Sabtu, 19 Ogos 2023

sofia ep 2: breastfeeding sofia

assalamualaikum

i rasa macam masa berjalan sekejap tahun ni? mungkin sebab i have less time to... i don't know. less time to really experience things? what's interesting is, along with the time speeding away from me, i get to see sofia's fat accumulating, her feet kicking ever so rapidly, her hands scratching my face and pulling my hair strands and her voice fills the house with joy (and cries). oh my god, the whole thing was just breathtaking. sejak ada anak ni, lebih amplified nampak kebesaran allah. 






sofia sekarang dalam fasa exploring her limb movements. bila letak dia atas playmat, dia cuba nak berpusing kiri kanan, from back to tummy and tummy to back. then dia juga cuba untuk explore kebolehan badan dia untuk duduk, for the first few times i let her sit in a tripod position, just to let her know that she can balance her body and it only took a few tries for her to be able to hold her body now. 






while also observing her growth, pejam celik pejam celik, she's already six months, all grown up and always filling up the room with chuckles. i treat every single milestone of hers as a victory. tapi dalam berbangga dengan apa yang sofia dah boleh buat, i was reminded by myself untuk give hazim and myself a pat on the back for doing our best to assist sofia's growth. dan dalam banyak banyak pengorbanan yang i buat, i am most proud of myself sebab berjaya breastfeed sofia selama 6 bulan (and counting), alhamdulillah.




ni bukan certificate official daripada mana mana badan atau kkm ya. ni cuma cert dalam support group breastfeeding saja untuk encourage breastfeeding among mothers.



before mula share pasal breastfeeding, i nak buat disclaimer. i tak condemn susu formula. sharing harini adalah sebab ilmu i limited pada susu badan sebab i hanya bagi sofia susu badan setakat ni. malah i tak oppose pun kalau suatu hari i dah tak dapat nak susun jadual pump untuk i mula bagi sofia susu formula sebab yang lebih penting dari jenis susu itu adalah kesihatan dan kesejahteraan anak itu sendiri. semua ibu adalah ibu yang berjaya regardless of susu apa yang dia bagi anak dia minum.


masa mengandung trimester ketiga, i came across a tiktok pasal penyusuan susu ibu that piqued my interest. dan bermula dari situlah i berazam untuk mencuba sehabis baik, dengan segala daya dan percaya bahawa allah akan rezekikan i dengan kesenangan untuk menyusukan sofia dengan susu ibu sampai umur dia dua tahun. jadi i mula tengok video tiktok tentang breastfeeding. nak katakan aturan allah tu kan cantik, rupanya sekarang mmg tengah musim banyak wanita wanita yang advocate kepada susu ibu. sanggup masuk kelas, belajar dan ambil sijil untuk jadi certified breastfeeding counselor. i bersyukur dapat jumpa sumber untuk belajar tentang cara nak menyusu, macam mana nak semangat menyusu and of course cara nak handle susu ibu.






sampai sekarang i still dalam support group ibu ibu menyusu ni. diorang selalu share tips, jawab kemusykilan dan it's not limited to breastfeeding, diorang juga saling sama meraikan progress anak anak lain which makes me so happy.


i dedicate this post. to my present and future friends who is a mother, to encourage and lift up your spirit to breastfeed <3. i akan share sedikit sebanyak ilmu yang i belajar, berserta pengalaman i menyusukan sofia for you to refer to, insyaAllah.


#1 bila nak mula menyusu?



kalau direct feed, boleh mula setelah baby lahir. expect some unfamiliar feeling/pain masa mula2 anak nak latch sebab dia baru aje lahir dan baru saja nak dapat skill menyusu. give your kids time. tapi the pain will subside in time, this i can promise. and what's better is that bila sofia dah 5-6 months, dia menyusu sambil senyum senyum, sengih sengih. oh god, what a glorious view.


jangan risau tentang kepekatan atau jumlah susu masa mula mula lahir sebab it's a fact yang allah buatkan susu ibu ni with all his magic. sesikit mana pun susu yang dapat kita kumpul, percaya anak kita akan kenyang. dan perut bayi awal awal kelahiran masih kecil so dia tak makan banyak. even sikit pun, komposisi susu ibu tu dah cukup untuk tampung keperluan nutrient anak. this, you have to believe.


jangan pressured bila orang sekeliling doubt pada kita, kenyang ke anak kita dengan susu 2oz contohnya. my past experience told me that the presssure only made me feel like i have to feed sofia more, dan akhirnya dia muntah/jeluak sebab terlebih kenyang. so trust the process.


kalau pump pula, atau marmet, jangan mula atau cuba cuba masa pregnant sbb hormon yang relates to the production of milk can cause contractions so selagi tak beranak, takyah cuba nak keluarkan susu okay. jangan cakap acik tak kabor hehe.



#2 macam mana nak susun jadual pump



susu ibu terhasil dengan komposisi terbaik kalau diperah maximum 4 jam sekali. kalau lebih tu yang kadang akan ternampak macam susu tu cair aje. susu yang nampak cair atau lebih jernih ni dipanggil foremilk, dan dia boleh hilangkan haus baby.


let me share you a magical story. mid year haritu musim panas. i perasan yang despite being very careful with my pumping schedule tapi i still nampak susu kadang macam lebih banyak yang cair dari yang pekat? so i read up, asked around. remember when i said allah made breastmilk as if it's a magic potion? so komposisi susu akan berubah automatically ikut keperluan anak. musim panas, anak mungkin dahaga lebih, jadi susu lebih cair. hindmilk yang lebih pekat akan buat baby kenyang. no worries, susu akan always datang dengan both foremilk and hindmilk kalau betul betul jaga jadual menyusu and pump so anak akan hilang dahaga dan kenyang :D


i dah try macam macam schedule so let me share what works for me. i am a working mom, and this schedule works for my office schedule as well.


direct feed on demand. i stop direct feeding at 6:30am and send sofia to school by 7am if i need to go to the office. i usually pick her up at school the earliest at 5:30pm and latest by 6:50pm so as soon as we're home, i will direct feed her again.


when i was working from the office, i usually will pump at 10am, 1pm and 4pm. ada wiggle room kalau sampai office lambat, ada meeting ad hoc atau balik lunch lambat. ada aje hari hari yang buat 2 kali instead of 3, ikut keadaan. yang penting jaga waktu pump. 



nursing room at maxis :D




#3 breastfeeding starter kit



for non working moms, boleh aje sentiasa opt for direct feed. tapi ada juga ibu yang nak jadi exclusively pumping mom, which is also great. for me, i do mixed mode. i direct feed when sofia is with me, and pump when she's away. jadi for me, what i need is a high quality and heavy duty handsfree pumps, milk storage bottle to pack for school and breastmilk storage untuk buat stock. here are my recommendations:


breastpump - autumnz marvel x2

i selalu akan pump dua serentak untuk jimat masa, and i pump min 20 mins per session. depending on where i'm at, i usually also go for max 30 mins per session. please don't pump for more than 30 mins because it may harm your breasts tissues. i haven't tried any other so i cannot do comparison but for me, these pumps get the job done so i'm happy with it. ada setengah orang maybe lebih suka pakai pump corong and manual which is also fine. just find whatever works for you.



shopee link: click here
price per pump: RM216
spareparts: click here




milk storage

i have a weird thing with milk storage. i find it that i lebih bersemangat nak pump kalau i punya milk storage tu corak dia berbagai bagai. so i selalu cari dekat shopee yang murah, ada banyak corak atau warna and of course, affordable.


so far i dah cuba pigeon, corak around the world. cantik and durable, tapi pricey so i stopped using it.


shopee link: click here
price: RM16.90 (25pcs 5oz)




then for the longest time i pakai momohouse punya. i always opt for 5oz storage. i beli one of each pattern in bulk for 1-1.5 months use. this one is very cheap and menarik.


shopee link: click here
price: RM4.18 (30pcs 5oz)



then sekarang i pakai from emi. i ubah sebab i terjumpa this brand and this time yang bertukar bukan pattern aje tapi color sekali. it's also durable, and i like it more sebab dia ada bigger space untuk i label nama, tarikh and volume susu.




shopee link: click here
price: RM3.25 (25pcs 5oz)





storage bottle (to pack to sofia's school)

handling ebm (expressed breast milk) lain dengan handling formula. formula is easier, we can just pack our formula and mention the ratio of our mixture to the teachers at school for them to mix. kalau ebm, kita tak boleh bancuh. best quality breastmilk is the one that is not warmed up, sebab tu mudah kalau boleh ajar anak minum susu sejuk dari chiller tapi jangan la sejuk sangat. just nice aje. 







so untuk mengelakkan cross contamination, selalunya i will pack 6 botol susu sofia (sekarang 5 sebab dia dah mula makan) siap siap so teachers tak payah tuangkan dari milk storage and boleh terus bagi sofia minum. my favorite brand is from pump on the go, teat dari pupici. cheap and durable.



shopee link: click here



breastpad


shopee link: click here
price: RM11.59 (100pcs)



office bag + cooler bag

i survey, ada 2 jenama cooler + office bag yang high quality which is Gabag and Princeton. i beli Gabag Damar. my review is, it gets the job done, tapi boleh jadi bulky. dari segi keselamatan, tiptop sbb laptop and barang2 dekat compartment laptop tak pernah basah or rosak. ice gel packs tahan selama 6-8 jam waktu berkerja. if i have a budget to improve, i nak beli another one yang office bag belah atas, and cooler bag belah bawah sebab Damar ni depan belakang sebab tu nampak bulky. kalau atas bawah, nak cari yang detachable juga sebab senang nak bawa pergi nursing room and boleh guna time jalan2 juga.



shopee link: click here
price: RM169.00



ice packs

i pernah cuba ice packs from autumnz and gabag and i would say gabag's is better. untuk beg sofia, i letak 2x 500g ice packs, and 3x 200g ice packs tahan from 7am - 7pm untuk susu dalam botol. dalam office bag i bawa 1x 500g tahan around same time untuk susu dalam milk storage.



shopee link: click here
price: RM9.67 (500g), RM6.89 (200g)




nursing cover

i tak invest sangat dekat nursing shirts/blouse sebab i tak jumpa yang zip panjang enough, stylish enough atau affordable enough untuk i yang nak menyusu lama ni. macam bazir beli banyak. so i pakai je baju macam biasa. i would say i benefit more dekat kemeja. lebih versatile untuk pergi kerja. so dengan itu, nursing cover sangat penting. this is my nursing cover:



shopee link: click here
price: RM14.20



milk collector

this could be essential especially masa awal awal nak mula menyusu and nak biasakan diri dengan milk let down. i ada beli dua jenis milk collector tapi i lagi suka yang egg-shaped punya. tapi honestly skrg i dah jarang guna so i wouldn't say this is a must-have. just good to have.



shopee link: click here
price: RM20.90






shopee link: click here
price: RM19.90






#4 apa nak buat kalau stock habis?


i mula pump lepas sofia dah sebulan. seeloknya pump lepas pantang lagi bagus. kalau nak pump sejurus lepas baby lahir pun boleh, tapi tak digalakkan sebab the first month kita menyusu untuk bagi badan kita kenal berapa oz keperluan susu anak kita. contoh bila kita direct feed 20 mins, assume anak dapat 2oz then dia kenyang. tanpa break, kita pun pump for another 20 mins untuk dapatkan lagi 2oz, otak kita tak dapat bezakan ini hisapan anak atau pump jadi dia terus signal dekat otak yang kita kena keluarkan 4oz. so bila otak kita proses amount yang lebih banyak, breast kita akan hasilkan susu secara oversupply so akan berisiko untuk bengkak susu. 


i mula kumpul stock while masih dalam maternity leave, jadi i rasa selesa dah nak pergi kerja atau hantar sofia ke sekolah sebab ada stock. jadi i took my stock for granted by tak carefully plan berapa susu nak thaw bila keluar on weekends, skip pump sessions dsb. so akhirnya i diuji dengan tak cukup stock susu. i kena kais pagi makan pagi untuk susu sofia.


jadi apa nak buat bila ini terjadi? boleh tandem with pump or not. tandem means, sambil menyusu sebelah, sambil tadah atau pump lagi sebelah. slow slow kena buat, and kena kental jaga jadual pump untuk restock susu. at one point tu susu stock yang frozen tak ada lansung. semua susu yang pump, sempat dalam chiller sehari and terus guna untuk pack ke sekolah keesokan hari. to be honest, i'm still at this phase tapi dah tak struggle, it has been a part of the routine.



#5 berapa banyak nak bekalkan susu ke sekolah?


sofia mula masuk taska masa dia nak masuk 3 bulan. i experiment je sebab before that, i direct feed dia so i tak tahu berapa oz dia minum per feeding. so i research and ask around, i decided nak start bagi 2.5oz per bottle, i pack 6 bottles per day. more often than not, mesti akan berbaki satu by the end of the day. so i conclude dia minum 12.5oz per day. 


so i'm going to suggest the same, maybe can start with 2oz too. 


bila sofia dah mula makan, i hanya perlu pack 5 bottles. kat sini nak share lagi 1 kebesaran allah berkaitan susu ibu ni. komposisi nutrient susu ibu berubah ikut keperluan anak kan. so tak perlu tambahkan amount susu per feeding sebab bila dia makin besar, dia makin kurang perlukan susu. kalau nak naikkan pun, dari 2.5oz ke 3oz dah memadai. nilai kalori and zat dalam susu tu akan berubah seiringan usia dan keperluan bayi so ibu ibu yang berniat nak menyusu badan jangan rasa takut tak dapat kejar demand anak bila dia makin besar sebab realitinya, your yield doesn't have to increase, and your kid will still be able to feel full. 



beg susu sofia sekarang, 5x susu, 2 bekal makanan, 4oz air kosong





#6 tips jaga susu



ini penting. susu ibu, cerewet sikit untuk jaga, tapi tak susah. 


pertama, ketahanan susu.
susu yang fresh diperah/pump tahan dalam suhu bilik maximum 2 jam ikut cuaca malaysia. jadi lepas pump, seeloknya cepat2 masuk chiller. 



bila dia dalam chiller, dia akan tahan maximum 5 hari. lepas 5 hari, naikkan ke freezer. dalam chiller ni, jangan letak dekat pintu sebab pintu tu kita selalu buka, suhu dia tak tentu. letak bahagian dalam.






kalau nak campur susu berlainan tarikh, kiraan jangka hayat susu dalam chiller akan ikut tarikh susu yang lebih lama. 



susu dalam freezer tahan maximum 3 bulan. lepas 3 bulan jangan guna. kalau susu frozen dah thaw, tahan 24 jam sahaja and tak boleh freeze balik. cara nak buang susu yang dah rosak ialah kena tuangkan dia dibawah air yang mengalir. 



susu yang dah kena air liur bayi tahan 1 jam saja dari masa bayi mula minum. 



cara nak thaw susu ada beberapa. boleh rendam dalam air, atau transfer dari freezer ke chiller semalaman. kedua, boleh lalukan bawah air paip sampai cair. kalau nak rendam, ratio air kenalah 1 cawan air panas dengan 2 cawan air suam. tak boleh microwave atau rebus atau rendam dalam air panas gelegak sebab nanti nutrient susu rosak. kalau boleh ajar anak minum susu sejuk, lebih baik sebab bila susu dipanaskan, nutrient dia kurang.



bila nak bekalkan pada pengasuh/taska, susun/label susu ikut aturan nak bagi pada anak. 






aturan anak minum susu: susu frozen (sebab tahan 24 jam je lepas thaw) > susu fresh (sebab tahan max 2 jam lepas perah) > susu chiller (sebab selagi tak sentuh, boleh continue simpan dalam peti untuk guna esok hari selagi tak lebih 5 hari)


contoh macam i, susu 1-4 i akan pack susu freezer yang dah thaw. susu 5-6 ialah susu chiller sebab i tak pump belah pagi.



#7 mana nak belajar tentang susu?



boleh cari tiktok creator @PC Syud, Nad Masrom. dua ni sumber ilmu i yang paling i refer. Nad Masrom kadang kadang adakan kelas, PC Syud siap buat support group so boleh la belajar dari mereka.



semoga perkongsian ni membantu my fellow friends yang nak cuba menyusu okiee.





Thank you for reading this entry :D