang aku hanyut je dalam kelas. tapi satu kelas yang aku memang akan bagi 100% attention tahap mengadap ialah kelas komputer. bagi aku mcm ahhh, aku belajar subject lain ni utk pass spm and masuk uni je. kisah apa aku lepas habis spm aku dah lupa konsep archimedes ke, ionic and covalent bond ke, bilangan perut lembu ke. yang penting aku boleh belajar sains komputer and terus coding design design blog macam masa tu hahaha. begitu firm ye aku dan cita cita aku seawal usia 17 tahun. padahal masa tu tak tahu pun kerja programming tu macam mana. yang penting nanti one day aku jadi famous macam mark zuckerberg kekeke.


banyak kali je aku tertidur dalam kelas lain, aku dah la badan wakil pelajar dulu. buat event memang semangat la. time kelas je aku tidur, pernah je kena tegur dengan penolong hal ehwal pelajar yang ganti ajar kelas aku dulu. if u bet aku tak pernah tidur dalam kelas komputer tu, u'll win jackpot hahaha.


masa kelas tu dulu aku belajar microsoft publisher la, photoshop la, tak silap aku flash pun ada. tapi yang paling best tu belajar visual basic la. itu kali pertama aku faham apa itu concept programming. it's more than designing blog atau templates, ia literally "programming a device or software to work a certain behaviour and produce a certain results". belajar microsoft vb adalah sangat eye opening bagi aku. aku tak rasa mcm susah atau nak give up dengan bidang komputer malah semangat aku semakin membuak buak. terima kasih cikgu zura sebab ajar saya coding!


so alkisahnya selepas trial kot yang orang duk sibuk sibuk apply nak masuk uni tu kan (upu ke apa entah nama dia), aku dengar dengar counselor aku cakap suruh apply fast track upm la apa la aku tak ingat kan tapi masa tu yang aku tahu course dia adalah pertanian. memang tak la kan, walaupun mama abah mcm suruh apply je, haram aku tak apply pon kekeke. sebab bagi aku, tiada masa depan untuk aku selain belajar computer science. jangan ingat aku cakap sains pertanian tak ada masa depan pulak tau. lemah comprehension kalau itu yang kau paham wakakaka. aku cakap pasal masa depan aku tau sila take note!


tapi masa tu computer science and technology ni tak famous and mainstream lagi. aku ingat masa mock interview kat maktab aku tu, 6 orang je yang enroll untuk course computer science. majority pergi ke engineering and medic. aku rasa macam out of place. gagal kah seorang aku kalau aku memilih untuk belajar computer science walakin belajar di mrsm? ceh padahal computer science pun science jugak hahaha ko dah nape tiber. masa tu susah gila aku nak cari advise pasal computer science. bila tanya counselor pun banyak promote engineering and medic jer.


ah persetankan betapa minoritynya bidang sains komputer ni pada ketika itu (tahun 2015). masa isi upu tu, 5 tempat pertama aku isi sains komputer. bagi aku tak kisah diploma ke asasi ke yang penting sains komputer. tapi waktu itu ada perception yang kalau result bagus, tak usahlah apply diploma sebab tak gah. apply asasi la kalau layak kan. kalau aku aku nak pi diploma lane terus sebab aku dah tahu aku memang nak pursue bidang ni. buat apa habiskan setahun duk explore lagi benda lain time asasi. 


i mean, masa aku ambil asasi IT (ingat ye, asasi IT -- foundation in IT) kat msu dulu, aku still kena masuk kelas business la, kelas physics la. bagi aku for what? untuk kasi gah je masuk asasi instead of diploma. bagi aku baik aku ambik diploma in computer science terus, mesti lagi banyak kelas coding. bukannya aku akan stop lepas grad, still akan sambung degree anyway. tak faham la konsep belajar untuk bermegah ni. toxic sangat. sebab tu la budak budak ambik course bukan pilihan sendiri atau sambung belajar dengan pace yang tak sesuai dengan diorang. sebab takut orang pandang serong. kesian tau. eh tiber pulak aku. tapi bagus jugak la ambik asasi sebab kalau tiba tiba rasa tak ngam atau jumpa minat lain, at least tak la membazir buat diploma 2-3 tahun. entahlah, pendapat masing2.


so aku pun teruskan lah belajar di msu, sebab aku masuk msu awal, aku istikharah dan merasakan pilihan tepat untuk aku stay kat msu masa aku dapat offer masuk ipta. tipulah kalau sepanjang belajar tu tak pernah menyesal tak pilih nak study kat ipta tapi bila aku dah start acing my classes, dapat join double degree program dan terjumpa jodoh (ehh?), aku rasa mcm alhamdulillah, ada sebab kenapa allah atur perjalanan hidup tu sekian sekian rupa. sekarang tak regret dah.


now looking back in a position of being an actual programmer, i am content. i mean, of course la kerja ni tak 100% mcm yang aku expect sebab masa kecik tu mana la tau kan tapi it is definitely what i want. i am sitting down, in front of my 2 humble screens and i'm coding lines of lines of code that insyaAllah, will benefit the society.


iklan, jangan lupa gunakan ATAU kalau kereta chuols rosak tengah jalan kekeke.



ATA User Web App untuk roadside assistance-- tidak terhad kepada pelanggan etiqa sahaja





Thank you for reading this entry :D


p/s: ahh terasa tua dah 7 tahun dah lepas spm trolololol. laki aku lagi la dah 13 tahun yang lalu *blushes

Sabtu, 2 April 2022

woman, career and money

assalamualaikum


aku ada twitter, tapi aku buat baca je macam sotkabar. isu hangat macam mana pun jarang sekali aku nak reply. lagipulak dia 160 characters je, aku ni kalau sekali bercakap nak panjang. sekali aku nak reply tweet pastu habis limit, memang tak arr aku nak sambung buat thread bagai. last last aku discard je kekeke. tapi suatu hari tu, aku terjumpa tweet yang... buat aku tak senang duduk.





yang ungu tu lawan, yang biru tu kawan eh sila take note.


baca ayat kedua dia tu. meh aku quote dan bold supaya korang boleh nampak dan faham punca aku nak reply. perlu diingatkan, entry ni tak bertujuan nak convince orang untuk bersetuju dengan aku. entry ni untuk aku explain point of view aku je ek. jangan nak gado gado.


"tapi hantar ke taska semata ibu nak berkerja ada duit, bagi aku tak cukup kuat alasan tu"


time ni aku dah rasa ada 2 kemungkinan di sebalik si ungu ni. sama ada dia mmg stuck up dekat bubble kayangan atau dia tak duduk malaysia. adakah dia tidak tahu tentang betapa mahalnya harga ayam kat malaysia sekarang? adakah dia tak keep up with the news yang orang malaysia ni underpaid? haremm betul pemikiran yang ibu nak cari duit tu adalah sesuatu yang tak patut. mungkin dia kerja dapat gaji 18k sebulan dan dia tak percaya yang ada orang bergaji 1.8k sebulan? ataupun dia trophy wife yang lakinya bagi rm1.8k untuk grocery sehari? andaian adalah of course suka hati aku kekeke.


ha time ni aku pun reply la kat si ungu ni. aku warna pink hokeh sebab aku fab.




aku ada 4 issues dgn statement si ungu ni.

isu #1 - penggunaan perkataan seharusnya.


kalau argument tu bermula dengan seharusnya, percayalah bahawa penulis itu tak berada di dunia yang nyata. wey, kalau nak cakap seharusnya, aku pun boleh cakap 

"seharusnya kerajaan naikkan minimum wage!"

"seharusnya husband kena bagi nafkah dan duit rumah asing asing. duit rumah wajib mampu cover ayam 2 ekor sekali beli!"


tapi adakah kenyataan aku ni membantu? u tell me.



isu #2 - pendapatan suami SEORANG dah cukup


dia ni duduk planet mana yang pendapatan suami alone boleh tampung perbelanjaan rumah? hello dude? are u even living in malaysia at this point????????? getus hati kecilku.


there is no way yang pasangan marhaen dah kahwin zaman sekarang can live with one source of income sahaja. it's either the husband is underpaid, or paid well tapi masih tak sama taraf dengan kenaikan harga barang. kadang tu ada suami suami yang kena buat 2-3 kerja (grabfood on weekends, jual jambu kat traffic lights) untuk mampu hidup walaupun berdua atau bertiga je. ada yang sampai betul betul rancang keluarga, tahan perasaan nak mula berkeluarga dan timang anak semata mata nak pastikan anak bini cukup makan pakai. 



pikir tak sebelum tweet benda gini?



isu #3 - tengok balik pengurusan kewangan keluarga


kalau nak tengok balik pun pengurusan kewangan keluarga, apa yang orang ini envision akan berlaku? apa expected outcomenya? 


contoh gaji suami rm3k sebulan, tolak sewa tolak harga sebiji kereta buruk, dengan seorang anak, makan ayam sekali sehari je -- dengar je dah cukup sesak kan? kalau tengok balik kau expect boleh tolak komitmen? takyah bayar sewa? ke tak payah makan lansung? ke tak payah bayar yuran anak sekolah? itukah outcomenya? 


kalau nak tengok pun boleh sekadar tengok jelah. kalau memang dah hidup sesak, beli baju baru pun tak mampu, apa je dia boleh buat lagi? lainlah kalau memang jenis belanja lebih dari duit poket itu betul la kena tengok balik. mana kita tahu laki dia dah botak 10 kali revise dah masih tak cukup juga duit dia? advise untuk revise balik adalah advise yang baik, tapi ia tak applicable kepada semua. so janganlah buang option untuk ada second source of income dari isteri kalau dia nak tolong. 



isu #4 - tak seharusnya ibu stress sebab kena kemas rumah


hmm mengeluh panjang jelah aku baca part ni. aku rasa maybe orang ni tak pernah kemas rumah sebab time maid dia mop lantai dia tengah sedap dekat spa dapat urutan kaki. hello? ibu ibu yang ada maid pun belum tentu cukup rehat tau. kau pikir rumah dengan anak ni mcm mana ek? tak pernah nampak mainan bersepah, anak korek taik idung pastu selet dekat lantai? tak pernah anak tumpahkan makanan? tak pernah time nak kemas rumah tu la anak tengah main pastu terjatuh pastu menangis nangis? pastu nak masak lagi sebab ada juga la husbands yang jenis balik rumah tahu nak makanan siap berhidang atas meja. pastu nak basuh pinggan lagi. tak kira lagi nak kemas peti check makanan basi, nak tolong anak buat homework yang kadang kita pun tak reti nak ajar. pastu anak pula tantrum. nak bagi tidur lagi. nak vacuum sarang lelabah lagi. nak kejar lipas lagi. tak seharusnya stress kau kata? 


entahlah penat nak explain yang buat kerja rumah ni pun penat.


memang tugas ibu, memang ibu perlu ada sifat sayang dan tak berkira nak layan kerenah anak. tapi tak boleh ye be in denial dan cakap benda benda domestic ni tak memenatkan. sekalipun ibu tu seronok je buat semua ni, tapi tak boleh deny ye kalau one day dia terasa penat dan stress. 


imagine kau dah penat buat kerja rumah tiber cikgu sekolah call anak kena buli kena pukul kat sekolah pulak. anak kita dah baik, anak orang lain buat hal. ha dah satu hal lagi nak kena pikir. 


so pendapat aku ialah,


boys and girls, zaman kita hidup sekarang berbeza cabarannya. aku tak compare okay zaman mana yang lebih challenging than the other one. aku cakap cabaran berbeza


if you are a woman, about to be a wife or a mother, tolonglah jangan rasa bersalah untuk ada career. with good money you and your partner pool together, korang boleh provide more to your family. you can have a more comfortable house, insyaAllah mampu hantar anak ke taska yang berkualiti, dpt hire maid dan dapat balik rumah untuk spend time main dengan anak anak sambil ajar mereka other things. dapat belikan toys untuk improve motor skills mereka, dapat belikan skill building items dsb. i'm telling you it's okay to be a wife/mom with a job as much as it is okay to be a stay-at-home mom. no shame in being either one. we should be proud of ourselves either way.


aku faham financial discussion tak mudah, but you choose your partner, you sit and discuss. ingatlah, kalau tak cukup duit, siksa hidup. barang makin mahal, rumah makin mahal, yuran sekolah makin mahal. without money, it's hard to survive. so it's okay to work and get money. you'll be happier when you can send your kids to good playschool, treat them with some pretty clothes and good foods even sekali sekala je. it's okay. kalau ada duit, perbincangan tu tak stress sangat sebab kalau issue tu boleh disettlekan dengan duit, duit tu ada. tapi contoh macam wife tiba tiba accident (nauzubillah), duit laki sorang, wife tak kerja. nak kena fikir nak upah nanny lagi, siapa nak masakkan makanan? nak makan luar everyday ke? semua tu duit tau.


if you are a man, about to be a husband or a father--- janganlah sekat keinginan wife untuk berkerja. especially kalau sedar yang duit yang u make is not enough. jangan cakap dia wife atau ibu yang tak baik kalau dia choose untuk kerja. it's not a shame sebab kita semua faham tentang situation economy sekarang. it's okay untuk bagi wanita wanita anda untuk bina kerjaya mereka and discuss about your financial situation together. doa dekat allah untuk bagi pasangan yang memahami dan sedia untuk sama sama kumpul duit untuk bina keluarga yang mampu. kalau seorang kerja dapat 1.8k, dua orang kerja dapat 3.6k, doesn't that sound more hopeful?


if you want your wife to be a housewife, that's okay too! but look back at your bank account and think wisely if you can afford that. jawapan dia bukan yes, bukan juga no. only you know. kalau cukup then tak apa. kalau tak cukup don't just stop there. fikir juga about your kid's early exposure to good education and social life and how to give them a good home to grow up in. dan jangan lupa always reward your wife for her efforts to maintain your house and your family.


aku harap tak ada lah yang rasa entry ini macam nak cakap yang money is everything, atau hidup tak bahagia tanpa duit. tapi kita sendiri tahu lah. sendiri tahu keinginan masing masing. sendiri ada dream life masing masing. korang sendiri tahulah banyak mana duit nak kena guna. sendiri fikir bahagia yang korang nak tu macam mana. got money banyak atau sikit tu ikut masing masing. bukan aku nak cakap kena kaya 7 keturunan baru bahagia. nak cakap yang kalau tak cukup tu susah. jangan be in denial.


sekian entry aku. aku tak claim what i say is 100% true, i might have laid out wrong points and please enlighten me where you think it's due. 


pergh sungguh serious dan emosi entry kali ini ahaks. sekali sekala je why not *rolls eyes*



jadilah manusia memahami sebegini:






p/s: jangan lah buat kerja illegal pula sebab nak kaya. ingat rezeki tu kena bersih. kalau kaya tapi allah tak redha dengan rezeki tu pun tak bahagia juga.



Thank you for reading this entry :D