Ahad, 26 September 2021

wth is wfh?

Assalamualaikum

wah sungguh kasar ye tajuk entry ini, nampak mcm nak provoke kerajaan kan! muahahaha.


takde takde, tajuk tu sekadar sbb nak buat pun je. aku takde carut carut ni, mulut aku keluarkan perkataan2 mulia je trololololol. 


sepanjang setahun lebih (sikit) kerja ni, mostly dari rumah. boleh cakap 80% if not more. honestly, aku suka sangat la siap dah invest beli monitor dah ni. tak boleh imagine kalau masuk office kena back to work dgn satu screen je (eceh berlagak HAHAHA). 





bersepah sikitlah. minggu ni kerja both sabtu ahad. calculator tu sebab bebal nak mengira. handkerchief tu buat lap peluh kalau tiba2 code error wkwkwk



semua benda ada pros and cons nya kan, begitu jugalah working from home. banyak pros ke banyak cons ke depends on apa kerja masing2. aku tak boleh cakap yg wfh is better sebab ada orang yang susah nak kerja dari rumah. banyak kekangan. mungkin setup? tak cukup bilik (privasi)? line internet lembab? semua tu main peranan untuk determine bagus ke tak wfh ni. takde jawapan skema mahupun betul atau salah. 


kerja aku pulak memang menghadap laptop je most of the day. kematu punggung setiap kali kerja. bila bangun lunch baru hilang kebas bontot tu. kerja programming ni takde kat office pun takpe. kitorang antara yang tak digalakkan masuk untuk bagi ruang orang yang kerja dia lebih essential di office. so far aku okay je, tapi of course la, se okay okay mana pun, aku ada tahap kesabaran yang menjadikan wfh ni ada cons nya juga hahaha. dah la memang jenis tak sabar, pastu diuji lagi dengan challenges of working from home kan hikhik.


bagi aku, cons ni aku banyak realize bila sehari hari bekerja tu dah jadi rutin. awal2 kerja, rasa mcm flexible wfh ni. tapi lepas rutin hidup bertukar bila diasimilasikan dengan wfh ni, barulah nampak keburukan dia sedikit sebanyak.


kerja aku, setiap isnin, rabu dan jumaat mesti ada daily meetup pada jam 9:30am. sesi ni just semua colleagues berkumpul pagi2 untuk gilir2 borak atau main games selama 30 minit. was supposed to set the mood right la kan. kemudian 10:30am pula ada daily scrum updates (ini setiap hari ya). session ni selalunya project team akan update apa task yang dah siap the day/week before dan apa plan nak accomplish today/this week. 2 benda ni kira staple dah dalam jadual.


kemudian hari akan berterusan, depends on meeting ada ke tak.



tak pernah tak penuh. tapi yang weekend tu aku repeat event tapi malas remove hahahaha



1. working after 6pm omg

sejujurnya, aku boleh kira dengan jari berapa hari je aku betul2 habis kerja on time pukul 6, shut down laptop dan spend time with family. malah, laptop aku ni pernah je tak shut down lansung seminggu straight including weekends tau ga sih. nasib baik dia masih teguh berdiri. dah la laptop company, tak taulah apa jadi kalau rosak hahaha. adakah aku akan dipercayai untuk diberikan macbook pro gantian? entah2 dah tak dpt trolololol.


2. weekends -- ratio between rest:work

bulan ni dan bulan 7 haritu adalah 2 bulan yang weekend tu seumpama tak wujud dalam hidup aku. ini bermakna aku kerja straight from monday to monday dan berulang ulang. kenapa? sebab tak sempat nak siapkan task before habis working hour/week. cumanya during weekends ada beri diri sendiri leeway untuk bangun lewat sikit dan sometimes weekend ni mmg aku stay up sampai 1-2 pagi siapkan kerja. bulan 8 tu okay sikit la boleh rehat2 weekend, tengok netflix dgn husband tersayang. so u guys be the judge, what do you think is the ratio here? tak tergamak kan ahahaha. kesian tak kat aku sekarang wkwkwkw


3. meetings! meetings! meetings!

awal2 masuk kerja kan, masa tu tak dapat task berat2 lagi tau. so aku always rasa macam banyak masa kosong so bila dpt email ada meeting scheduled tu aku okay la sebab rasa macam function gak a kan. tapi bila lama2 kerja makin banyak, meeting ni jadi beban.

revisit balik rutin pagi aku, 9:30am-10am ada daily meetup, 10:30am ada scrum. yang scrum ni, masa bulan 7 masyaAllah dia punya drag tu mmg tak boleh bawa bincang. selalu ngam ngam nak lunch hour tu baru habis. so kat situ dah burn nak kerja belah pagi. half-day is gone just like that. sepatutnya scrum meeting lasts for half an hour max. 

cuba bayangkan juga kalau ada meeting schedule on 2:30pm, then 4pm, then ada closing catch up session at 5:30pm. celah mana nak kerja? inilah yang menyebabkan kena kerja after 6pm and weekends. now u see the correlation?

bagi aku wfh ni mcm bagi free pass dkt sesiapa utk meeting sbb bila chat je untuk discuss something, sometimes kita risau message tak sampai. entah2 dia nak bagitau A aku pi paham B. tak ke sia sia bekerja mcm tu apabila boss check otak pekerja2 dia lansung tak tally. menyebabkan unexpected result. oh no!


di antara hari yang memang mustahil nak kerja sebab zoooooooooom je manjang



jadi macam mana aku cope dengan benda2 ni? sesungguhnya ia mengambil masa yang lama sebelum aku redha dengan ketentuan takdir cewah. masa awal2 dulu, aku cukup berpegang pada prinsip aku, tak boleh kerja after office hour apatah lagi weekend. sebab payslip pun bayar 20 hari bekerja je. ini adalah tidak adil! namun lama lama tu, aku sedari yang aku kena be okay, tapi bukan maksudnya redha ditindas. maksudnya, daripada aku complain je baik aku buat kerja dan try manage my time better. 


salah satu cara aku cope ialah selalu cerita dengan colleague yg close dgn aku. sebab most of the time, aku boleh je handle kerja overtime ni. cuma hati rasa tak tahan nak meluah. aku selalu jugak luahkan dekat husband aku. last last dua dua kena kerja out of office hour dgn weekend! hai suami u akad nikah dgn company u ke dengan i ni! hmphh muahahahaha.


seterusnya ialah aku take rest when needed. mula2 aku paksa kerja straight lama2 asalkan aku boleh naik tidur awal. tapi sekarang, aku utamakan badan dan otak aku rest. after a while kerja, aku sekejap2 bangun dan scroll blog orang atau tengok youtube 10-20 minit. waktu lunch pun aku lebihkan sikit, habiskan 1-2 episode sitcom. 


yang paling penting, aku sedapkan hati sendiri hahaha. andai kata la kalau aku memang penat, buntu, memang tak boleh nak continue, aku justify kan dgn nak menjaga kesihatan physical dan mental. lagi aku paksa, lagi sakit. entah2 next day nak kerja tak mampu. tu yang lagi susah. so aku okay kan aje, tutup laptop, naik tidur dan doa jelah esok project manager aku tak kecewa or marah dengan aku HAHAHAHA.


aku ni juga orangnya boleh relax sikit kalau dengar lagu2 favorite aku. so sometimes tu aku coding/kerja ditemani lagu2 kat telinga aku. pastu sambil kerja sambil nyanyi and joget2. rasa fabulous sangat nyah! semua coping mechanism ni works so good for me!


pada awalnya, impact wfh ni tidak bagus sebab aku despise kerja aku. aku sampai sometimes tu rasa nak AL sebab aku malas nak meeting. nak kerja aku okay, aku just malas nak masuk meeting. dan impact dia juga ialah aku rasa aku dah takde masa untuk self care and enjoy dgn kawan2 aku. weyy, whatsapp member pun sometimes tu 3 hari kemudian baru aku reply.


impact paling negative ialah aku makan banyak. cis! nak dekat habis tahun dah, baru separuh goal berat badan tercapai. menciks


walaubagaimanapun, aku bersyukur la sebab bila kerja kat rumah ni, aku tak perlu commute ke office. paling aku appreciate ialah dapat lunch sama2 dengan husband since masa tak selalu ada untuk spend time sama2 relaxing. best juga bila stress2 tu dapat peluk seminit dua. rasa macam ada extra tulang untuk support bahu aku. alhamdulillah. dapat gosok perut mossy pun boleh menenangkan stress.






best juga wfh ni sbb bila aku mati kutu jap nak code apa, takde orang nampak aku tgh struggling dan sembab. behind the cameras ni, aku nak bergolek ke, nak mengunyah ke, nak mengular tengok youtube kejap je, takde siapa nampak dah marah. ada flexibility dari segi cara nak menghilangkan stress tu.


even if aku list lagi banyak cons dari pros, tapi pros yang aku senaraikan ni are life-changing. it brings greater impact for me. maka aku simpulkan it's not so bad. i can keep on going. bila kerja aku siap, aku puas hati, bos puas hati so kita boleh la slow slow cucuk untuk dapat promotion atau naik gaji nyah!! kita kena la gunakan pengorbanan kita in exchange of a pay raise trolololol. selayaknya la mat.


paling bersyukur, ada kerja untuk cari duit untuk keselesaan family <3



Thank you for reading this entry :D